HOME Tsukiji Bukan sahaja tsukudani dan monja sahaja di "Tsukuda dan Tsukishima"
HOME Odaiba Bukan sahaja tsukudani dan monja sahaja di "Tsukuda dan Tsukishima"
Bukan sahaja tsukudani dan monja sahaja di "Tsukuda dan Tsukishima"

Bukan sahaja tsukudani dan monja sahaja di "Tsukuda dan Tsukishima"

Update:

Ramai orang yang mengaitkan tsukudani dan monjayaki pada "kawasan Tsukuda dan Tsukishima". Bandar unik gabungan daripada bangunan-bangunan baru yang dibangunkan semula sambil mengekalkan suasana shitamachi (pekan).
Sumber imej: Tokyo Chuo City Tourism Association

Perbezaan antara lama dan baru

Perbezaan antara lama dan baru

Kawasan luas Tsukuda dan Tsukishima yang terletak di sepanjang Sungai Sumida merupakan bandar yang mengekalkan suasana lama shitamachi. Walau bagaimanapun, pembangunan semula bandar ini dijalankan kerana pengaruh daripada Sukan Olimpik Tokyo yang akan diadakan pada tahun 2020. Walaupun pangsapuri bertingkat tinggi dan bangunan-bangunan yang mula dibangunkan terletak di mana-mana sahaja, namun diperantaraannya turut dipenuhi dengan deretan rumah kediaman. Cuba jalan-jalan sambil menikmati perbezaan antara barang yang lama dan barang yang baru.

Deretan rumah di shitamachi

Deretan rumah di shitamachi

Apabila berjalan-jalan sekitar Tsukishima, anda boleh lihat kehidupan orang-orang yang tinggal di sini sejak dari dulu. Tanam-tanaman rapat ditanam pada bahagian depan rumah yang sempit dan mesin basuh yang diletak diluar. Bandar ini penuh dengan suasana nostalgia seperti perjumpaan di kedai izakaya yang dihiasi dengan lampu dan sebagainya. Cubalah bertegur-sapa dengan orang-orang tua yang duduk bersantai di atas kerusi bulat di tepian jalan. Warga tua di shitamachi ini amatlah mesra dan mungkin dapat beramah-mesra dengan mereka ini lebih dari satu perkataan.

Suasana di persisiran sungai

Suasana di persisiran sungai
写真提供:中央区観光協会

Terdapat beberapa tempat di persisiran sungai yang bersuasanakan shitamachi yang boleh dinikmati di shitamachi Tokyo. "Taman Tsukuda" juga adalah salah satu darinya. Taman ini terletak di sepanjang Sungai Sumida di sebelah Barat Chuo-ohashi, ia juga ditempatkan di rumah api yang telah dibaik pulih dan telah digunakan sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Tidak lain dan tidak bukan lagi, Sungai Sumida adalah simbol kepada sungai yang mempunyai suasana shitamachi (pekan) di Tokyo. Pada musim panas, yakatabune (bot berbumbung) akan terapung di permukaan sungai dan pesta bunga api yang terhebat di Jepun juga akan diadakan. "Teres Sungai Sumida" yang juga dikenali sebagai Teres Shinsui telah dibina sepanjang pada kedua-dua belah pesisiran Sungai Sumida. Dengan hanya berjalan-jalan di persisiran sungai ini sahaja, anda dapat melihat suasana Tokyo yang berbeza.

  • Tsukuda Park
    佃公園
    • Address 1-11-4, Tsukuda, Chuo-ku, Tokyo, 104-0051, Japan

Sumiyoshi Jinja

Sumiyoshi Jinja

Sebelum merentasi Sumiyoshi-kobashi dari Taman Tsukuda, terdapat torii (pagar tradisional Jepun yang seringkali ditemui di pintu masuk kuil Shinto) di "Sumiyoshi Jinja". Keunikkan Jinja (kuil shinto) ini adalah pangsapuri yang menjulang tinggi iaitu kawasan seperti Tsukuda dan Tsukishima yang berada diseberang jinja juga dapat dilihat. Sumiyoshi Jinja adalah jinja yang telah dibina pada tahun 1646, dan jinja yang terletak di tepian air ini telah dipercayai oleh penduduk tempatan sebagai malaikat pelindung kapal-kapal.

Khazanah budaya "Jambatan Kachidoki"

Khazanah budaya "Jambatan Kachidoki"

Di hilir Sungai Sumida ini terdapat Jambatan Kachidoki yang terkenal sebagai chokaigyo (jambatan bascule) terbesar di Jepun. ia adalah jambatan yang mempunyai sejarah yang berharga dan dikelaskan sebagai khazanah kebudayaan yang penting. Pergilah ke Teres Sungai Sumida sekiranya ingin melihat Jambatan Kachidoki. Pemandangan penuh Jambatan Kachidoki dan Sungai Sumida serta bangunan pencakar langit dapat dilihat sambil menikmati angin sungai. Pemandangan pada waktu senja hingga malam juga merupakan waktu yang terbaik untuk dinikmati. Sungguhpun tiada kaitan dengan kesesakan lalu lintas dan sebagainya, jambatan itu kini tidak lagi dibuka mahupun ditutup, namun, mesin yang besar untuk membuka jambatan itu dapat dilihat di "Kachidoki no Shiryokan" yang terdapat berhampiran jambatan itu.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini