HOME Shinjuku Restoran unik di Tokyo
HOME Roppongi Restoran unik di Tokyo
HOME Shibuya Restoran unik di Tokyo
Restoran unik di Tokyo

Restoran unik di Tokyo

Update:

Jepun merupakan sebuah negara yang bukan sahaja menyerap masuk pelbagai budaya dari seluruh dunia, malahan ia juga mengembangkan sendiri budaya tersebut dan menjadikan ianya yang tersendiri mengikut peredaran zaman dan bernilai tinggi. Marilah merasai sendiri budaya popular dan sub budaya yang lahir di Jepun sambil bersiar-siar di Tokyo yang dipenuhi dengan restoran yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Mewarnai suasana malam dengan persembahan memukau di "Roppongi Kingyo"

Mewarnai suasana malam dengan persembahan memukau di "Roppongi Kingyo"

Restoran ini lahir pada tahun 1994 yang merupakan lambang restoran persembahan di Jepun. Dengan berkonsepkan "NEO Kabuki" (kabuki adalah teater tradisional Jepun), mata pengunjung pasti akan meluas di hadapan pentas yang dipenuhi dengan peralatan pentas dan bunyi-bunyian. Penarinya terdiri daripada lelaki, wanita dan golongan transeksual juga. Persembahan setiap malam di pentas ini amat mengagumkan dan bersemangat sehinggakan ada pengarah filem dan pereka fesyen terkenal dunia yang mengunjungi restoran ini secara diam. Sambil menikmati set makanan kabuki, marilah menonton persembahan penari di atas pentas dengan khusyuk.

  • Roppongi Kingyo
    六本木金魚
    • Address 3-4-7 Roppongi, Minato-ku, Tokyo, 106-0032, Japan

Tahap ketenangan 120% di kafe "Hapineko"

Tahap ketenangan 120% di kafe "Hapineko"

Terkenal sebagai bandar kelahiran kebudayaan golongan muda di Jepun, terdapat sebuah kedai dikenali sebagai "Hapineko" yang terletak selepas 4 minit berjalan kaki dari persimpangan di hadapan stesen Shibuya. Sistemnya amat mudah iaitu jika menjumpai kucing yang digemari di dalam kedai ini, anda boleh mengambil dan meletakkan ia di atas paha atau memeluknya sambil menikmati secawan teh. Sistem ini dikatakan berakar umbi dari Osaka. Reka bentuk dalaman kedai yang mempunyai tingkap yang luas dan cerah ini mempunyai 16 jenis ekor kucing seperti "American shorthair", "Scottish fold" dan kucing Parsi yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan manja.

  • Neko Cafe Hapineko
    猫カフェ ハピ猫
    • Address 2-28-3, Dougenzaka, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0043, Japan

Merasai nostalgia orang Jepun di "Dagashi Bar"

Merasai nostalgia orang Jepun di "Dagashi Bar"

"Dagashi" adalah kedai manisan persendirian yang menjual pelbagai manisan dengan harga beberapa puluh yen sahaja dan boleh didapati di mana-mana bandar pun. Pada masa kini, pelbagai barangan yang pernah digunakan pada zaman 1950-an sehingga 1980-an kembali popular dan cerita menikmati dagashi di "Ningyocho Dagashi Bar" juga menjadi topik hangat. Suasana kedai yang retro ini menyediakan menu makanan seperti di izakaya dan minuman beralkohol. Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh menikmati makanan ringan seperti "umaibo", "mochitaro" dan "katto yochan" yang terdapat di sini. Layanan mesra daripada pekerja kedai ini juga memikat hati.

  • Ningyocyo Dagashi Bar
    人形町駄菓子バー
    • Address 2-11-4, Nihonbashiningyocyo, Chuou-ku, Tokyo, 103-0013, Japan

Menikmati sepenuhnya suasana malam di Shinjuku Ni-chome!

Menikmati sepenuhnya suasana malam di Shinjuku Ni-chome!

Shinjuku Ni-chome yang terkenal sebagai tempat utama di Jepun bagi golongan gay mempunyai banyak bar yang menjalankan acara-acara di waktu siang dan malam hari. Pada hari bekerja, bar akan beroperasi sebagai tempat pertemuan perniagaan dan pada hari minggu pula ia menjadi lokasi pelbagai jenis acara yang dianjurkan. Pengunjung di sini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pada siang hari, ia juga digunakan sebagai tempat pertemuan dan pesta hari lahir serta perkahwinan sesama jenis.

  • Aisotope Lounge
    AiSOTOPE LOUNGE
    • Address 2-12-16, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022, Japan

Persembahan yang mantap di "Robot Restaurant"

Persembahan yang mantap di "Robot Restaurant"

Di Kabuki-cho yang terletak di Shinjuku, bandar yang disinari oleh lampu neon berwarna-warni dan terkenal sebagai tempat hiburan, terdapat sebuah kedai yang menyediakan persembahan yang amat menarik. Kedai yang dibuka pada tahun 2012 ini menyediakan persembahan menarik yang bertemakan keterujaan oleh robot besi, dinasour dan para penari. Oleh kerana persembahan ini sering dirakam oleh para media dari luar negara, kedai ini sering menerima kunjungan pelanggan dari luar negara juga. Berseronoklah dengan cahaya unik dan suara ngauman yang bergema di sepanjang persembahan yang mengagumkan ini!

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini