HOME Bagaimana-Untuk: Bersiar-siar Menaiki Teksi Pelancongan
Bagaimana-Untuk: Bersiar-siar Menaiki Teksi Pelancongan

Bagaimana-Untuk: Bersiar-siar Menaiki Teksi Pelancongan

Date published: 29 Disember 2016
Last updated: 6 April 2017

Bersiar-siar menaiki teksi pelancongan adalah perkara biasa di bandar-bandar utama di seluruh Jepun. Seperti namanya, ia adalah perkhidmatan utama yang ditawarkan kepada pelancong kerana bersiar-siar menjadi unik, dengan pemandu teksi pelancongan yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong. Oleh itu, menaiki teksi pelancongan adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menerokai bandar dengan masa yang cekap dan tanpa membawa bagasi di sekitar tempat.

Apakah Itu Teksi Pelancongan?

Apakah Itu Teksi Pelancongan?

Pemandu teksi pelancongan yang membawa tetamu bersiar-siar dan menunjukkan kepada mereka tentang tempat pelancongan yang menarik di sekitar bandar dan menyediakan maklumat dan trivia mengenai semua tempat. Perjalanan, masa, dan tempoh yang tinggal adalah terpulang kepada anda, supaya anda boleh menyesuaikan pengalaman anda bersiar-siar mengikut kadar dan minat anda. Selain itu, pemandu teksi merangkap pemandu pelancong ini juga harus mempunyai pengetahuan sebagai seorang pemandu teksi pelancongan Tokyo, satu profesion yang datang dengan set pengetahuan mengenai metropolis, termasuk informasi tentang gaya terkini dan acara yang akan datang.
Secara kebetulan, terdapat satu sistem pensijilan bagi pemandu teksi pelancongan di Tokyo, yang bermaksud bahawa hanya pemandu yang berkelayakan boleh memegang gelaran ini dan menawarkan lawatan pelancongan. Ini jaminan bahawa setiap lawatan itu diberikan kepada seorang pemandu yang berkelayakan - pastikan anda menyemak terlebih dahulu pelekat pada teksi seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, bukti bahawa teksi ini sememangnya pemilik yang sebenar bagi "Pemandu Teksi pelancongan di Tokyo."

Bagaimana Untuk Buat Tempahan

Bagaimana Untuk Buat Tempahan

Teksi pelancongan dikendalikan oleh beberapa syarikat teksi yang berbeza. Cara tempahan yang biasa adalah dengan membuat panggilan terlebih dahulu, membuat keputusan mengenai masa dan tarikh serta lokasi yang anda mahu untuk melawat - kedua-dua tempat iaitu bersiar-siar dan tempat membeli-belah - dan tempoh lawatan. Walaupun tempahan melalui telefon boleh dilakukan dalam bahasa Inggeris, namun bagi mereka yang lebih minat menempah secara atas talian, pilihan yang terbaik adalah untuk sama ada membuat tempahan melalui e-mel dari laman web rasmi bagi setiap syarikat, atau dengan merujuk pegawai di hotel atau tempat penginapan anda.

Jenis Teksi Pelancongan

Jenis Teksi Pelancongan

Bergantung kepada bilangan orang penumpang dan juga tujuan bersiar-siar, saiz teksi pelancongan juga berbeza-beza. Terdapat teksi jumbo untuk 9 orang, teksi jumbo untuk 6 hingga 7 orang, jenis limosin untuk 4 orang, teksi sederhana untuk 4 orang, teksi kecil untuk 4 orang, kereta khas untuk pengguna kerusi roda yang boleh memuatkan 6 hingga 8 orang, kereta khas yang dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh berpusing, kereta khas yang dilengkapi dengan pelantar bagi pengguna kerusi roda, dan banyak lagi. Oleh kerana setiap syarikat memiliki pelbagai jenis kereta,,pastikan anda memeriksa terlebih dahulu jenis kenderaan yang boleh didapati semasa membuat tempahan.

Itinerari Pelancongan

Itinerari Pelancongan

Tempat pertemuan dengan pemandu teksi pelancongan anda biasanya di tempat yang mudah untuk dicari, seperti di tempat penginapan, di lapangan terbang, stesen kereta api - secara amnya di mana-mana yang mudah bagi anda. Kadang-kadang, pemandu juga menyediakan papan tanda dengan nama anda ditulis di atasnya, sama ada yang dipegang oleh mereka atau dipaparkan dalam tingkap depan teksi.

Sebelum memulakan lawatan, pastikan untuk mengesahkan terlebih dahulu jadual untuk hari itu seperti masa untuk berhenti makan tengah hari dan makan malam dan sebagainya. Sebaik sahaja berlepas, maka perjalanan teksi pelancongan secara rasminya bermula. Pemandangan dilihat dari tingkap kemudian akan dijelaskan oleh pemandu teksi, sambil membawa anda ke tempat-tempat yang unik di setiap kawasan dan menerangkan fakta-fakta menarik dan trivia tentang kawasan tersebut. (Bergantung kepada tempat pelancongan, pemandu boleh menemani anda atau pemandu mungkin tidak dapat menemani.)

Sebelum lawatan berakhir, anda akan diturunkan di tempat yang telah dipersetujui terlebih dahulu, seperti hotel atau stesen kereta api.

Bayaran Teksi Pelancongan

Bayaran Teksi Pelancongan

Tambang untuk teksi pelancongan adalah berbeza bergantung kepada syarikat tetapi di sini, kami akan berikan gambaran umum, dengan menggunakan tambang perjalanan ke bandar Subaru.
Lawatan selama 3 jam, 14,950 yen manakala lawatan selama 4 jam boleh dinikmati dengan 19,790 yen. Lawatan selama 5 jam disediakan dengan kos 24,630 yen, dan lawatan selama 6 jam kosnya adalah 29,470 yen. Lanjutan daripada 30 minit 3,720 yen.
Selain yuran persiaran asas, tetamu juga bertanggungjawab untuk membayar apa-apa bayaran tambahan, seperti bayaran masuk ke tempat-tempat, tol jalan raya, bayaran tempat letak kereta, dan sebagainya. Kaedah pembayaran juga berbeza-beza bergantung kepada syarikat, jadi sila sahkan pada masa membuat tempahan sama ada tambang dan kos lain-lain itu perlu dibayar sebelum atau selepas lawatan itu, dan sama ada syarikat itu hanya menerima wang tunai atau kad kredit dan juga lain-lain cara pembayaran.

①Menaiki Teksi Pelancongan Ketika Berada Di Jepun

①Menaiki Teksi Pelancongan Ketika Berada Di Jepun

Menggunakan perkhidmatan teksi pelancongan ketika percutian anda adalah salah satu cara terbaik untuk meneroka bandar dengan selesa, melawat mercu tanda bandar, tempat-tempat menarik, dan membeli-belah di kawasan yang popular. Setiap syarikat menawarkan pakej yang boleh ditempah dengan mudah dan juga pakej mengikut kesesuaian anda. Malah jika anda ingin berehat sambil menikmati juadah, pemandu anda akan menunggu anda di dalam teksi.

②Perkhidmatan Menjemput atau Menghantar Anda di Lapangan Terbang

②Perkhidmatan Menjemput atau Menghantar Anda di Lapangan Terbang

Teksi pelancongan bukan sahaja disyorkan untuk membawa anda bersiar-siar sepanjang anda berada di Jepun, tetapi juga untuk menjemput anda dari lapangan terbang ke tempat penginapan atau sebaliknya. Mengapa tidak membuat perjalanan ketika ketibaan atau pulang anda menjadi lebih menyeronokkan dan sambil menambah ilmu pengetahuan dengan mengupah pemandu teksi pelancongan untuk menunjukkan kepada anda tempat untuk bersiar-siar dan tempat membeli-belah yang menarik sepanjang perjalanan? Manfaat lain dari menggunakan teksi pelancongan adalah anda dengan mudahnya boleh menyimpan kedua-dua beg pakaian anda dan beg membeli-belah anda di dalam kereta, ianya menyenangkan anda untuk bersiar-siar dan membeli-belah dengan selesa.

③ Kemudahan dalam Teksi Pelancongan Untuk Berparti

③ Kemudahan dalam Teksi Pelancongan Untuk Berparti

Sesetengah syarikat teksi pelancongan membenarkan penggunaan alkohol di dalam kereta. Perniagaan Jepun mengadakan parti dengan makanan ringan dan minuman seperti bir, wain dalam teksi pelancongan sambil menikmati pemandangan dari tingkap, dalam masa yang sama berparti! Tidak kira jika hari hujan atau cerah, sama ada ketika musim luruh atau musim bunga, mengapa tidak menikmati perjalanan yang menyenangkan dalam teksi pelancongan dengan bir sejuk?

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Recommended places for you

Artikel Terkini
Recommended articles for first-time visitors to Japan
Cari