HOME Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?

Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?

Date published: 27 Disember 2019

Orang ramai yang ingin melawat Jepun sering mendengar ayat tertentu daripada rakan-rakan dan kenalan: "Harga barangan di Jepun sangat mahal". Kebanyakan orang luar menganggap harga barangan di Jepun, terutamanya Tokyo adalah terlau tinggi. Tetapi, ini tidak bermakna bahawa tidak ada tawar-menawar boleh dibuat jika anda tahu bila untuk membeli-belah! Jadi, bilakah masa terbaik untuk pergi membeli-belah di Jepun? Mari kita lihat semua rahsia disebalik lawatan membeli-belah yang berjaya di Jepun!

Musim Panas Dan Musim Sejuk: 2 Musim Terbaik Membeli-belah Di Jepun

Musim Panas Dan Musim Sejuk:  2 Musim Terbaik Membeli-belah Di Jepun

Jualan murah di Jepun adalah pada musim panas dan musim sejuk. Di Jepun terdapat 4 musim, jadi pada musim panas terdapat potongan pada pakaian musim panas dan begitu juga dengan musim sejuk. Terutamanya, pakaian terkini boleh didapati pada diskaun yang menakjubkan. Banyak syarikat membayar bonus pekerja mereka pada musim ini juga, anda boleh mengharapkan pelbagai diskaun di hampir setiap kedai bagi menggalakkan mereka yang bekerja untuk keluar membeli-belah!
Pada hari pertama jualan, banyak perkara yang anda boleh nantikan. Sehingga akan ada orang beratur di hadapan kedai tertentu sebelum ianya dibuka. Bergantung kepada kedai, ada yang menghadkan bilangan kemasukan pelanggan ke dalam kedai. Melawat kedai-kedai ini pada hari-hari terakhir tempoh jualan juga amat disyorkan kerana harga barang-barang yang tinggal pada kebiasaanya diturunkan lebih lagi!
Biasanya kedai-kedai membuat jualan mengikut peringkat: pertama adalah "jualan murah" diikuti dengan "penghabisan stok" dan akhir sekali adalah masa tawaran terbesar, sering dilakukan untuk menarik pelanggan seberapa banyak yang mungkin iaitu "jualan penutup terakhir."

Jualan Musim Panas Adalah Dari Awal Julai Hingga Awal Ogos!

Jualan Musim Panas Adalah Dari Awal Julai Hingga Awal Ogos!

Kedai serbaneka dan rangkaian kedai yang besar kebiasaannya mengadakan jualan musim panas mereka dari awal Julai hingga awal bulan Ogos. Kadar diskaun sudah tentu bergantung kepada kedai masing-masing tetapi anda boleh mengharapkan harga yang akan diturunkan dari 20 hingga 60 peratus. Diskaun akan menjadi lebih tinggi apabila jualan menghampiri penghujungnya, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, lebih menguntungkan jika lawatan dibuat pada hari-hari terakhir jualan murah!

Jualan Murah Musim Sejuk Sepanjang Bulan Januari!

Jika hajat utama anda melancong ke Jepun untuk membeli belah, masa yang benar-benar sesuai untuk pergi adalah pada sepanjang bulan Januari. Selain daripada pakaian, peralatan elektrik dan pelbagai barangan lain juga mempunyai diskaun yang hebat.
Selain itu, 1 Januari juga adalah hari ‘fukubukuro’. Fukubukuro adalah beg bertuah dengan harga bajet, dipenuhi dengan pelbagai barangan dengan nilai yang lebih besar daripada apa yang anda bayar untuk 1 beg bertuah. Misterinya, anda tidak tahu apa jenis barangan yang ada di dalam beg bertuah tersebut - selain tema seperti pakaian atau barangan elektrik. Kebiasaannya orang akan beratur untuk mendapatkan beg ini terutamanya daripada jenama kegemaran mereka. Jualan tahun baru biasanya bermula dari 2 atau 3 Januari. Ketika ini, barang yang mahal dari jenama terkenal juga akan mengadakan promosi dan jualan dengan harga runtuh!

Pelbagai Jualan murah!

Pelbagai Jualan murah!

Selain jualan murah musim panas dan musim sejuk, ada juga jualan murah lain seperti jualan semasa Golden Week pada bulan Mei atau jualan Halloween pada bulan Oktober. Selain itu, semasa Nihon Siries iaitu kejohanan tahunan liga teratas besbol Jepun, jualan tawar-menawar besar-besaran juga biasa diadakan. Penaja pasukan yang menang musim itu biasanya akan mengadakan jualan besar-besaran di kedai-kedai cenderamata mereka di seluruh negara. Disamping itu, jualan tutup kedai juga biasa diadakan. Mari kita lihat di tempat-tempat membeli-belah utama di Tokyo!

Suasana Membeli-belah Di Shinjuku

Suasana Membeli-belah Di Shinjuku

Shinjuku dipenuhi dengan kedai-kedai besar, seperti Isetan dan Takashimaya, serta stesen kereta apinya yang bersambung terus dengan Lumine termasuk Milord yang menjual pakaian-pakaian jenama terkenal.

Suasana Membeli-belah Di Shibuya, Harajuku, dan Omotesando:

Suasana Membeli-belah Di Shibuya, Harajuku, dan Omotesando:

Apabila mendengar Shibuya, kebanyakan orang akan terfikir tentang Shibuya109, dan Shibuya Hikarie. Manakala, Harajuku pula seperti Laforet Harajuku, dan Omotesando Hills.
Shibuya merupakan tempat yang sangat terkenal dengan adanya banyak jenama pereka Jepun yang ternama di peringkat antarabangsa, seperti Acne Studios, Undercover, Issey Miyake, dan Beams. Ambil perhatian, bagaimanapun, bahawa ada jenama tertentu tidak membuat jualan murah pada musim panas tetapi hanya semasa musim sejuk, dimana masanya sangat tempoh promosi agak pendek.

  • Omotesando Hills
    • Address 4-12-10, Jinguumae, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0001
      View Map
    • Nearest Station Omotesando Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Chiyoda Line / Tokyo Metro Hanzomon Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3497-0310

Suasana Membeli-belah Di Ginza

Suasana Membeli-belah Di Ginza

Untuk membeli produk berjenama dan barangan mewah, maka Ginza adalah tempatnya. Pusat beli-belah terkenal seperti Ginza Mitsukoshi, Matsuya Ginza, dan Hankyu Men’s Tokyo menjual jenama bertaraf tinggi yang terkenal di dunia seperti Chanel dan Prada. Selain tempat tersebut, Dover Street Market dan Issey Miyake juga adalah antara kedai-kedai yang menjual barangan berjenama di Jepun.
Selain itu, UNIQLO dan GU juga terdapat di Ginza, manakala kawasan sekitar Stesen Yurakucho pula terdapat kedai menjual pakaian bersaiz mega seperti MUJI x LOFT dan lain-lain.

  • Mitsukoshi Ginza
    • Address 4-6-16, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-8212
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3562-1111
  • Matsuya Ginza
    • Address 3-6-1, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-8130
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3567-1211
  • Uniqlo - Ginza
    • Address ginzakomatsu east hall 1.2 floor, 6-9-5, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      4 minutes on foot
    • Phone Number 03-6252-5181

Nasihat

1) Akhir tahun dan awal tahun dari akhir Disember hingga awal Januari, banyak kedai-kedai yang waktu perniagaannya lebih pendek atau ditutup.

2) Barang-barang jualan tidak boleh dikembalikan atau ditukar.

3) Ada keadaan dimana pakaian yang dijual tidak boleh dicuba.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari