
Makanan Perancis semakin digemari di Jepun sebagai makanan mewah. Terdapat restoran yang menerima pengiktirafan antarabangsa dan juga yang bertaraf 3 bintang. Selain itu, sejak kebelakangan ini juga terdapat kedai yang menawarkan harga yang lebih berpatutan menjadikan ia semakin senang didekati.
Sejarah makanan Perancis

Pada tahun 1870-an, makanan Perancis semakin meluas apabila kedai makanan barat dibuka di Jepun. Ia merupakan makanan yang dihidangkan kepada awam seperti semasa diplomat luar negara tiba di Jepun. Pada tahun 1960-an, chef Jepun yang pakar dalam masakan Perancis semakin ramai. Kedai makanan Perancis juga bertambah. Makanan Perancis tidaklah terkenal seperti makanan Itali di Jepun tetapi ia sering dihidangkan untuk tetamu dari luar negara serta di majlis perkahwinan.
Sauté foie gras

Foie gras dikenali di Jepun sebagai makanan mewah. Foie gras yang biasa ditemui adalah yang dipanggang dengan lada hitam dan dituang sos dikenali sebagai sauté foie gras. Sejak kebelakangan ini, ia bukan sahaja boleh didapati di kedai makanan Perancis sahaja, malah boleh juga ditemui di dalam menu restoran keluarga serta izakaya (kedai minum Jepun). Walaupun ia bukanlah makanan yang senang didapati, namun ia tetap memberikan gambaran sebagai "makanan Perancis yang mewah".
Pot-au-feu dan bouillabaisse

Pot-au-feu yang merupakan salah satu makanan kebiasaan keluarga Perancis dan bouillabaisse yang merupakan jenis-jenis kerang direbus bersama-sama dengan tomato dan herba merupakan antara menu makanan Perancis yang dikenali di Jepun. Jika disebut "pot-au-feu versi Jepun", terdapat "oden" iaitu sayur-sayuran dan daging yang direbus dan dimakan bersama-sama dengan sup. Oleh sebab itu, pot-au-feu dikatakan sebagai menu makanan Perancis yang senang disukai oleh orang Jepun.
Makan di Jepun

Kedai makanan Perancis banyak didapati di pusat bandar seperti Tokyo dan juga di dalam bangunan hotel. Jika dibandingkan dengan kedai makanan luar negara yang lain, kedai makanan Perancis lebih mewah dan kebiasaannya para pengunjung akan menikmati "set makan." Sejak kebelakangan ini, restoran yang menyajikan makanan setempat Perancis dengan lebih kasual dikenali sebagai "bistro" semakin bertambah. Rahsia popularitinya adalah kerana ia boleh dinikmati dengan lebih santai.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
GRILL MANTENBOSHI Marubiruten
French Food
Tokyo Station
-
ORIGAMI
French Food
Roppongi
-
Suntorylounge Eagle
French Food
Shinjuku
-
Kikusui
French Food
Gion, Kawaramachi, Kiyomizu-dera Temple
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Nikmati bahan makanan semulajadi dan mewah Perancis di Ginza.
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Kumpulan Chef Profesional Dari Pelbagai Bidang Bertaraf Dunia!