
Di Jepun, terdapat banyak warisan kebudayaan seperti kuil yang menjadi warisan dunia seperti "Kuil Horyuji" di Nara-ken, warisan kesenian harta negara dan aset terpenting yang terpelihara seperti patung Buddha dan lukisan. Mengetahui tentang warisan kebudayaan Jepun juga merupakan satu permulaan kepada pengetahuan yang bermanfaat tentang sejarah dan kebudayaan yang telah dipupuk di Jepun.
Kuil sebagai warisan kebudayaan

Warisan kebudayaan dunia di Jepun yang mula-mula sekali didaftarkan pada tahun 1993 adalah "Monumen Buddha di sekitar kawasan Kuil Horyuji" yang terletak di Nara-ken. Kuil Horyuji merupakan binaan kayu tertua di dunia yang dibina pada abad ke-7. Selain itu, terdapat juga warisan dunia yang lain seperti Kiyomizudera (gambar) dan Kinkakuji yang merupakan "Monumen Bersejarah Kyoto Purba" serta Kuil Nikko Toshogu yang merupakan "Kuil-kuil di Nikko". Pada masa dahulu, kuil-kuil banyak didirikan oleh kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kuil-kuil warisan dunia ini menggunakan teknologi yang maju sepenuhnya baik dari aspek kesenian mahupun pembinaan. Ia menunjukkan bagaimana pemerintah kerajaan tersebut menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembinaan satu-satu kuil.
Patung Buddha

Dalam agama Buddha, pada asalnya patung Buddha tidak dibuat tetapi dengan perkembangan seni ukiran, ia dikatakan mulai dibuat. Oleh sebab inilah patung Buddha mempunyai nilai seni yang amat tinggi. Di Jepun, sama seperti kuil, patung Buddha juga kaya dengan nilai-nilai kesenian agama Buddha. "Daibutsu Nara (gambar)" merupakan patung Buddha yang digemari ramai berketinggian 15m. Ia juga terkenal sebagai tempat pelancongan. Selain dari itu, patung penjaga Buddha daripada kayu dan patung dewa yang terdapat di Kuil Kohfukuji, Nara juga menunjukkan terdapat pelbagai patung Buddha di segenap tempat di Jepun.
Istana

Terdapat banyak tinggalan istana di seluruh Jepun, yang dibina oleh pemerintah yang membuka tanah di tempat tersebut. Kebanyakan istana didirikan pada zaman Edo. Terdapat dinding batu dan parit air di sekeliling luar istana untuk mengelakkan musuh daripada masuk ke dalamnya. Di tengah-tengah bahagian istana pula terdapat menara untuk melihat pergerakan musuh-musuh. Selain daripada Istana Himeji yang merupakan warisan dunia, Istana Nagoya yang terletak di Aichi-ken dan Istana Kumamoto yang terletak di Kumamoto-ken juga dikenali ramai. Ketiga-tiga istana ini dikenali sebagai "Tiga istana Jepun".
Torii

Torii adalah pintu gerbang yang sering terdapat di pintu masuk kuil. Bahagian hadapan torii dikatakan sebagai dunia Tuhan menjadikan ia sebagai sempadan dengan dunia manusia. Terdapat beberapa teori tentang kewujudan torii di Jepun dan terdapat juga sumber rujukan yang mengatakan ia wujud sejak dari tahun 800 lagi. Torii besar yang terdapat di Kuil Itsukushima di Miyajima, Hiroshima-ken mempunyai ketinggian sehingga 16m. Terletak di pesisir pantai, ia akan kelihatan seperti torii yang terapung di dalam laut semasa air pasang. Kuil Fushimi Inari Taisha yang terdapat di Kyoto mempunyai hampir 10,000 batang torii berwarna jingga bersusun di sini dan torii di Kuil Motono Sumiinari yang terletak di sepanjang bukit juga amat terkenal.
Warisan kebudayaan yang tidak mempunyai fizikal

Warisan kesenian di Jepun seperti noh (drama muzikal Jepun), kabuki (drama tarian Jepun) dan gagaku (muzik klasik Jepun) merupakan sejenis warisan kebudayaan yang tidak mempunyai ciri-ciri fizikal. Noh merupakan sejenis teater yang dipersembahkan di pentas khas dikenali sebagai pentas noh. Ia memfokuskan kepada tarian dan muzik serta terdapat juga diantara peserta yang menari dengan memakai topeng muka yang dikenali sebagai nomen. Selain itu, ojiyachijimi yang merupakan sejenis kain jerami dan sutera serta makanan Jepun yang merupakan makanan tradisi masyarakat Jepun juga merupakan warisan kebudayaan Jepun yang tidak mempunyai ciri-ciri fizikal.
Cenderamata dari warisan kebudayaan

Omamori (azimat) boleh dibeli di kuil-kuil. Omamori adalah sebuah uncang kain yang mengandungi kertas bacaan dan dikatakan boleh menjemput nasib yang baik apabila dibawa bersama-sama. Terdapat pelbagai jenis omamori seperti doa untuk menjaga keselamatan pasangan atau mendapat pencapaian yang baik dalam akademik dan sukan. Di kawasan mempunyai banyak kuil pula, terdapat banyak kedai yang menjual kudapan seperti minuman dan manju (kuih Jepun) serta produk setempat untuk para pengunjung sejak dari zaman dahulu lagi.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Mencuba pakaian
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Ryokan (rumah inap)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Kad bank luar negara
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak