Di Jepun, di samping peninggalan karya seni tradisional seperti lukisan Jepun serta ukiran hasil peninggalan dari zaman dahulu, karya seni kontemporari seperti foto dan video turut juga terkenal. Artikel ini akan memperkenalkan perkara-perkara yang perlu anda ketahui bagi menikmati karya seni kontemporari di Jepun.
Karya seni yang popular di Jepun

Terdapat pelbagai karya seni yang boleh dihargai bermula dari karya seni dari luar negara seperti Eropah, sehinggalah kepada karya seni tradisional Jepun. Karya-karya seni yang dipamerkan di muzium dan muzium seni secara kasarnya dibahagikan kepada dua jenis. Ianya adalah pameran tetap yang terdiri daripada barangan pameran yang disimpan di setiap kemudahan, serta pameran terancang yang mengumpulkan karya-karya dari muzium-muzium di luar negara serta dari galeri-galeri seni. Pameran terancang di Tokyo adalah sangat popular sehinggakan mampu menghasilkan barisan yang panjang. Kebiasaannya pada hujung minggu akan sentiasa sesak, maka anda disyorkan untuk berkunjung pada waktu pagi.
Penghayatan karya seni di muzium seni

Kandungan pameran terbahagi kepada banyak bahagian iaitu lukisan seperti lukisan minyak dan lukisan Jepun, seni digital seperti gambar dan pemasangan video, serta karya seni seperti karya peninggalan dari zaman dahulu dan sebagainya. Informasi mengenai muzium boleh didapati dari internet, dan kebanyakannya juga turut dilampirkan dalam panduan pelancongan kawasan tersebut.
Menghayati karya seni selain dari di muzium seni

Selain dari muzium, anda juga boleh menghayati karya seni di galeri. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk menjual hasil karya-karya tersebut, banyak juga tempat yang membenarkan pengunjung menikmati karya-karya seni secara percuma. Di dalam bandar Tokyo, banyak galeri-galeri seni dibuka terutamanya di kawasan Ginza serta Kiyosumi-shirakawa. Anda dapat menikmati pelbagai karya seni di sini bukan sahaja daripada hasil karyawan Jepun, malah juga daripada hasil karyawan luar negara. Bergantung kepada sesuatu pameran, majlis pembukaan serta majlis temu bual turut diadakan.
Seni awam

Seni awam adalah karya seni yang dipamerkan kepada orang awam. Contohnya adalah seperti di pulau terpencil Naoshima di Kanagawa-ken di mana seluruh pulau dijadikan sebagai kawasan pelancongan kesenian, serta karya-karya yang ditempatkan di dalam bandar terutamanya ketika perayaan dan acara kesenian diadakan. Malah di Jepun juga terdapat budaya meletakkan patung gangsa kanak-kanak dan wanita di taman-taman dan ianya boleh dilihat di pelbagai kawasan.
Perayaan dan acara kesenian

Perayaan keseniaan secara besar-besaran sentiasa diadakan di kawasan Yokohama di Kanagawa-ken yang merupakan kawasan di mana terdapat banyak muzium seni dan galeri, serta aktiviti-aktiviti sokongan kepada kesenian di seluruh pelusuk bandar. Selain itu, perayaan kesenian di Niigata-ken, di mana karya-karya seni dibina di seluruh pelusuk bandar, serta perayaan kesenian antarabangsa di Sapporo, di mana karyawan terkenal dijemput untuk menjadi pengarah jemputan, turut juga terkenal. Perayaan-perayaan ini kebiasaannya akan diadakan beberapa tahun sekali. Malahan di sesetengah perayaan tersebut, karyawan-karyawan akan menghasilkan karya-karya mereka di lokasi perayaan berkenaan. Selain daripada itu, terdapat juga hasil-hasil seni secara besar-besaran yang menerapkan keunikan tersendiri sesuatu kawasan. Antaranya adalah seni sawah padi di mana padi-padi yang berlainan warna serta kadar pertumbuhan ditanam untuk membentuk karya lukisan terkenal, watak anime, dan sebagainya.
Perkara-perkara penting untuk menikmati karya seni

Secara umumnya kebanyakan muzium dan muzium seni tutup pada hari Isnin, dan perlu ambil perhatian kerana ianya juga tidak dibuka sehari selepas hari perayaan. Selain itu, kebanyakan muzium juga tutup awal iaitu pada pukul 6 petang, tetapi di kawasan pusat bandar ada juga muzium yang dibuka sehingga pukul 8 malam. Oleh kerana kebanyakan muzium di Jepun menyediakan lokar syiling, anda boleh menikmati karya-karya seni di sini dengan tangan kosong. Di samping itu, terdapat juga kemudahan kafateria bagi membolehkan anda meluangkan masa dengan lebih selesa.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Lawatan & Aktiviti Popular
Recommended places for you
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Hirosaki Park
Parks
Aomori, Hirosaki And Hachinohe
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Panduan Pas Sehari Tokyo: 20 Tiket Dibandingkan Merentas JR, Metro, dan Kereta Swasta
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Membeli-belah di Jepun 2026: Kalendar Jualan Tahunan, Tawaran Terbaik & Tempat untuk Membeli-belah
-
Musim Luruh Jepun 2026: Ramalan Daun Musim Luruh & Tempat Terbaik untuk Menikmati Warna-Warni (+Maklumat Lawatan)
-
Mesin jualan automatik
-
Ryokan (rumah inap)
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
5 pilihan tempat kesenian di sekitar Roppongi & Aoyama.
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Berehat Sambil Menikmati Jamuan Ringan Di Kafe Dan Membeli Belah Cenderahati Di Muzium Snoopy












