HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi 5 pilihan tempat kesenian di sekitar Roppongi & Aoyama.
5 pilihan tempat kesenian di sekitar Roppongi & Aoyama.

5 pilihan tempat kesenian di sekitar Roppongi & Aoyama.

Last updated: 8 Disember 2017

Kawasan ini sudah semestinya menjadi tumpuan untuk hiburan malam dan membeli belah. Tetapi sekarang ianya menjadi bahan bualan bagi penggemar seni kerana terdapat banyak galeri seni di kawasan ini. Di antaranya adalah galeri seni yang berinovasi moden dan terkini, galeri seni di mana pengunjung boleh berseronok dengan kemudahan yang disediakan, galeri seni yang boleh berseronok dengan tenang sehingga lupa masa dan sebagainya. Kami ingin memperkenalkan 5 galeri seni yang paling hangat diperkatakan pada masa kini!

Lihat, alami dan rasai perasaan baru di galeri seni.

Lihat, alami dan rasai perasaan baru di galeri seni.

Galeri seni ini ditubuhkan pada Mac 2007 oleh 3 orang pengarah iaitu Miyake Issei seorang pereka fesyen, Satoh Taku seorang pereka grafik, Fukasawa Naoto seorang pereka barangan dan juga seorang pembantu pengarah iaitu Kawakami Noriko yang merupakan wartawan dan editor. Berkonsepkan "tempat untuk berkongsi pandangan melalui pengalaman sehari-harian", bukan sahaja terdapat pameran, program seperti perbincangan, bengkel dan sebagainya juga turut diadakan di sini. Atap bangunan membawa simbol imej "sehelai kain" yang berdasarkan reka bentuk oleh arkitek, Andou Tadao.

Melihat seluruh kawasan Roppongi dari taman tema seni

Melihat seluruh kawasan Roppongi dari taman tema seni

Galeri seni Mori yang menjadi perhatian ialah galeri seni yang bertaraf dunia dan juga amat menekankan asas seni kontemporari di Asia. "Seni & Kehidupan" sebagai moto, sudah semestinya hasil karya yang dipamerkan di sini merupakan hasil seni oleh karyawan tempatan dan luar negara. Di samping itu, pelbagai program diadakan agar pengunjung dapat lebih menikmati pameran di sini dan dapat berhibur bersama keluarga. Anda boleh mendapatkan hasil seni yang tinggi nilai reka bentuknya di Roppongi Hills Art & Design Store yang terletak di tingkat 3 ataupun di kedai cenderahati muzium yang terletak di tingkat 53.

  • Mori Art Museum
    • Address 6-10-1, Roppongi Roppongi Hills forest tower 53F, Minato-ku, Tokyo, 106-6153
      View Map
    • Nearest Station Roppongi Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Oedo Line)
    • Phone Number 03-5777-8600

Ruangan pameran terbesar di Jepun yang amat berbaloi untuk dilawati

Ruangan pameran terbesar di Jepun yang amat berbaloi untuk dilawati

Galeri ini dibuka kepada umum pada Januari 2007 sebagai galeri seni kebangsaan yang ke-5 di Jepun. Bangunan yang menggunakan lengkungan di dalam teknologi reka bentuknya hingga kini menjadi simbol kepada Roppongi. Dengan keluasan 14,000 meter persegi menjadikannya ruangan pameran yang terbesar di Jepun. Pameran untuk pelbagai jenis genre seni diadakan dan setiap kali diadakan pameran di sini pasti akan menjadi bualan. Disyorkan untuk melawat ketika masa lapang kerana terdapat juga kemudahan seperti art library (pusat sumber kesenian) , kedai cenderahati muzium, kafe dan restoran yang anda boleh kunjungi ketika membuat lawatan ke sini.

Mengadakan pelbagai pameran bertemakan kesenian Jepun.

Mengadakan pelbagai pameran bertemakan kesenian Jepun.

Selepas pembukaannya pada tahun 1961, sehingga kini galeri seni Santori digemari oleh orang ramai. Pada tahun 2007, ianya dipindahkan ke Tokyo Midtown (nama tempat). Bertemakan "kesenian di dalam kehidupan", kesenian lama Jepun diketengahkan dan pelbagai pameran diadakan. Koleksi barangan yang dipamerkan adalah sebuah khazanah negara, 13 buah harta kebudayaan yang penting, 21 buah barangan kesenian yang penting dan termasuk juga lebih kurang 3000 barangan daripada era Heian (bahagian terakhir dalam Sejarah Jepun klasik, bermula tahun 794 hingga ke 1185) hingga Edo (bermula tahun 1603 hingga 1867) yang terdiri daripada lukisan, tanah liat, gelas, anyaman dan sebagainya.

Koleksi berharga Sumitomo di Tokyo.

Koleksi berharga Sumitomo di Tokyo.

Galeri seni ini adalah tempat penyimpanan dan pameran koleksi barangan kesenian keluarga Sumitomo. Bangunan utama galeri ini terdapat di Shishigatani, Kyoto. Daripada pertengahan era Meiji (23 Oktober 1868 hingga 30 Julai 1912) hingga ke Taisho (30 Julai 1912–25 Disember 1926), pelbagai hasil koleksi lukisan moden Jepun dan barat, barangan moden tanah liat, perkakas teh, noh men (topeng noh iaitu sejenis topeng yang dipakai ketika musikal drama traditional Jepun), kostum noh (pakaian yang dipakai ketika musikal drama traditional Jepun) dan sebagainya dikumpulkan. Berada di tengah Roppongi, dikelilingi dengan alam semula jadi dan persekitaran yang sunyi menyebabkan anda lupa akan masa, membolehkan anda menghayati barangan kesenian di sini hingga puas hati.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari