HOME Warisan dunia
Warisan dunia

Warisan dunia

Last updated: 8 Jun 2017

Warisan dunia juga merupakan salah satu tempat pelancongan di antara tempat pelancongan yang banyak terdapat di Jepun. Para pengunjung boleh merasai suasana Jepun di kuil-kuil lama, oleh itu cubalah untuk melawati tempat-tempat tersebut sekurang-kurangnya sekali, termasuk orang yang kurang menggemari benda-benda lama.

Warisan dunia di Jepun

Warisan dunia di Jepun

Di Jepun, terdapat 19 warisan dunia. 15 daripadanya adalah warisan kebudayaan manakala 4 lagi adalah warisan alam semulajadi. Dari bahagian utara di Hokkaido sehinggalah ke bahagian selatan di Okinawa, terdapat banyak warisan dunia kebudayaan di Jepun yang bersejarah seperti kuil-kuil lama dan istana. Jepun menduduki tangga ke-11 dalam senarai rekod bilangan warisan dunia. Antara Asia pula, Jepun menduduki di tangga ke-2 di belakang China. Terdapat juga perkembangan budaya Jepun yang tersendiri dan alam semulajadi yang indah yang masih terdapat sehingga kini.

Tips dan peraturan melawati warisan dunia semulajadi

Tips dan peraturan melawati warisan dunia semulajadi

Terdapat 4 tempat warisan alam semulajadi di Jepun iaitu Yakushima yang merupakan sebuah pulau di Kagoshima-ken, Shirakami-Sanchi yang merentasi Aomori-ken dan Akita-ken, Shiretoko Hantou yang terletak di Hokkaido dan Ogasawarashotou yang merupakan pulau di Tokyo. Di Yakushima, terdapat jalan pendakian yang terkenal sambil melihat sejenis pokok yang dikenali sebagai jomon sugi yang berusia lebih 2,000 tahun. Pendakian ini bermula di Arakawa Trailhead dan mengambil masa selama 8 jam untuk perjalanan pergi dan balik. Selain itu, sediakan peralatan yang lengkap seperti baju hujan dan kasut yang sesuai kerana hujan sering turun di sini tanpa mengira musim. Marilah mendaki menuju ke tempat matlamat setelah mempersiapkan diri selengkapnya.

Warisan dunia kebudayaan Jepun

Warisan dunia kebudayaan Jepun

"Monumen Buddha di sekitar Kuil Horyuji" yang terdapat di Nara-ken merupakan sekumpulan binaan kayu yang dibina pada tahun 607 dan merupakan yang tertua dalam sejarah warisan dunia. Nara-ken yang terkenal dengan "Monumen Bersejarah dari Nara Purba" juga mempunyai dewan Buddha di Kuil Todaiji yang diiktiraf sebagai warisan kebudayaan. Selain itu, terdapat banyak bangunan tinggalan bersejarah di Kyoto yang pernah menjadi ibu negara Jepun dari tahun 794 sehingga 1868 seperti Kinkakuji, Ginkakuji dan Kiyomizudera. Oleh kerana itu, Kyoto juga diiktiraf sebagai kebudayaan warisan yang dikenali sebagai "Monumen Bersejarah dari Kyoto Purba". Selain daripada itu, terdapat juga Istana Himeji di Hyogo-ken, kuil-kuil Nikko di Tochigi-ken dan Kuil Itsukushima di Hiroshima-ken.

Warisan dunia kebudayaan moden

Warisan dunia kebudayaan moden

Banyak warisan kebudayaan Jepun berlatarbelakangkan sejarah lama tetapi terdapat juga warisan kebudayaannya yang lebih moden. "Warisan revolusi perindustrian di Jepun pada zaman Meiji - Pembuatan besi dan keluli, pembinaan kapal dan perlombongan arang batu" diiktiraf sebagai warisan kebudayaan. Gunkanjima yang terletak di Nagasaki-ken merupakan contoh bandar semasa era perkembangan pesat di Jepun. "Kilang sutera Tomioka dan kumpulan industri sutera" yang terletak di Gunma-ken juga merupakan contoh perkembangan era tersebut. Selain itu, "Hiroshima Dome" yang terletak di Hiroshima-ken merupakan tinggalan kesan pengeboman bom atom semasa Perang Dunia Kedua juga merupakan sesuatu yang baru.

Tips dan peraturan melawati warisan dunia kebudayaan

Tips dan peraturan melawati warisan dunia kebudayaan

Antara kawasan kuil dan taman, terdapat sesetengah tempat yang tidak mengenakan bayaran dan terdapat juga sesetengah tempat yang mengenakan bayaran. Untuk tempat yang mengenakan bayaran, sila bayar mengikut harga yang telah ditetapkan. Selain itu, di Gunung Fuji yang merupakan warisan kebudayaan, bayaran masuk adalah 1,000 JPY. Wang yang dikutip ini digunakan untuk menjaga persekitaran Gunung Fuji. Selain itu, terdapat juga kemudahan lain yang mengenakan bayaran seperti tandas di pondok-pondok kecil di sini, oleh itu sila periksa terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan tersebut.

Warisan dunia di Jepun yang terkenal di kalangan orang Jepun

Warisan dunia di Jepun yang terkenal di kalangan orang Jepun

Bagi orang Jepun, "Monumen Bersejarah dari Kyoto Purba" merupakan tempat pelancongan yang amat terkenal. Warisan kebudayaan ini mempunyai pemandangan yang berbeza pada setiap musim seperti sakura pada musim bunga dan daun kekuningan pada musim luruh. Selain itu, Gunung Fuji juga diiktiraf sebagai sebagai warisan kebudayaan yang terkenal. Terdapat satu kebiasaan semasa mendaki Gunung Fuji iaitu pendakian akan dimulakan pada waktu malam dan tiba di puncak pada waktu subuh untuk melihat matahari terbit. Kebanyakan pelancong juga akan melawati Gunung Fuji dalam tempoh masa tersebut. Oleh kerana pendakian di Gunung Fuji hanya dibenarkan pada bulan Julai hingga September sahaja, ia menjadi sesak menjelang musim panas.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari