
Masyarakat Jepun adalah bangsa yang sangat sukakan ofuro (mandi secara berendam di dalam tab mandi). Oleh itu, mari kita mengupas bersama mengenai budaya ofuro di Jepun ini dan juga cara-cara dan adab-adab ketika menggunakannya.
Ofuro, budaya unik masyarakat Jepun

Masyarakat Jepun sangat suka mandi secara berendam di dalam tab mandian yang telah diisi dengan air panas. Mereka ini juga tidak mengenakan sebarang pakaian dan berbogel ketika menggunakan kemudahan mandian awam seperti daiyokujo (bilik mandian besar yang memuatkan ramai pengguna) ataupun sento (rumah mandi awam berbayar).
Ofuro yang lazimnya kelihatan di Jepun

Ofuro yang lazimnya kelihatan di rumah-rumah orang Jepun mengasingkan tab mandian dan tempat membersihkan badan. Ketika menggunakan kemudahan yang sebegini, anda hendaklah mencuci rambut dan badan di tempat membersihkan badan terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam tab mandian.
Unit mandian yang lazimnya kelihatan di hotel

Unit mandian, adalah set yang terdiri daripada tandas, singki, dan tab mandian, merupakan pemandangan yang lazimnya dapat dilihat di hotel-hotel bajet. Oleh kerana saiznya yang kecil, pengguna biasanya akan mencuci badan di dalam tab unit mandian tersebut. Tirai juga turut disediakan di sini bagi mengelakkan air mandian daripada membasahi ruangan tandas.
Kemudahan daiyokujo (bilik mandi besar) di hotel

Sesetengah hotel ada menyediakan kemudahan daiyokujo (bilik mandi besar) sebagai pilihan selain daripada bilik mandi yang terdapat di setiap bilik. Kebiasaannya, kemudahan daiyokujo ini akan mengasingkan jantina di bilik berasingan. Sila tanggalkan pakaian di tempat persalinan dan simpan barang anda di kemudahan loker atau bakul yang tersedia. Barangan berharga adalah lebih selamat jika disimpan di dalam bilik ataupun di kaunter hadapan.
Adab dan peringatan ketika menggunakan kemudahan daiyokujo

Perasaan bertimbang rasa terhadap pengguna lain perlu dititik beratkan ketika menggunakan kemudahan ini. Elakkan air jirusan badan daripada terkena pengguna di sekeliling anda. Elakkan rambut ataupun tuala daripada terendam di dalam air ketika menggunakan kolam mandian. Pengguna juga dilarang untuk berenang di dalam kolam mandian ini. Sebelum keluar, bersihkan kawasan yang telah digunakan. Lebih baik juga jika anda menjirus sedikit badan sebelum keluar.
Bilik mandi awam di rumah tetamu atau rumah tumpangan

Kebiasaannya ryokan (rumah tumpangan ala Jepun), rumah tetamu atau rumah tumpangan tidak menyediakan kemudahan bilik mandi di setiap bilik. Penginap lazimnya perlu berkongsi bilik mandi kecil bersama penginap yang lain. Amalkan juga sikap bertimbang rasa ketika menggunakan kemudahan ini.
Trip harian ke bilik mandi awam atau onsen

Di Jepun juga terdapat banyak kemudahan ofuro tanpa perlu menginap seperti "sento" (rumah mandi awam) atau "higaeri onsen" (kolam air panas semula jadi). Pengguna perlu bayar di kaunter terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini.
Kesimpulan
Ofuro adalah kemudahan yang membolehkan anda merasai sendiri budaya unik masyarakat Jepun. Dengan menjaga adab-adab seperti yang dinyatakan, diharapkan agar anda dapat menikmati masa kunjungan dengan tenang dan selesa.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Events
KYOTO TAKENOSATO ONSEN MANYO NO YU
Hot Springs (Onsen) & Bath Houses (Sento)
Kyoto Station, To-ji Temple
-
Mesin jualan automatik
-
Ryokan (rumah inap)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Kemudahan yang menyediakan penggunaan onsen (kolam air panas) walaupun tidak bermalam
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami