HOME Hyakkaten (gedung serbaneka)
Hyakkaten (gedung serbaneka)

Hyakkaten (gedung serbaneka)

Last updated: 28 April 2017

Hyakkaten (gedung serbaneka) bermaksud gedung jualan yang terdiri daripada pelbagai jenis kedai seperti butik barangan berjenama, restoran dan sebagainya yang terletak di dalam satu bangunan yang sama. Ianya sama seperti pusat membeli-belah.

Sejarah hyakkaten

Sejarah hyakkaten

Hyakkaten pertama yang dibuka di Jepun pada tahun 1904 adalah "Mitsukoshi" atau nama lamanya "Mitsukoshi Gofukuten".

Depachika (tingkat bawah tanah gedung serbaneka)

Depachika (tingkat bawah tanah gedung serbaneka)

Tingkat bawah tanah di gedung jualan ataupun "depachika" (ringkasan daripada perkataan "depa-to no chika") merupakan ruangan jualan makanan seperti manisan, sayuran, serta makanan mentah dan sebagainya. Khususnya ruang pameran manisan yang sangat indah ini seringkali disalah anggap sebagai kedai kedai barang kemas.

Pameran produk keluaran tempatan

Pameran produk keluaran tempatan

Terdapat sesetengah hyakkaten yang menganjurkan pameran jualan produk keluaran tempatan serta ekiben (bekalan makanan yang dijual di stesen kereta api) mengikut daerah untuk masa yang terhad. Acara ini selalunya dibuat di tingkat bawah tanah ataupun di dalam dewan pameran. Acara ini juga popular kerana pengunjung boleh mendapatkan produk tempatan yang lazat tanpa perlu pergi ke daerah tersebut.

Elevator girl (gadis lif)

Elevator girl (gadis lif)

Sesetengah hyakkaten menempatkan pekerja wanita yang digelar "elevator girl" (gadis lif) di dalam lif . Walaupun bilangannya semakin berkurang, tugas gadis lif adalah untuk menghentikan lif dan memandu arah.

Restoran di tingkat teratas

Restoran di tingkat teratas

Kebanyakan hyakkaten menempatkan kedai makan, kafe, dan sebagainya di tingkat teratas. Walaupun harganya sedikit mahal, pengunjung mempunyai banyak pilihan seperti kedai makanan barat, makanan Jepun, makanan Cina dan sebagainya. Sila ambil perhatian sekiranya ingin berkunjung pada waktu tengahari kerana kebiasaannya pada waktu tersebut terdapat ramai pelanggan yang datang sehingga terpaksa beratur di luar kedai.

Tandas yang bersih

Tandas yang bersih

Kebanyakan tandas di hyakkaten sangat bersih. Sejak kebelakangan ini, kebanyakan gedung membeli belah mula menitikberatkan soal rekabentuk serta kemudahan penggunaan tandas. Selain itu, kemudahan mesin air sejuk dan sofa untuk berehat yang diletak berdekatan dengan tandas turut disediakan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari