HOME Penukaran/pemulangan barangan yang telah dibeli
Penukaran/pemulangan barangan yang telah dibeli

Penukaran/pemulangan barangan yang telah dibeli

Date published: 9 Januari 2020
Last updated: 14 September 2020

Setelah membeli sesuatu barangan, apakah langkah-langkah yang diperlukan jika ingin "menukar/memulangkan" semula barangan tersebut?

Tidak boleh menuntut untuk memulangkan barangan yang telah dibeli sesuka hati.

Tidak boleh menuntut untuk memulangkan barangan yang telah dibeli sesuka hati.

Jika barangan yang dibeli didapati "tidak sesuai", "rosak akibat penggunaan sendiri" dan sebagainya yang berlaku disebabkan oleh kecuaian pembeli sendiri, bagi kebanyakan kes di Jepun, barangan sebegini tidak boleh dipulangkan semula.

Perhatian

Perhatian

Sewaktu proses pemulangan, sertakan bersama resit pembelian. Tempoh masa dibenarkan dan jenis barangan yang boleh dipulangkan berbeza mengikut kedai. Sebagai contoh, pemulangan hanya terhad sehingga seminggu atau sebulan selepas tarikh pembelian.

Pemulangan barangan berbentuk makanan

Pemulangan barangan berbentuk makanan

Jika makanan yang dibeli tidak enak, terpecahkan telur yang dibeli dan sebagainya yang disebabkan kecuaian sendiri lazimnya tidak boleh menuntut pemulangan. Tetapi ianya tertakluk juga kepada polisi syarikat dan kedai.

Pemulangan berbentuk barangan pakaian

Pemulangan berbentuk barangan pakaian

Bagi kes melibatkan saiz pakaian yang tidak bersesuaian, lazimnya pihak kedai akan hanya membenarkan penukaran saiz dilakukan. Selain itu, pakaian dalam, baju renang dan sewaktu dengannya, tidak boleh ditukar mahupun dipulangkan atas sebab kebersihan.

Pemulangan berbentuk barangan kasut

Pemulangan berbentuk barangan kasut

Bagi kes penukaran saiz kasut, lazimnya hanya kasut yang dipakai di dalam bilik sahaja dibernarkan untuk ditukar. Kasut yang telah digunakan untuk berjalan ke luar rumah tidak boleh ditukar.

Pemulangan barangan elektrik

Pemulangan barangan elektrik

Kecuali barangan yang didapati tidak berfungsi sebelum penggunaan lagi, kebanyakan barangan elektrik tidak boleh dipulangkan setelah digunakan. Walaupun barangan tersebut belum dihidupkan, sekiranya label telah terkoyak/tercabut, ini boleh mengakibatkan barangan tersebut tidak boleh ditukar.

Polisi "cleaning off"

Polisi "cleaning off"

Setelah menandatangai kontrak untuk pembelian barangan, setelah tiba suatu masa yang ditetapkan, pengguna dibenarkan untuk memohon pembatalan kontrak.
Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jualan seperti dari rumah ke rumah ataupun melalui telefon, jangka masa kontrak yang dijanjikan oleh penjual-penjual ini mungkin berbeza daripada yang sebenar di kedai.

Pemulangan dan penukaran barangan setelah pembelian bukanlah "perkara yang dianggap biasa" dilakukan

Pemulangan dan penukaran barangan setelah pembelian bukanlah "perkara yang dianggap biasa" dilakukan

Mengikut undang-undang di Jepun, pihak penjual tidak terikat untuk penukaran atau pemulangan terhadap sebarangan barangan yang telah dijual. Penukaran atau pemulangan barangan hanyalah menurut budi bicara pihak penjual sendiri.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari