HOME Tempat membeli-belah
Tempat membeli-belah

Tempat membeli-belah

Last updated: 28 April 2017

Memperkenalkan tempat membeli-belah meliputi semua jenis barangan yang ingin dibeli di Jepun. Adalah lebih baik untuk anda mengasingkan antara kegunaan dan juga bajet.

Gedung Serbaguna

Gedung Serbaguna

Antaranya adalah di Mitsukoshi, Isetan, dan juga Takashimaya. Memiliki bangunan 7 hingga 8 tingkat, yang terkumpul semua pakaian, makanan dan pelbagai jenis barangan. Struktur tingkat kebiasaannya adalah, di tingkat 1 bangunan terdapat tempat jualan kosmetik, tingkat 2 dan ke atas terdapat tempat menjual aksesori dan alatan pakaian, dan tingkat di atasnya terdapat barangan dalaman dan juga perkakasan rumah. Manakala di tingkat paling atas terdapat pelbagai restoran dan kafeteria.

“Depa-chika” (kedai yang menjual barang makanan bawah tanah)

“Depa-chika” (kedai yang menjual barang makanan bawah tanah)

Tempat yang menjual pelbagai jenis produk makanan bawah tanah dikenali sebagai “Depa chika”. Pelbagai produk yang terkumpul di kedai ini seperti makanan mewah, kuih-muih tradisi Jepun dan barat, lauk-pauk, ”bento” (makanan bekal seperti nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal) dan juga sebagainya.

Pusat membeli belah

Pusat membeli belah

Terdapat banyak kedai khusus yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan di dalam bangunan yang sama seperti kedai-kedai minuman dan makanan, pawagam, pusat kecantikan dan sebagainya. Kebanyakannya berada di pinggir bandar dan bukannya di pusat bandar. Anda tidak akan berasa jemu walaupun seharian berada di situ kerana di dalamnya sangat luas.

Pasar raya

Pasar raya

Pasar raya, tempat kegunaan harian seperti barangan makanan dan minuman, barangan keperluan harian dan lain-lain. Semasa membayar, hendaklah beratur di hadapan kaunter bayaran, dah selepas itu, secara asasnya barang dimasukkan sendiri ke dalam beg plastik. Bergantung juga kepada tempat, ada tempat yang menjalankan perniagaan dari awal pagi hingga lewat malam, dan di dalamnya juga disediakan dapur pembuatan roti, gerai-gerai bakar, dan setiap pasar raya memiliki strategi tersendiri.

”Drug store” (farmasi)

”Drug store” (farmasi)

Farmasi adalah tempat menjual barangan sepeti ubat-ubatan, alatan kosmetik, barangan kecantikan dan juga kesihatan. Selain dari ubat-ubatan dan alatan kosmetik, ada juga dijual barangan keperluan harian seperti kertas dan sabun, peralatan bayi, minuman tenaga, “supplement” (makanan tambahan) dan sebagainya. Terdapat juga kedai bersaiz besar yang menjual bahan makanan.

Kedai Serbaneka

Kedai Serbaneka

Terkumpul di dalamnya semua barangan yang diperlukan dalam kehidupan harian daripada makanan sehinggalah kepada barangan harian. Di bandar Osaka, perniagaan dibuka 24 jam tanpa mengira siang atau malam. Terdapat juga kedai yang meletakkan kerusi dan meja untuk membolehkan makan dan minum.

Kedai 100 JPY

Kedai 100 JPY

Kedai 100 JPY ialah kedai yang menjual apa jua barangan dengan harga 100 JPY (tidak termasuk cukai). Mempunyai produk barangan yang luas seperti peralatan makanan, kosmetik, dan barangan aksesori dapur. Hendaklah berhati-hati kerana terdapat juga keadaan di mana barangan dijual lebih dari 100 JPY bergantung kepada kedai.

“Discount Store” (Gedung Diskaun)

“Discount Store” (Gedung Diskaun)

Pelbagai barangan yang dijual dengan harga murah seperti barangan kegunaan harian, makanan, peralatan elektrik, mainan, barangan untuk parti dan sebagainya. Adalah menjadi satu tarikan jika anda membeli barangan dengan jumlah yang banyak pada masa yang sama dan dengan harga lebih murah berbanding dengan kedai lain.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari