
Kari Jepun sangat popular dengan semua lapis masyarakat tanpa mengira umur, sama ada di rumah ataupun di restoran. Kari Jepun mempunyai rasa yang berlainan dari kari India. Walaupun ia mengandungi serbuk kari, biasanya kari Jepun tidak pedas. Ia dicampur dengan daging ataupun sayuran, dan dituang di atas nasi putih sebelum dihidang. Berbagai jenis versi kari Jepun telah dicipta, dan ianya sangat popular di seluuh dunia.
Asal Usul Nasi Kari Jepun

Masakan Kari ala-British bermula apabila orang Britain membawa masakan India pulang ke Britain. Pada zaman Meiji, pelbagai aspek Barat ditiru, dan Kari Britain adalah salah satu darinya. Oleh kerana tempat asalnya, ia dikategori sebagai makanan Barat. Kari Jepun dimasak dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang dan bawang. Adakalanya ia dipekatkan dengan tepung gandum.
Nasi Kari bagi Kegunaan di Rumah

Kari Jepun boleh dimasak dengan menumis bahan-bahan seperti daging atau sayuran, dan ditambah dengan pepejal kari Jepun (yang senang didapati dari pasaraya, kedai runcit dan lain-lain) dan dididih.
Ada pelbagai cara untuk menyedia hidangan ini, dan ada kemungkinan besar bahawa resepi dan cara penyediaan setiap keluarga berlainan. Ini kerana apa sahaja jenis bahan-bahan boleh dimasak dengan kari Jepun. Anda boleh menggabungkan lebih daripada satu perisa pepejal kari Jepun dan tambah dengan bahan rahsia. Jikalau anda kesuntukan masa, anda juga boleh menggunakan kari segera yang dijual dalam paket. Masukkan paket kari ke dalam ketuhar gelombang ataupun air didih, dan ia sedia dimakan dalam beberapa minit!
Kari dengan Sayur Jeruk

7 jenis sayuran jeruk yang dicampur kemudian dicincang dihidang dengan kari Jepun dipanggil “Fuku-jin zuke”. Pada mulanya, sayuran jeruk dari India diperkenalkan tetapi rasanya tidak sesuai dengan citarasa orang Jepun, Oleh itu, ia diganti dengan Fuku-jin zuke. Tidak lama kemudian, cara hidangan ini menjadi sangat terkenal dan kombinasi ini telah menjadi cara hidangan yang biasa di negara Jepun.
Nasi Kari Hasilan Tempatan

Nasi kari Jepun mempunyai variasi yang banyak sehingga ia menjadi salah satu makanan yang boleh disesuaikan untuk kawasan berbeza di Jepun. Tempat-tempat ini juga bangga untuk mempamerkan cara masakan nasi kari Jepun yang berlainan. Sup kari dari Sapporo, Hokkaido telah menjadi masakan yang sangat terkenal dan ia boleh didapati di seluruh negara
Cara Masakan Lain

Kari Jepun boleh dihidang dengan pelbagai cara, seperti Kari Doria (kari beserta keju dituang ke atas nasi, dan dibakar dalam ketuhar), Kari Udon (iaitu mi Udon dengan sup kari), dan roti Kari yang menggunakan kari sebagai inti.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Cobara HettaYodobashiakiba
Curry
Akihabara
-
SUHPUKAREH'OUCHI
Curry
Sapporo / Chitose
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Mesin jualan automatik
-
Ryokan (rumah inap)
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Kad bank luar negara
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo