
Di Jepun, " tonkatsu "merupakan makanan yang popular di rumah mahupun di luar. Saya akan memperkenalkan ciri-ciri dan daya tarikan tonkatsu.
Tonkatsu merupakan daging khinzir bersalut serbuk roti yang digoreng.

Daging khinzir disalut dengan serbuk roti dan kemudian digoreng. Ia selalu menjadi hidangan di meja makan rumah.
Asal

Masakan "daging tulang rusuk" Perancis berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "cotelette". Makanan Jepun "tempura" pada zaman Meiji diubahsuai kepada kutlet daging khinzir yang di salut dengan serbuk roti dan digoreng. Ia telah menjadi makanan unik negara Jepun. Kedai Tonkatsu pertama di Jepun menggelarkan potongan daging khinzir itu sebagai "pork cutlet", namun apabila ia semakin berkembang, perkataan pork itu ditukar kepada perkataan Jepun iaitu "ton" dan kemudian telah diringkaskan menjadi "tonkatsu".
Sos tonkatsu

Sosnya yang pekat diperbuat daripada sayur dan buah-buahan. Terdapat juga pilihan sos yang lain seperti sos manis, pedas dan bijan. Selain itu terdapat banyak jenis sos mengikut kawasan dan citarasa individu sebagai contoh "misokatsu" iaitu sos yang menggunakan miso seperti di Nagoya, Aichi.
Disertakan dengan kubis

Tonkatsu biasanya dihidangkan bersama-sama hirisan kubis. Kubis mengandungi khasiat "vitamin U (cabagin)" untuk melindungi perut dan berkesan untuk memudahkan penghadaman serta penyerapan minyak di dalam badan.
Daya tarikan makan di kedai

Banyak restoran yang melayan pelanggan dengan memakai kimono atau pakaian Jepun. Selain itu, anda boleh memesan menu set yang disertakan sekali nasi atau sup miso dengan harga berpatutan iaitu lebih kurang 1,500 JPY.
Katsudon (kutlet daging khinzir di atas nasi)

Katsudon adalah masakan di mana bawang dan potongan kutlet direneh di dalam sos ala Jepun dan kemudian diletakkan telur separuh masak di atas nasi. Kebiasaannya ia dimakan bersama-sama dengan sup miso dan tsukemono (acar atau jeruk).
Katsukare (Kari Jepun kutlet daging khinzir)

Katsukare adalah nasi kari Jepun yang diletakkan kutlet daging khinzir di atasnya. Kari Jepun berasal daripada India dan melalui negara Britain, ia kini telah menjadi menu asli negara Jepun yang unik.
Katsusando (Roti sandwich kutlet daging khinzir)

Katsusando adalah roti sandwich yang diapit dengan tonkatsu yang diletakkan sos dan kobis. Ia juga popular dijual di kedai cenderamata tonkatsu dan di tempat pengangkutan awam seperti ekiben (makanan di dalam bekas yang dijual di stesen) dan soraben (makanan di dalam bekas yang dijual di lapangan terbang).
Tonkatsu yang terkenal

Tonkatsu telah berkembang dari semasa ke semasa. Di antaranya, daging "Rea katsu" yang dapat dihasilkan melalui pengurusan kebersihan yang ketat di Jepun. Ia digoreng separa masak selama 60 saat dan memberi nafas baru serta kelainan pada rasa tonkatsu mahupun stik.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Watonkatsu Wagyukatsu Aburaya
Tonkatsu
Ikebukuro
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.