HOME Kuil Buddha
Kuil Buddha

Kuil Buddha

Last updated: 29 Mac 2017

Di Jepun, perkataan "kuil" merujuk kepada tempat suci bagi Buddha. Agama Buddha diperkenalkan di Jepun sekitar pertengahan abad ke-6 dan masih merupakan kepercayaan yang wujud di Jepun dalam kehidupan seharian, yang paling ketara dalam adat dan tradisi.

Apakah itu kuil?

Apakah itu kuil?

Kuil adalah institusi di mana upacara Buddha itu dilaksanakan, ianya diperkenalkan dari India dan China. Sami-sami Buddha tinggal di premis itu dan patung dalam imej Buddha adalah objek bagi prinsip ibadah.

Melawat Kuil Buddha

Melawat Kuil Buddha

Kuil Buddha mempunyai ciri-ciri yang berbeza, bergantung kepada setiap bahagian dalam mazhab itu. Walau bagaimanapun, mazhab-mazhab yang berbeza dibenarkan untuk melawat kuil-kuil lain. Dengan berfikiran terbuka, selagi matlamat anda adalah untuk memahami ajaran Buddha, anda dibenarkan untuk melawat mana-mana kuil yang anda mahu.

Pintu utama Kuil Buddha

Pintu utama Kuil Buddha

Pintu utama adalah struktur di pintu masuk kuil dikenali sebagai ‘Sanmon’. Tekapkan kedua-dua belah tapak tangan anda untuk menyambut Buddha dan teruskan masuk.

Bangunan Utama Kuil Buddha

Bangunan Utama Kuil Buddha

Bangunan utama adalah dimana patung Buddha diletakkan. Masukkan wang yang ingin didermakan ke dalam kotak yang bertanda "浄 財" (jozai, persembahan), kemudian mengumumkan lawatan anda dengan menarik tali untuk membuat gong kuil berbunyi dipanggil waniguchi, yang diletakkan di hadapan bangunan utama. Perbuatan menderma wang dianggap sebagai jenis latihan untuk membebaskan diri dari hawa nafsu duniawi anda. Selepas membunyikan gong, tunduk sekali dan memberi hormat dengan menekapkan kedua-dua belah tapak tangan anda di depan dada.

Pagoda Lima Tingkat

Pagoda Lima Tingkat

Sesetengah kuil mempunyai pagoda tiga tingkat. Ia merupakan bangunan penting dalam kemudahan Buddha yang memegang peninggalan sejarah Buddha (tulang selepas pembakaran mayat). Pagoda lima tingkat Kuil Horyu-ji telah dibina sekitar tahun 680, menjadikannya binaan kayu yang tertua di dunia.

Perayaan Tahunan Di Kuil

Perayaan Tahunan Di Kuil

Pelbagai acara diadakan sepanjang tahun di kuil-kuil di seluruh Jepun. Salah satu daripada acara tersebut adalah hatsumode, upacara dengan berdoa untuk kebahagiaan dan nasib baik pada Malam Tahun Baru dan Tahun Baru. Pada 3 Februari, acara lain yang dipanggil Setsubun berlansung, di mana kacang soya dicampak sebagai simbolik untuk mengusir kejahatan dan membawa kebahagiaan dan kesihatan ke rumah seseorang. Selepas itu, diikuti dengan Hinamatsuri atau dipanggil sebagai Festival Anak Patung Perempuan serta Hari Kanak-, kedua-dua kanak-kanak meraikan, dan terdapat juga festival musim panas Shichi-Go-San, yang meraikan kanak-kanak yang berumur tiga, lima dan tujuh. Semua perayaan-perayaan ini mempunyai hubungan dalam agama Buddha.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari