
Di Jepun, istilah "kuil" merujuk kepada sebuah bangunan agama yang berkaitan dengan agama Shinto. Ianya diwakili dalam pelbagai aspek kehidupan seharian, terutamanya dalam adat dan tradisi, kepercayaan Shinto adalah sebahagian yang penting dalam kehidupan seharian masyarakat di Jepun.
Dewa-dewa dalam ajaran Shinto

Dewa Shinto Jepun, dipanggil Kami, yang bertanggungjawab terhadap pelbagai jenis kuasa yang berbeza dan dipercayai wujud dalam semua jenis fenomena alam dan perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia, contohnya seperti kewujudan angin, gunung-ganang, walaupun berseorangan di dapur. Oleh kerana bilangan Kami tidak terkira banyaknya dalam kepercayaan Shinto, mereka dirujuk sebagai "Yaoyorozu No Kami," satu ungkapan yang bermaksud "lapan juta dewa" tetapi "lapan" sinonim dengan "tidak terkira banyaknya." Pada masa lalu, orang-orang Jepun menganggap kejadian seperti cuaca yang tidak normal bermaksud Kami sedang murka dan merasakan kewujudan Kami di setiap bahagian alam semula jadi iaitu, jauh di luar sangkaan manusia.
Goshintai

Di kuil, orang yang beriman berdoa kepada goshintai, suatu objek yang dipercayai mengandungi semangat dewa. Goshintai biasanya adalah batu gergasi semula jadi atau pokok-pokok, dan juga cermin atau pedang, tetapi ia berbeza mengikut setiap kuil. Secara umumnya, goshintai disimpan jauh di dalam kuil dan penyembah biasa tidak dapat melihatnya.
Torii

Torii adalah pintu yang memisahkan dunia manusia dari dunia Kami. Torii jauh dari kuil utama, di mana Kami tinggal, dipanggil ichi no torii (torii pertama), diikuti dengan ni no torii (torii kedua). Jika anda memasuki alam Kami, tunduk sekali setiap kali anda berjalan melalui torii untuk menunjukkan rasa hormat kepada dewa.
Menyucikan Diri Dengan Chozuya

Pada chozuya itu, terdapat takungan air yang digunakan untuk membersihkan diri sebelum memasuki kuil, anda perlu membersihkan tangan dan mulut anda seperti biasa untuk membersihkan kotoran dari badan anda sebelum pergi ke kuil utama di mana tempat Kami tinggal.
Sessha dan Massha

Kuil tambahan dipanggil sessha yang termaktub kepada dewa Shinto yang sangat berkait rapat dengan Kami daripada kuil utama. Kuil tambahan yang lain dipanggil massha, kuil bawahan, di situ terdapat Kami yang terletak di kawasan tempatan untuk disembah. Ketika melawat kuil, ia adalah adat untuk menyambut kedua-dua Kami tersebut
Komainu, penjaga kuil

Di hadapan dewan ibadah atau kuil utama, terdapat sepasang komainu, atau dipanggil singa-anjing, mereka akan diletakkan di sebelah kanan dan kiri bangunan itu, ianya bertindak sebagai penjaga kuil ini. Oleh itu, mereka secara khususnya melindungi pintu masuk kuil dan menyimpan apa-apa yang jahat daripada memasuki kawasan kuil. Sesetengah kuil akan dijaga oleh haiwan selain daripana komainu, seperti musang atau lembu.
Acara tahunan di kuil

Sepanjang tahun, kuil-kul Shinto menjadi tuan rumah pelbagai jenis acara yang berbeza. Antara acara yang utama termasuklah Shichi-Go-San, perayaan mendoakan pertumbuhan sihat kanak-kanak berusia tujuh, lima dan tiga; serta hatsumode, doa tradisional untuk tuah dan kebahagiaan semasa Malam Tahun Baru dan Hari Tahun Baru. Pada 3 Februari, acara lain dipanggil Setsubun berlaku di mana kacang soya dicampak sebagai simbolik mengusir kejahatan dan membawa kebahagiaan dan kesihatan dalam rumah seseorang. Hinamatsuri, Festival Anak Patung Perempuan dan diikuti dengan Hari Kanak-kanak selepas itu, kedua-dua acara adalah untuk meraikan kanak-kanak. Perayaan musim panas Shichi-Go-San, meraikan anak-anak usia tiga, lima, dan tujuh. Semua perayaan-perayaan ini menjadi asas kepada Shinto.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
[MOVIE] Sensoji, Tempat Popular Dikalangan Pelancong Asing! 7 perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pergi
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna