Jepun merupakan negara yang dikelilingi oleh lautan. Selain itu, 75% daripada tanahnya adalah kawasan berbukit dan alam semulajadinya yang kaya dan bisa memberikan anda pengalaman alam semulajadi menyeronokkan.
Mendaki Gunung

Terdapat banyak gunung-ganang di seluruh Jepun termasuk gunung Fuji. Di kawasan Tokyo, gunung yang boleh didaki tanpa bermalam adalah Takaosan (terletak di Hachioji-shi), Mitakesan (terletak di Oume-shi) dan sebagainya.
Mengembara

Buat anda yang tidak mempunyai keyakinan untuk mendaki gunung, anda boleh mendaki bukit Berdekatan dengan Tokyo. Terdapat banyak tempat yang terkenal seperti Hakone dan Kamakura (kedua-duanya di wilayah Kanagawa), Okutamamachi (di bandaraya Tokyo) dan sebagainya.
Ladang bunga

Ladang Lavender di Furano, Hokkaido yang berkembang mekar sekitar tengah bulan Julai turut mendapat sambutan di kalangan pelancong asing. Berdekatan dengan Tokyo, terdapat “Shibazakura” seakan karpet yang berwarna merah jambu yang terkenal terletak di Chichibu (wilayah Saitama), “Kochia”pada musim luruh di Kokuei Hitachi Kaihin Koen (wilayah Ibaraki) dan sebagainya juga terkenal dikalangan pelancong asing.
Sukan Air

Anda boleh pergi ke Okinawa sekiranya anda ingin mencuba pengalaman sukan air di laut seperti selam skuba dan banana bot (bot rekreasi berbentuk pisang). Di kawasan Kanto, tempat yang terkenal adalah seperti semenanjung Izu, wilayah Chiba dan sebagainya.
Berkayak

Dikatakan bahawa terdapat banyak sungai yang curam di Jepun. Berdekatan Tokyo terdapat tempat untuk anda rasainya sendiri seperti sungai Okutamagawa di Okutamamachi.
Perhatian yang perlu diambil

Jika anda ingin merasai pengalaman semula jadi seperti ini, anda disyorkan untuk mengkaji dahulu syarikat yang bertanggungjawab mengendalikannya dan membuat tempahan awal. Disamping itu, anda perlu membuat persediaan rapi jika ingin mendaki gunung, iaitu menyediakan kasut mendaki serta peralatan ketika hujan. Jika ingin berkayak, pakaian mandi, topi keledar dan sebagainya perlu disediakan. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa tidak semua aktiviti boleh dilakukan pada sepanjang tahun. Oleh itu, periksalah musim yang terbaik sebelum memulakan perancangan aktiviti anda.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Lawatan & Aktiviti Popular
Recommended places for you
-
Senso-ji Temple
Temples
Asakusa
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Tenryu-ji Temple
Temples
Arashiyama, Uzumasa
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kad bank luar negara
-
Panduan Pas Sehari Tokyo: 20 Tiket Dibandingkan Merentas JR, Metro, dan Kereta Swasta
-
Mesin jualan automatik
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
[MOVIE] Adakah Ini Original!? Telah Tiba Zaman Dimana Sampel Makanan Boleh Dibuat Sendiri! Pengalaman Membuat Tempura
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya
-
Semua 0 JPY! 10 tempat pilihan di Tokyo yang boleh anda nikmati secara percuma












