
Taman Tema tidak asing di Jepun, dari Disney Resort yang terkenal hinggalah Universal Studios Japan di Osaka. Marilah kita tengok ciri-ciri taman tema dan terokai taman tema yang terbaik di Jepun.
Sejarah Taman Tema di Jepun

Taman Tema pertama di Jepun adalah Nara Dreamland yang dibuka pada tahun 1961. Sejak itu, pelbagai taman tema telah dibina di seluruh negara.
Menikmati Musim-Musim di Jepun

Jepun mempunyai 4 musim, dan anda boleh menikmati pandangan yang berbeza di setiap musim walaupun di taman tema yang sama. Di Jepun, terdapat banyak taman tema kreatif yang memberi perhatian kepada lanskap dan bunga-bunga untuk memelihara pemandangan yang indah, serta banyak taman tema lain yang terkenal bagi persembahan langsung (contoh: persembahan bertemakan air di musim panas). Tidak kira dimana, anda tidak akan bosan!
Taman Tema Dihias Dengan Cantik

Setiap tahun, pelbagai tema dipilih bagi musim tertentu, dan seluruh taman tema akan dihiasi dengan hiasan yang sesuai. Sebagai contoh, menjelang hari Krismas, taman tema akan mengadakan pertunjukan cahaya yang istimewa ataupun pertunjukan lilin. Makanan dan barangan bermusim juga dijual dan dipadan dengan acara yang diadakan pada musim tersebut. Waktu operasi juga berbeza bagi hari yang istimewa, dan sesetengah taman tema akan memberi diskaun bagi pengunjung yang memasuki taman tema selepas masa tertentu pada waktu petang.
Teknologi dan Perkhidmatan Bertaraf Dunia

Perkhidmatan dan servis di Jepun yang penuh ramah mesra dan keikhlasan sering mendapat pujian di seluruh dunia. Dan sudah tentu, perkhidmatan di taman tema juga tidak terkecuali. Taman tema dijaga dengan rapi dan bersih, dan kakitangan sentiasa sedia untuk membantu dengan sikap yang ramah. Oleh kerana itu, pengunjung boleh mendapat pengalaman yang baik di taman tema di Jepun.
Taman Tema Terkenal di Jepun

Tokyo Disneyland dan Tokyo Disney Sea (2 taman tema di satu lokasi) merupakan salah satu tarikan yang paling terkenal di Jepun. Ia diikuti dengan Universal Studios Japan (USJ) di Osaka yang menghiburkan pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. USJ mempunyai banyak tarikan yang berdasarkan filem Hollywood, dan kesemua taman tema terkenal ini mempunyai peta dalam Bahasa Inggeris dan beberapa Bahasa lagi.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
TOKYO MYSTERY CIRCUS
Theme Parks
Shinjuku
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Events
TYFFONIUM SHINJUKU
Theme Parks
Shinjuku
-
TOEI KYOTO STUDIO PARK
Theme Parks
Arashiyama, Uzumasa
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
3 lokasi hiburan pilihan di Ikebukuro
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan