HOME Fotografi
Fotografi

Fotografi

Last updated: 23 Februari 2017

Negara Jepun adalah salah satu pengeluar kamera utama di dunia. Orang Jepun juga mengemari fotografi dan sangat kerap mengambil gambar.

Gambar pertama di Jepun

Gambar pertama di Jepun

Kali pertama kamera dihantar ke Jepun adalah pada tahun 1848. Kerana dasar pengasingan oleh kerajaan pada zaman Edo, hanya Nagasaki dibenarkan untuk berdagang dengan negara-negara asing. Kamera diimport oleh orang Belanda ke Nagasaki. Gambar pertama di Jepun diambil oleh Nariakira Shimazu, seorang Samurai di Satsuma (kini Wilayah Kagoshima). Gambar ini masih boleh dilihat di muzium Kagoshima. Gambar itu telah diambil dengan teknik fotografi "daguerreotype" yang paling popular pada masa itu. Minat dalam teknologi fotografi dan kamera bertambah, dan kajian teknik dan seni fotografi bermula di Nagasaki dan disebarkan ke bandar sekitarnya. Studio foto pertama dibuka di Jepun pada tahun 1862 untuk mengambil gambar potret.

Dari profesional untuk amatur

Dari profesional untuk amatur

Minat dalam seni fotografi meningkat apabila kamera menjadi lebih senang untuk didapati, bukan sahaja bagi jurugambar profesional tetapi bagi jurugambar amatur. Semasa Perang Dunia kedua, fotografi selain dari kegunaan sebagai berita dilarang. Tetapi selepas perang, bidang seni fotografi telah mengalami pembangunan yang ketara. Sebagai contoh, syarikat kamera Nikon telah ditubuh pada tahun 1917 tetapi tidak menjadi popular sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila produk syarikat ini dijual ke seluruh dunia. Beberapa dekad kemudian, Nikon berjaya menjadi piawai bagi jurugambar profesional di dunia. Pada tahun 90-an, satu lagi jenama pengeluar kamera Jepun iaitu Canon telah muncul dalam saingan yang sengit. Sekarang, kedua-dua jenama Nikon dan Canon telah menjadi jenama yang dipercayai di dunia.

Seni Fotografi Jepun

Seni Fotografi Jepun

Fotografi menjadi salah satu genre seni yang paling popular selepas Perang Jepun. Dari jurugambar profesional ke rakyat jelata, ramai orang menikmati fotografi sebagai hobi. Selain itu, Ekspresionisme Abstrak seperti gaya dan teknik jurugambar tersendiri telah muncul. Dalam dunia seni fotografi kontemporari, satu projek utama menarik yang sangat popular ialah "Flesh Love". Gambar bagi projek ini telah diambil oleh Haruhiko Kawauchi, atau lebih dikenali sebagai PHOTOGRAPHER HAL. "Flesh Love" adalah projek yang menghasilkan imej memukau, dengan subjek fotografi (pasangan) dalam pek vakum.

Mika Ninagawa, salah seorang jurugambar Jepun yang terkenal di dunia, juga merupakan pengarah filem. Karya seni beliau mengabungkan warna-warna yang menarik serta budaya tradisi. Nama beliau sangat popular di Jepun, dan beliau juga terlibat dalam penghasilan video muzik bagi artis-artis Jepun.

Menerokai Fotografi

Sejarah seni fotografi profesional di Jepun boleh diterokai di Muzium Fotografi Metropolitan Tokyo. Dibuka pada tahun 1986, muzium ini telah menarik pengunjung dari semua lapis masyarakat termasuk jurugambar terkenal serta generasi fotografi yang akan datang, dan mempamerkan kerja-kerja oleh jurugambar terkenal dari negara Jepun. Pameran di muzium ini berubah dari semasa ke semasa. Ia juga mempunyai perpustakaan yang mengumpul dokumentasi pelbagai gambar dan visual. Sebagai permulaan perjalanan untuk mengetahui fotografi seni Jepun, muzium ini merupakan salah satu tempat yang terbaik.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari