
Lakuer Jepun sangat tersohor sejak dari dahulu kala sehinggakan dikenali sebagai “Japan” seperti mana perkataan “China” digunakan kepada seramik China. Pada hari ini, majoriti masyarakat mengenali seni lakuer ini daripada mangkuk berhias, kotak bento serta perkakas pinggan mangkuk yang lain. Bahkan sehingga kini rakyat Jepun sendiri masih memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap seni ini.
Sejarah Lakuer

Sejarah penggunaan lakuer yang pertama dijumpai oleh penggali di Hokkaido menggunakan getah pokok lakuer iaitu Urishi yang berusia kira-kira 7000 sebelum masihi. Seni ini bukan saja diaplikasikan kepada perkakas pinggan mangkuk tetapi juga memainkan peranan penting dalam keagamaan khususnya Buddha. Patung-patung berhala,kuil-kuil dan altar-altar juga diperkemas dengan teknik lakuer bukan sahaja untuk mempercantik tetapi melindungi kayu daripada rosak. Pada zaman Edo (1603-1868), focus pada seni dan budaya telah beralih daripada golongan elit dan penganut Buddha kepada golongan rakyat Jepun biasa menyebabkan penggunaan teknik lakuer berkembang daripada mempercantik kuil dan patung berhala kepada mempercantik barang gunaan harian seperti mangkuk, sudu, dan kotak bento tidak ketinggalan juga perabot dan hiasan dalaman.
Kawasan utama barangan lakuer

Di Jepun terdapat kira-kira 30 tempat penghasilan barangan seni lakuer. Antara tempat yang popular adalah Kyo-nuri yang bermula pada kurun ke 14 di Kyoto dan teknik Wajima-nuri dari Ishikawa-ken. Juga ada teknik yang digelar Fuki-urushi dimana ianya lebih menitikberatkan warna asal kayu. Shippi-urushi ialah teknik untuk mencalit lakuer kepada kulit binatang. Oleh kerana rekaan dan juga teknik yang digunakan adalah berbeza mengikut kawasan, anda boleh merasakan seolah sendang mengembara keseluruh Jepun dengan hanya melihat barangan lakuer ini.
Pembelian barangan lakuer

Barangan lakuer yang baru dibeli mungkin mempunyai sedikit bau yang sedikit unik oleh kerana lakuer yang digunakan. Sekiranya anda kisah dengan bauan tersebut, ambil air basuhan beras dan campurkan dengan sedikit cuka, lapkan barangan lakuer tersebut dengan kain yang dibasahkan dengan campuran air tadi. Selain daripada itu, baunya juga boleh dihilangkan dengan menjemurkan barangan tersebut dibawah bayangan matahari dengan dengan pengudaraan yang baik. Hendaklah diingati bahawa, barangan lakuer amat mudah lemah dah mudah rosak sekiranya diletakkan dibawah sinaran matahari denga suhu yang tinggi. Penjagaan yang rapi adalah amat diperlukan.
menggunakan Lakuer

Selepas setiap kali penggunaan barangan lakuer, ia seharusnya tidak direndam di dalam air untuk jangka masa panjang dan sebaliknya hendaklah dibilas secara ringan dengan span lembut, air suam dan sedikit pencuci pinggan. Barangan lakuer yang sudah dibasuh juga hendaklah tidak dibiarkan kering secara sendiri, tetapi seharusnya dilapkan dengan kain lembut. Barangan lakuer juga tidak seharusnya dimasukkan ke dalam mesin pembasuh dan pengering alatan makanan dan juga ketuhar mikro.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Ryokan (rumah inap)
-
Mencuba pakaian
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna