Apa itu Ikebana

Ikebana merupakan gabungan bunga dan tumbuhan lain yang disusun dengan cantik sebagai perhiasan. Setiap gubahan adalah berbeza mengikut gaya dan teknik yang digunakan.
Sejarah Ikebana

Ikebana yang berasal dari Jepun bermula apabila bunga-bungaan dipersembahkan dalam upacara agama Buddha semenjak zaman ia mulai diterima masuk ke dalam negara ini. Ia kemudian berkembang sebagai satu seni gubahan bunga dan mula tersebar luas dikalangan orang ramai. Pada masa yang sama, ramai pakar dan ahli professional seni halus yang lahir, di mana segala teknik dan kemahiran seperti cara untuk memilih reka bentuk dan bahan dengan lebih teliti telah diperturunkan hingga ke generasi kini.
Ciri-ciri Ikebana

Ciri-ciri utama ikebana adalah menggunakan pelbagai jenis bahan dari tumbuhan seperti bunga dan rantingnya, daun, batang dan lumut untuk menggubah. Kenzan yang berbentuk seperti tapak yang mempunyai cerucuk jarum akan diletakkan di dalam pasu yang mana bahan-bahan gubahan akan dicucukkan di sini untuk mengekalkan bentuk gubahan walau menggunakan pasu yang pelbagai bentuk
Cara mempamerkan ikebana

Ikebana menitik beratkan penggunaan bunga yang dalam bentuk semulajadi dan gubahan akan digayakan secara tidak simetri untuk menampilkan keindahan dan menonjolkan bentuk semula jadi bunga tersebut. Bentuk gubahan Ikebana juga adalah lebih elok dicondongkan sedikit ke hadapan untuk memberikan impak yang lebih jelas. Di samping itu, kedalaman ruangan kosong di tengah-tengah hasil seni juga perlu diambil kira sebaik mungkin semasa menggubah untuk memberikan efek 3 dimensi disamping dapat mempamerkan tema gubahan dan seni tersirat yang ingin disampaikan.
Merasai sendiri pengalaman membuat ikebana

Pengalaman membuat ikebana juga boleh dialami sendiri di pusat-pusat kebudayaan atau di bengkel-bengkel ikebana yang berdekatan. Terdapat juga pelbagai intipati program yang bersesuaian dengan para pelancong untuk disertai, jadi pastikan anda tidak terlepas pengalaman menarik ini.
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
ISHIDAYA Hanare
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Kambei Sannomiyahonten
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Kad bank luar negara
-
Mencuba pakaian
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Lima tempat yang menarik di Ropponggi Hills dan cara menikmatinya yang terbaik
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam