HOME Nougaku
Nougaku

Nougaku

Last updated: 14 Mac 2017

"Nougaku" atau “gekinou” merupakan gabungan nou dan kyogen (muzikal tradisional) iaitu persembahan tradisional Jepun yang didaftarkan sebagai salah satu warisan sejarah oleh UNESCO. Persembahan tradisional ini bukan sahaja merangkumi muzik yang dimainkan ketika persembahan atau pun pelakon-pelakon yang melakonkan tarian dan juga jalan cerita, tetapi ia juga emosi dan juga perasaan yang dibawa sewaktu persembahan berjalan.

Sejarah Nougaku

Sejarah Nougaku

"Nougaku" dikatakan diasaskan dari "Sarugaku" yang berasal dari Negara China sewaktu era Nara tahun ke 700. "Sarugaku" ialah persembahan berkonsep komedi yang diiringi muzik dan juga mimik lakon ini telah menjadi popular dikalangan rakyat biasa apabila dimainkan di kuil-kuil sebagai salah satu hiburan. Kini, "Nougaku" telah menerima pengiktirafan tinggi dari luar negara dan boleh disaksikan di seluruh pelosok Jepun.

Pelakon "Nou"

Pelakon "Nou"

Pelakon utama di dalam "Nougaku" digelar "Shite". Watak "Shite" tidak hanya terhad kepada manusia, bahkan boleh juga membawa watak sebagai dewa, roh pahlawan, roh wanita, perempuan gila, "tengu", raja naga dan pelbagai lagi. Pelakon iringan "Shite" digelar "waki" dan merupakan satu watak yang cukup penting bagi setiap persembahan.

Muzik Nou

Muzik Nou

Muzik yang dimainkan oleh kumpulan orkestra juga penting supaya seiring dengan situasi lakonan "Nougakushi"(pelakon Nou). Bunyi "yo-" atau pun "ho-" yang dihasilkan menerusi alat-alat muzik yang digunakan seperti "Noukan"(ditiup dari tepi), "Kotsudzumi"(dipakai di bahu), “Ootsudzumi”(dipakai di pinggang) dan gendang yang dipalu di"Taiko"(gendang besar) juga memainkan peranan yang cukup penting dalam merancakkan lagi suasana persembahan.

Noubutai

Noubutai

Platform bagi persembahan "Nougaku" dibuat dari pokok Cypress. Antara teater awam yang terkenal ialah "Kokuritsu Nougakudo" dan juga "Gentou jinja"(warisan dunia) yang dibina di atas laut.

Nasihat ketika menikmati Nou

Nasihat ketika menikmati Nou

Untuk lebih menikmati Nougaku kebanyakan pengunjung akan membeli "Shisho"(phamplet) yang dijual di gerai jualan terlebih dahulu yang di dalamnya tertulis kandungan teater dan sarikata lagu. Di dalam "Shisho" ini anda bukan sahaja boleh membaca pengolahan cerita, para pelakon dan perasaan, latar belakang sejarah zaman itu dan sebagainya juga diperkenalkan.

Adab semasa menyaksikan teater

Adab semasa menyaksikan teater

Oleh kerana tiada kod etika berpakaian, anda boleh memakai pakaian apa sahaja yang anda suka ketika menyaksikan persembahan Nougaku. Para penonton pada masa kini jarang sekali bertepuk tangan atau bersiul jika dibandingkan dengan penonton pada zaman dahulu kala. Oleh kerana ini, adalah menjadi satu adab untuk menyaksikan persembahan dalam keadaan senyap dan tidak bising.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari