HOME Budaya tradisional
Budaya tradisional

Budaya tradisional

Last updated: 29 Mac 2017

Terdapat pelbagai budaya tradisional yang masih kekal di Jepun yang mempunyai sejarah panjang iaitu selama lebih 400 tahun jika dikira dari zaman Edo. Kesemua itu masih kekal sebagai budaya tradisional dan bertapak dalam kehidupan orang Jepun pada masa ini.

Nou

Nou

“Nou” merupakan salah satu teater bertopeng yang diamalkan dari Zaman Pertengahan. Teater ini mendapat sambutan yang tinggi di luar negara dan mempunyai sejarah tradisi yang lebih tua daripada “Kabuki (teater klasik Jepun)”. Ia berkembang pada zaman Heian dan sangat popular di kalangan golongan bangsawan. Latar belakang pentas Nou dihiasi lukisan pokok pain dan persembahan akan dilakukan di pentas tersebut dengan memakai “men (topeng)”. Pada tahun 1957, ia telah diangkat sebagai Warisan Kebudayaan Tidak Ketara yang penting di Jepun. Terdapat pelbagai aliran Nougaku seperti “Kanze" dan “Hosho”, kebanyakannya masih wujud hingga kini.. Dikatakan bahawa terdapat dua hingga tiga ribu program muzikal dari zaman itu yang masih dimainkan hingga kini.

Bunraku (teater boneka Jepun)

Bunraku (teater boneka Jepun)

Bunraku juga dipanggil sebagai Ningyojoruri adalah salah satu teater boneka yang mewakili Jepun. Teater ini tidak dijumpai di dalam teater boneka yang lain di mana 3 orang berperanan memainkan sebuah boneka dalam satu persembahan. Ningyo-tsukai (pemboneka/dalang) terdiri daripada pengendali kepala dan tangan kanan "omo-tsukai", pengendali tangan kiri "hidari-tsukai", pengendali kedua-dua belah kaki "ashi-tsukai". Selain itu terdapat joruri (pencerita) dan shamisen (pemain alat musik bernama shamisen) yang bergabung dan melengkapkan seni muzikal tersebut. Monzaemon Chikamatsu merupakan seorang pengarang drama popular Bunraku, sesetengah daripada program muzikal beliau meraih populariti di Bunraku yang kemudiannya dimainkan sebagai Kabuki (teater klasik Jepun).

Shodo (kaligrafi)

Shodo (kaligrafi)

"Shodo" adalah persembahan seni tradisional untuk memperkenalkan tulisan tangan yang cantik dengan mempamerkan kualiti seni melalui huruf-huruf. Dakwat hitam yang dipanggil "Bokuju" akan dicelup pada berus menulis yang diperbuat daripada bulu binatang lalu ditulis. Kepekaan terhadap huruf secara terperinci seperti turutan semasa menulis atau ketebalan garisan dan sebagainya, kehalusannya dizahirkan dengan penuh sentimental dan personaliti. Huruf yang diekspresikan dengan halus dan dinamik sudah pasti merupakan satu hasil yang penuh seni.

Sado (upacara membuat dan minum teh)

Sado (upacara membuat dan minum teh)

Sado merupakan upacara membuat dan mempersembahkan bancuhan teh. Pada permulaannya, ia berasal dari pengambilan budaya minum teh di negara China, kemudian ia berkembang menjadi budaya istimewa Jepun yang tersendiri seperti sekarang. Semasa zaman Sengoku (zaman negara berperang), sado popular sebagai lambang pencapaian samurai. Di majlis minum teh yang disebut sebagai "chakai", sesuatu musim itu dinikmati dengan penumpuan idea yang pelbagai seperti cawan teh dan kuih, hiasan bunga dan "kakejiku" (skrol yang digantung di dalam bilik) serta “ikebana”(aturan bunga).

Kodo (upacara menghayati bau setanggi)

Kodo (upacara menghayati bau setanggi)

Kodo ialah upacara yang dilangsungkan dengan membakar kayu beraroma lalu menikmati harumannya. Permulaan "kodo" dikatakan bermula sekitar 500 tahun yang dahulu, namun perbuatan menikmati bau haruman kayu beraroma yang dibakar dikatakan telah bermula lebih 1500 tahun zaman dahulu lagi.

Kado (seni gubahan bunga)

Kado (seni gubahan bunga)

Kado merupakan seni untuk mengagumi akan keindahan bunga-bunga dan daun-daun pada setiap musim dengan dahannya dipotong lalu diatur. Berbanding dengan "flower arrangement" barat di mana gubahan dilakukan dengan penghiasan bunga yang banyak dan nampak penuh, Kado pula seboleh-bolehnya disediakan ruang kosong dengan bilangan bunga yang sedikit bagi menzahirkan keindahan musim tersebut.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari