
Di Jepun terdapat banyak galeri seni yang mempunyai pelbagai koleksi seni dari seni tradisional seperti ukiyo-e dan lakuer hingga ke seni kontemporari dan juga seni barat.
Sejarah galeri seni di Jepun

Di Jepun, terdapat budaya "kaicho" (pameran barangan Buddha) di mana Jinjya (kuil Shinto) dan Bukkaku (kuil Buddha) yang menyimpan patung Buddha, barangan sembahan Buddha, lukisan agama, dan sebagainya akan dibuka untuk kunjungan orang awam dari masa ke semasa sejak dari dahulu lagi.
Kemudahan "galeri seni" yang terdapat seperti sekarang bermula apabila jabatan galeri seni telah diwujudkan dalam Ekspo Industri Negara Pertama yang telah diadakan pada tahun 1877.
Banyak galeri-galeri seni turut dibuka di kawasan luar bandar ketika berlakunya ledakan ekonomi pada sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an. Ia turut menerima kunjungan daripada ramai orang.
Galeri seni yang mempunyai taman tradisional Jepun

Di barat juga terdapat banyak pencinta taman ala Jepun. Banyak juga galeri seni yang mengabadikan taman sebagai satu seni, di mana taman-taman ini dipamerkan di dalam galeri seni tersebut. Karya seni hasil daripada manusia dan alam semulajadi ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri berbanding karya-karya seni yang lain. Pengunjung dapat menikmati pelbagai pemandangan empat musim yang berbeza di sini. Seperti kehijauan daun di musim panas dan kemerahan daun di musim luruh. Di Tokyo anda boleh mengunjungi “Tokyo Metropolitan Teien Art Museum” di Meguro.
Galeri seni untuk melihat kimono

Terdapat banyak galeri seni khusus untuk mempamerkan kimono dengan pelbagai warna dan corak, di mana ia turut menarik perhatian pelukis terkenal, Claude Monet.
Selain galeri seni untuk menjejaki sejarah kimono, terdapat juga banyak galeri seni di kawasan-kawasan luar bandar di mana anda boleh melihat kraf tekstil yang telah dibangunkan di setiap kawasan. Di samping itu, terdapat juga galeri seni di Tokyo seperti “Ome Kimono Museum” yang mempamerkan aksesori-aksesori wajib dipakai bersama kimono seperti aksesori rambut "kanzashi" (klip rambut) serta "kushi" (sikat).
Muzium Mempunyai Manga dan Anime

Terdapat juga banyak galeri seni yang bertemakan anime dan manga serta mempunyai pelbagai konsep seperto “The Ghibli Museum” di Mitaka, Tokyo ataupun “Fujiko F.Fujio museum di Kawasaki, Kanagawa.
Perbandingan di antara manga dan anime, iaitu budaya seni Jepun moden yang berkait rapat dengan seni tradisional "ukiyo-e", serta budaya pop terkini mungkin juga merupakan penemuan baru yang boleh dialami pengunjung.
"Bandar seni" iaitu seni yang boleh dinikmati di seluruh kawasan

Terdapat banyak majlis perbandaran yang menggunakan seni untuk membangunkan bandar masing-masing dengan kerjasama daripada kerajaan, universiti, dan sebagainya. Antara yang terkenal adalah pulau Naoshima yang terapung di Laut Pendalaman Seto di Kagawa-ken. Terdapat pelbagai karya-karya seni dipamerkan di serata kawasan pulau ini. Pengunjung juga dapat menikmati karya seni di alam semulajadi di pulau beriklim sederhana ini.
Peraturan di Galeri Seni

Pertama sekali, anda dilarang untuk bercakap dengan suara yang kuat dan dilarang menggunakan telefon bimbit. Pastikan setting telefon anda berada dalam keadaan “Manner mode”. Dari segi untuk menjaga karya seni, juga dilarang makan dan minum didalam galeri seni.
Juga dari segi untuk menjaga karya seni, juga dilarang mengambil gambar dan juga melukis didalam galeri seni.Sesetengah galeri membenarkan mengambil gambar, oleh itu, pastikan dengan staff galeri seni sebelum mengambil gambar.
Sesetengah galeri seni juga tidak benarkan masuk 30 minit sebelum waktu galeri seni tutup.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Jukuseiniku-to Namamottsuarera Nikubaru Italian Nikutaria Sannomiya
Izakaya
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
ART AQUARIUM MUSEUM GINZA
Art Museums
Ginza
-
Appealing
Rukku and Uohei
Izakaya
Sapporo / Chitose
-
Kamesushi Sohonten
Sushi
Umeda, Osaka Station, Kitashinchi
-
Goods
Yoshida Gennojo-Roho Kyoto Buddhist Altars
Gift Shops
Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace
-
Kanzenkoshitsuyakinikutabehodai Gyugyu Paradise Sannomiya
Yakiniku
Kobe, Sannomiya, Kitano
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Berehat Sambil Menikmati Jamuan Ringan Di Kafe Dan Membeli Belah Cenderahati Di Muzium Snoopy
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo