HOME Dialek Jepun
Dialek Jepun

Dialek Jepun

Last updated: 31 Mac 2020

Apabila anda menahan pintu yang dibuka untuk seseorang di Kyushu, anda akan dibalas dengan ucapan terima kasih beserta senyuman mesra dan ucapan “Dandan!” yang bertenaga. Di Osaka pula, anda akan mendengar “Okini” yang penuh perasaan. Walau bagaimanapun, di Tokyo, kemungkinannya hanya akan terdapat tundukan hormat dan ucapan “Arigatou” – sekaya Jepun dengan budayanya, sekaya itu jugalah dialeknya. Walaupun Bahasa Jepun yang standard difahami di mana-mana, setiap pelosok Jepun mempunyai dialek mereka yang tersendiri, termasuklah perkataan, kepelbagaian tatabahasa dan sebutan yang tersendiri. Mari kita lihat sebahagian daripadanya!

Hokkaido: Tanah Dosanko

Hokkaido: Tanah Dosanko

Bermula dari Utara dan meneruskan perjalanan kita ke bawah ialah perhentian pertama kita iaitu Hokkaido, di wilayah utara Jepun. Perkataan Dosanko, yang kelihatan di tajuk artikel ini sebenarnya ialah nama kuda baka kecil Hokkaido, salah satu baka kuda asli Jepun. Bagaimanapun, ia juga adalah satu istilah yang merujuk kepada rakyat Jepun yang dillahirkan di Hokkaido. Bila anda terdengar sesorang berkata “Saya sesorang Dosanko” mereka bukanlah mengatakan bahawa mereka seekor kuda tapi memberitahu bahawa mereka berasal daripada Hokkaido.

Sebagai wilayah paling sejuk di Jepun, adalah semulajadi untuk dialek Hokkaido mempunyai perkataan istimewa untuk istilah sejuk. Ia bukanlah perkataan biasa untuk sejuk iaitu samui dalam bahasa Jepun standard, tapi kesejukan yang terlampau yang kita rasa jauh ke dalam tulang-belulang – pada masa seperti itu samui beralih menjadi shibareru.
Satu lagi perkataan yang anda mungkin akan dengar ialah naichi , satu istilah dalam Bahasa Jepun standard yang merujuk kepada Jepun sebagai sebagai sebuah negara secara keseluruhannya. Bagaimanapun, penduduk Hokkaido dan juga mereka yang di Okinawa menggunakan perkataan itu untuk merujuk kepada tanah besar Jepun, kadang kala hanya Honshu, kadang kala gabungan Honshu, Kyushu dan Shikoku.

Tohoku: Selamat datang ke Utara

Tohoku: Selamat datang ke Utara

Rantau Tohoku ialah bahagian utara Honshu, secara ringkasnya di tengah-tengah Kanto, di mana terletaknya Tokyo dan jauh ke utara Hokkaido Agak susah untuk bercakap dengan menggunakan salah satu dialek Tohoku kerana terdapat banyak juga kepelbagaian variasi di seluruh kawasan tersebut tapi mereka memang mempunyai persamaaan dalam sesetengah perkara. Pertamanya, ia mungkin menjadi dialek yang paling sukar untuk difahami, walaupun oleh penutur asli Bahasa Jepun sendiri. Dialek ini mempunyai reputasi yang agak buruk disebabkan bunyinya yang tidak jelas di mana sebutannya jauh berbeza daripada Bahasa Jepun standard dengan banyak suku katanya yang disengaukan.. Penutur dialek Tohoku di TV selalunya diberi sari kata supaya dapat difahami oleh penonton Jepun yang lain. Mari kita lihat beberapa perbezaan yang ada:
Huruf vokal yang keras seperti ku atau ta beralih kepada gu dan da yang dibunyikan sebagai huruf vokal lembut di Tohoku-ben.
Satu lagi perbezaan yang sering ditimbulkan ialah betapa luasnya penggunaan ungkapan sou desu dan sou desu ka. Dalam Bahasa Jepun standard, ia membawa maksud “ya benar” dan “benarkah begitu?”Bagaimanapun, Tohoku-ben mempunyai versinya yang tersendiri iaitu nda untuk “ya benar?” dan ndaga untuk “benarkah begitu?”.

Kanto: Taraf Metropolitan

Kanto: Taraf Metropolitan

Kanto ialah kawasan di Tokyo dan wilayah sekitarnya .Walaupun anda boleh kesan sedikit dialek di bahagian luar bandar Kanto, Bahasa Jepun yang ditutur oleh majoriti besar penduduk di sini ialah Bahasa Jepun standard, atau hyojungo yang boleh dikatakan sebagai Bahasa Jepun rasmi, iaitu digunakan dalam bentuk bertulis di setiap dokumen rasmi dan buku teks. Hyojungo difahami di seluruh Jepun.

Shin’etsu: Bumbung Negara Jepun

Shin’etsu: Bumbung Negara Jepun

Rantau Shin’etsu mmeliputi wilayah Nagano dan Niigata, yang selalunya dirujuk sebagai bumbung Negara Jepun. Dialek paling utama di kawasan ini dipanggil dialek Nagaoka yang sangat hampir dengan dialek Niiagata walaupun ada perbezaan dari bandar ke bandar.
Antara perkataan yang utama termasuklah shoshii, versi Nagaoka untuk hazukashii dalam Bahasa Jepun standard yang bermaksud, malu, begitu juga yakkoi untuk yawarakai yang bermaksud lembut.
Satu lagi frasa yang anda akan jumpa dan mungkin tiada idea apa maksudnya ialah najira. Ini ialah cara gaya Nagaoka untuk memberi cadangan kepada seseorang, dengan menyamai dou desu ka dalam Bahasa Jepun standard. Untuk “Apa kata spaghetti untuk makan malam?”, bila di Shin’etsu, anda patut bertanya “spaghetti, najira?

Tokai: Hanya Kucing Di sini?

Tokai: Hanya Kucing Di sini?

Tokai ialah rantau yang merentasi selatan Tokyo di sepanjang pantai dengan Nagoya sebagai bandarnya yang terbesar. Oleh itu, dialek Nagoya mewakili kawasan di bahagian ini di Jepun, walaupun ia bukanlah satu-satunya yang dialek yang ditutur di sana. Penutur dialek Nagoya seringkali diusik sebagai mempunyai bunyi seakan-akan kucing. Ini adalah kerana suku kata myaa selalu ditemui di hujung ayat dan ja nyaa merupakan versi Nagoya untuk ja nai, iaitu satu bentuk kata penafian. Kedua-duanya kedengaran sangat hampir dengan bunyi meow Bahasa Jepun yang secara kebetulannya berbunyi nyaa.
Satu perkataan yang anda tidak akan dengar di mana-mana luar daripada kawasan ini ialah yookee, disebut dengan “o” dan “e” yang panjang. Ia bermaksud banyak atau ramai dan secara ringkasnya boleh diaplikaskan ke atas segala macam perkara.

Hokuriku: Bandar Televisyen Tanpa Ribut Pasir

Hokuriku: Bandar Televisyen Tanpa Ribut Pasir

Bertentangan dengan Tokai terdamparnya rantau Hokuriku, di pantai barat Honshu, meliputi Fukui, Ishikawa dan Toyama, begitu juga Pulau Sado. Ia terkenal dengan tempat perlancongan tradisional yang banyak termasuklah kolam air panas dan tinggalan istana lama.
Walaupun ada pelbagai dialek di rantau ini, salah satu dialek yang utama ialah dialek Fukui.
Contoh pertama kita ialah versi Fukui bagi sou desu yang telah disebut sebelum ini, yang merupakan suatu ungkapan yang tersangat biasa digunakan dalam perbualan seharian. Seseorang di Fukui sebaliknya, akan mengesahkan sesuatu perkara dengan satu tundukan dan hoya hoya berbanding dengan ucapan “sou desu”
Satu lagi keunikan ialah onomatopoeia yang menarik untuk statik TV. Istilah dalam Bahasa Jepun standard untuknya ialah suna arashi, secara literalnya bermaksud ribut pasir.TV di Fukui sebaliknya menggunakan istilah jami jami.

Kansai: Yang Anggun dan Yang Berterus terang

Kansai: Yang Anggun dan Yang Berterus terang

Kansai terkenal dengan kedua-dua bandarnya iaitu Osaka dan Kyoto. Osaka merupakan bandar yang peduduknya penuh tenaga, peramah dan merupakan metropolis perniagaan dan makan jalanan yang lazat. Kyoto pula dikenali dengan budaya tradisional dan keanggunannya. Oleh itu tidak hairanlah kedua-dua bandar ini mempunya dialek yang tersendiri.
Dialek Kyoto dianggap sebagai yang paling sopan dan anggun antara semua variasi bahasa di Kansai. Ini jelas kelihatan dalam sesetengah ungkapan yang melambang kesopanan dan percakapan berlapik penduduk bandar tua di Jepun ini .
Satu contoh walaupun lebih kepada perumpamaan daripada dialek sebenar ialah pertanyaan: “Apa kata sedikit sup nasi?”Walaupun kelihatan cukup tidak bersalah, ia sebenarnya adalah suatu permintaan berkias supaya tetamu yang telah dilayan untuk suatu tempoh yang panjang supaya beredar. Manakala untuk dialek sebenar, satu contoh yang terkenal ialah perkatan dosu, versi gaya Kyoto untuk desu , yang bermaksud “ialah”. Ini ialah cara percakapan yang paling lama yang masih boleh didengari terutamanya di Gion, iaitu sebahagian bandar Kyoto untuk Geisha.
Osaka pula lebih terus terang daripada jiran mereka di Kyoto. Dialek Osaka yang selalunya juga dipanggil dialek Kansai, menampilkan keseluruhan kepelbagaian ciri dan ekspresi yang unik. Okini yang dinyatakan sebelum ini, merupakan cara Osaka untuk berterima kasih dan ia hanyalah satu daripada kepelbagaian ini.

Chugoku: Keras dan Lembut Bersama-sama

Chugoku: Keras dan Lembut Bersama-sama

Dari Kuil Besar Izumo hingga ke Bukit Pasir Tottori, Chugoku mempunyai pelbagai tempat tarikan persiaran yang menakjubkan dan juga merupakan kawasan yang popular untuk pelancong tempatan dan antarabangsa. Sudah tentunya Hiroshima iaitu bandar terbesarnya mempunyai dialeknya yang tersendiri. Dialek ini terkenal dengan bunyinya yang sedikit menggerunkan kepada mereka yang tidak memahaminya.
Salah satu ciri ciri dialek disini ialah “ja” mengantikan penggunaan “da” untuk Bahasa standard Jepun, dimana biasanya digunakan ketika mengakhiri sesuatu perkataan. Satu lagi ayat terkenal ialah “Jaken” yang bermaksud “kerana”. Dalam Bahasa standard Jepun ia disebut “dakara”.

Kyushu: Kepelbagaian Dialek

Kyushu: Kepelbagaian Dialek

Kyushu ialah salah satu pulau utama di Jepun dan menampilkan kepelbagaian dialek serantau yang besar. Agak sukar untuk menerangkan kesemuanya dengan terperinci, jadi mari kita lihat sebahagian contoh daripada pelbagai dialek di seluruh Kyushu.
Satu contoh lucu daripada dialek Saga ialah cara untuk menandakan sesuatu sebagai telah ditempah. Sebagai contoh , tempat duduk di dalam teater, berbanding dengan penggunaan “totte iru” dalam Bahasa Jepun standard, penduduk di Saga sebaliknya menggunakan “tottotto” . Apabila anda mendengar ini, anda mungkin akan berfikir dua kali untuk duduk.
Nabashi yotto? merupakan satu ungkapan tertentu daripada Fukuoka yang telah menjadi agak terkenal di seluruh Jepun.. Penutur asli Bahasa Jepun sendiri akan berasa sukar untuk mengaitkan ekspresi ini kepada nani o shite imasu ka yang standard bermaksud “what are you doing?” dalam Bahasa Inggeris.
Satu lagi ciri percakapan dialek Hakata di dalam dan di sekeliling Fukuoka ialah suku kata yang telah disebut sebelum ini iaitu da bertukar menjadi ya. Ini ialah satu contoh: Dalam Bahasa Jepun standard, “ini ialah sushi” akan menjadi sushi da manakala di Fukuoka, anda akan katakan sushi ya- yang juga membawa maksud restoran sushi.

Okinawa: Kerajaan Ryukyu

Okinawa: Kerajaan Ryukyu

Untuk suatu tempoh yang lama, Okinawa bukanlah sebahagian daripada Jepun tapi lebih kepada kerajaannya sendiri: Kerajaan Ryukyu. Oleh itu, dialek Okinawa sebenarnya ialah bahasanya sendiri dan banyak yang masih dituturkan dalam perbualan seharian. Agak sukar untuk memperlihatkan keseluruhan bahasanya jadi kita ambil beberapa kepelbagaian ungkapan:
Mensore digunakan untuk menyambut pelanggan ke dalam kedai, berbanding ungkapan irasshaimase yang biasa, dan penduduk Okinawa mengucapkan karii berbanding ungkapan biasa iaitu kanpai! apabila berkongsi minuman. Satu perkara penting untuk diketahui ialah ungkapan yang tergolong dalam antara yang pertama dipelajari oleh seseorang dalam sesuatu bahasa ialah “I love you”. Dalam Bahasa Jepun standard ialah ai shitte iru. Tapi di Okinawa? Shichuusaa.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari