
Sebelum ini Tokyo dikenali sebagai Edo selama beberapa abad. Mengetahui dan memahami sejarah Edo, yang dibentuk oleh rakyat biasa, dapat memberi pengalaman menarik ketika bersiar-siar di Tokyo.
Bukeyashiki (kediaman samurai)

150 tahun dahulu, Edo merupakan pusat ehwal politik dan budaya di Jepun, seperti Tokyo sekarang. Di mana lokasi Istana Maharaja sekarang merupakan istana Edo Dinasti Tokugawa pada masa dahulu. Pada masa itu, di sekelilingnya terdapat banyak rumah samurai. Institusi pendidikan tertinggi di Jepun iaitu Universiti Tokyo mempunyai pintu gerbang yang bernama "Akamon", dan ia merupakan pintu gerbang rumah daimyo (pemerintah feudal yang paling berpengaruh dalam sejarah Jepun dari kurun ke-10 hingga kurun ke-19). Tinggalan sejarah Edo seperti ini masih tersimpan di bandar Tokyo.
Budaya yang dihasilkan oleh rakyat jelata

Walaupun golongan atasan seperti bangsawan yang mendahului dari segi politik dan budaya, keunikan zaman Edo adalah rakyat jelata yang mempunyai peranan utama untuk membentuk budaya semasa. Setelah Shogun pertama, Tokugawa Ieyasu, mendirikan Bakufu (kerajaan pada zaman pemerintahan Shogun) pada tahun 1603, selepas zaman peperangan yang lama, Jepun mengalami tempoh kehidupan aman damai yang panjang. Di dalam kehidupan yang damai, pelbagai festival sempena satu-satu musim diperkenalkan, dan cara hidup menjadi lebih baik. "Ukiyo-e" dan "kabuki" yang terkenal di seluruh dunia ialah budaya yang bermula pada zaman Edo. Budaya makanan Jepun seperti "sushi" dan "tempura" yang mewakili makanan Jepun sekarang juga muncul pada masa itu.
Kehidupan rakyat jelata di Edo

Rakyat biasa tinggal di rumah yang dipanggil "nagaya" iaitu rumah panjang dua tingkat. Ruangan yang langsung tiada privasi kerana suara di dalam rumah didengari oleh orang-orang yang tinggal di sebelahnya. Namun, jiran-jiran yang tinggal bersama di dalam sebuah nagaya menjadi rapat seperti keluarga. Hidup bersama dan bantu satu sama lain. Sikap membantu seperti ini diwarisi oleh warga Jepun pada hari ini.
Muzium Edo-Tokyo

Jika anda melawat ke "Muzium Edo-Tokyo Tokyo-to" yang terletak di sebelah arena Sumo "The Ryogoku Kokugikan", anda dapat mengetahui tentang Tokyo yang dahulu dengan teliti. Di dalam muzium ini, replika tentang Edo-Tokyo dan pelbagai maklumat dipamerkan. Model saiz sebenar tentang kesesakan di kawasan kejiranan Nihonbashi yang merupakan pusat bandar di Edo dan replika rumah panjang dahulu yang sukar dibayangkan pada hari ini, membantu kita untuk memahami keadaan sebenar masyarakat pada masa itu.
-
-
Address
1-4-1, Yokoami, Sumida-ku, Tokyo, 130-0015
View Map -
Nearest Station
Ryogoku Station (Toei Oedo Line / JR Sobu Line)
1 minute on foot
- Phone Number 03-3626-9974
-
Address
1-4-1, Yokoami, Sumida-ku, Tokyo, 130-0015
Muzium Fukagawa Edo

Rakyat biasa di Edo dahulu bangun pagi dengan suara ayam. Sibuk dengan suara pedagang di jalan raya pada siang hari, dan menikmati pemandangan langit yang merah pada waktu matahari terbenam. Anda dapat merasai suasana sedemikian di Edo pada 170 tahun dahulu, di "Muzium Fukagawa-Edo" yang terletak berdekatan Taman Kiyosumi. Rumah panjang, kedai sayur-sayuran, pemandangan bangunan seperti yagura yang mengawasi kebakaran serta peralatan seharian di rumah yang digunakan oleh masyarakat zaman Edo, dipulihkan semula dengan teliti. Selain itu, kehidupan seharian masyarakat yang tinggal di Fukagawa dipulihkan semula dengan menggunakan sistem bunyi dan alat percahayaan, maka anda pasti dapat menikmati suasana yang sebenar di Fukagawa yang dahulu, seolah-olah anda telah menyingkap tirai zaman.
-
-
Address
1-3-28, Shirakawa, Koutou-ku, Tokyo, 135-0021
View Map -
Nearest Station
Kiyosumi-Shirakawa Station (Tokyo Metro Hanzomon Line / Toei Oedo Line)
3 minutes on foot
- Phone Number 03-3630-8625
-
Address
1-3-28, Shirakawa, Koutou-ku, Tokyo, 135-0021
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
Events
Tokyo Tower
Landmarks
Roppongi
-
TOKYO SKYTREE®
Landmarks
Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R)
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Shibuya Crossing
Downtown
Shibuya
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Stay Near the Cherry Blossoms! Hotels for Cherry Blossom Viewing in Tokyo
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Lebih menarik jika tahu! Iklim Jepun yang unik
-
[MOVIE] Merasai pengalaman kebakaran, gempa bumi, dan asap yang tebal ~「muzium pencegahan bencana Ikebukuro」
-
Asakusa dan Ueno yang dahulu dan sekarang
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Akihabara, dahulu dan sekarang
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.