HOME Perkara yang perlu diketahui sebelum melancong ke Jepun! Adab di dalam tandas
Perkara yang perlu diketahui sebelum melancong ke Jepun! Adab di dalam tandas

Perkara yang perlu diketahui sebelum melancong ke Jepun! Adab di dalam tandas

Last updated: 2 April 2019

Di Jepun bukan sahaja terdapat tandas mengalir ala barat, malah terdapat juga tandas serbaguna seperti tandas ala Jepun serta "washlet air suam", dan sebagainya. Artikel ini akan memperkenalkan jenis-jenis tandas serta adab-adab di dalam tandas yang perlu diketahui sebelum melancong ke Jepun.

Tandas serbaguna serta cara penggunaannya

Tandas serbaguna serta cara penggunaannya

Tandas serbaguna adalah tandas luas yang tidak mempunyai halangan, iaitu ianya tidak mempunyai susur tangan dan perbezaan ketinggian di dalamnya, serta disertakan dengan tempat mencuci muka. Tandas ini dicipta supaya golongan yang mempunyai kesulitan menggunakan tandas biasa seperti golongan yang menggunakan kerusi roda serta warga emas dapat menggunakannya. Elakkan daripada menggunakan tandas ini melainkan ketika kecemasan ataupun ketika tandas-tandas lain sedang digunakan.

Cara menggunakan tandas ala Jepun

Cara menggunakan tandas ala Jepun

Tandas ala Jepun digunakan dengan duduk bercangkung, iaitu cara yang digunakan di Jepun sejak daripada dahulu lagi. Setelah selesai, tarik tuil ataupun suis supaya air mengalir, sama seperti tandas ala barat.

"Washlet"

"Washlet"

Ianya digunakan untuk membersihkan punggung selepas membuang air besar. Fungsi ini ditanda dengan simbol punggung dan air pancut. Apabila butang ditekan, air akan keluar dan membersihkan kawasan punggung. Selepas lebih kurang 5 saat, tekan butang "kering" untuk mengeringkan air pada punggung.

Bunyi air mengalir

Bunyi air mengalir

Terdapat juga fungsi bunyi air mengalir pada sesetengah dinding tandas ataupun pada washlet. Apabila butang ditekan ataupun tangan diletakkan pada sensor, muzik akan diaktifkan. Fungsi ini adalah untuk kemudahan pengguna yang tidak mahu bunyi ketika menggunakan tandas didengari orang lain.

Meja menukar lampin

Meja menukar lampin

Terdapat juga kemudahan meja menukar lampin disediakan di dalam sesetengah tandas dan tandas serbaguna, ataupun di bilik berasingan. Dengan adanya kemudahan meja menukar lampin ini, ibu bapa dapat menukar lampin bayi walaupun sedang berada di luar rumah. Kebanyakan meja menukar lampin ini boleh dilipat. Anda boleh gunakannya selepas membuka lipatan tersebut.

Pastikan untuk mengalirkan tandas selepas digunakan

Pastikan untuk mengalirkan tandas selepas digunakan

Mengalirkan tandas selepas digunakan adalah perkara yang paling penting supaya tidak menyusahkan pengguna lain. Adalah penting supaya anda memastikan dahulu bahawa tiada baki yang tertinggal sebelum meninggalkan tandas. Tetapi terdapat juga keadaan di mana sesetengah pelancong tidak tahu akan kedudukan suis untuk mengalirkan tandas di Jepun. Ini adalah kerana terdapat pelbagai cara mengalirkan tandas di Jepun. Kebanyakan tandas menggunakan jenis tuil ataupun butang di sebelah mangkuk tandas dan sebagainya. Pastikan kedudukan suis tersebut sebelum menggunakan tandas. Terdapat juga kemudahan tandas yang mengalirkan air secara automatik setelah pengguna bangun dari tempat duduk.

Jangan buang tisu tandas ke dalam tong sampah

Jangan buang tisu tandas ke dalam tong sampah

Kebanyakan tandas wanita menyediakan tong sampah kecil, iaitu "Sanitary Box" bersebelahan dengan tandas. Tong sampah ini digunakan untuk membuang napkin, dan bukan untuk membuang tisu tandas ataupun sampah yang lain. Jangan membuang tisu tandas yang telah digunakan ke dalam tong sampah ini. Tisu tersebut haruslah dialirkan ke dalam tandas. Ketika membuang napkin, balutkannya terlebih dahulu dengan tisu tandas sebelum dibuang.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari