HOME Sekiranya anda ingin menunggang motosikal di Jepun
Sekiranya anda ingin menunggang motosikal di Jepun

Sekiranya anda ingin menunggang motosikal di Jepun

Last updated: 3 April 2017

Apakah peraturan yang perlu dipatuhi ketika menunggang motosikal di Jepun? Adakah perlu lesen memandu dan sebagainya? Berikut kami akan menerangkan perkara-perkara yang perlu anda ketahui.

Tentang lesen memandu

Tentang lesen memandu

Mana-mana daripada lesen memandu berikut adalah diperlukan bagi menunggang motosikal di Jepun.
・Lesen memandu Jepun
・Lesen memandu antarabangsa. Dikeluarkan berdasar kepada Konvensyen Geneva mengenai lalu lintas jalan raya. Lesen memandu antarabangsa yang berdasarkan selain daripada Konvensyen Geneva (Konvensyen Vienna 1968) tidak diterima.
・Lesen yang dikeluarkan di luar negara. Ianya hendaklah disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Jepun (Terkini terhad kepada negara berikut sahaja - Switzerland, Slovenia, Jerman, Perancis, Belgium, Monaco serta Taiwan ).
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa tempoh sah memandu adalah dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.

Pemakaian topi keledar

Pemakaian topi keledar

Berbeza dengan kereta, motosikal mempunyai saiz sisi yang kecil. Maka, adalah penting untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan menjaga etika untuk melindungi diri anda ketika menunggang motosikal. Anda dinasihatkan supaya memakai pakaian yang berwarna terang serta bersifat reflektif supaya mudah kelihatan. Anda juga diwajibkan memakai topi keledar apabila menunggang motosikal di Jepun.

Menunggang secara berdua

Menunggang secara berdua

Undang-undang menetapkan motosikal hanya boleh dinaiki maksimum 2 orang sahaja. Namun begitu, menunggang motosikal secara berdua juga perlu mematuhi syarat-syarat tertentu. Pertama, kapasiti enjin 50cc diperlukan di jalan biasa dan lebih daripada 125cc diperlukan di lebuh raya. Motosikal yang dinaiki juga perlu memenuhi kriteria yang dikehendaki seperti perlu melepasi beberapa tahun yang telah ditetapkan setelah mendapat lesen. Sekiranya ingin menaiki motosikal secara berdua di jalan biasa, penunggang memerlukan sekurang-kurangnya 1 tahun selepas mendapat lesen dan perlu melebihi 3 tahun sekiranya ingin menunggang berdua di lebuh raya. Selain itu, penunggang yang berumur 20 tahun kebawah tidak dibenarkan membawa penumpang menunggang di lebuh raya. Untuk pengetahuan anda, terdapat juga kawasan yang tidak membenarkan menunggang secara berdua di Jepun.

Pengubahsuaian motosikal yang menyalahi undang-undang

Pengubahsuaian motosikal yang menyalahi undang-undang

Pengubahsuaian motosikal seperti memasang muffler yang mengeluarkan bunyi yang kuat serta membuang pengehad kelajuan adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang. Nombor plat yang senget atau sukar dilihat juga menjadi kesalahan undang-undang.

Tentang pemanduan merbahaya

Tentang pemanduan merbahaya

Menunggang sambil mendengar muzik dan sebagainya melalui ear-phone atau sambil menggunakan telefon pintar adalah merbahaya. Amalkan pemanduan yang selamat.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari