HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa [2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku [2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Kanagawa Yokohama [2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei
[2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei

[2017]10 aktiviti pilihan pada bulan Mei

Last updated: 14 September 2017

Bulan Mei di Jepun merupakan musim yang penuh dengan angin yang segar dan warna hijau muda daripada tanaman. Perayaan tradisional yang terkenal di Tokyo dan aktiviti yang disukai ramai diaturkan pada musim ini setiap tahun.

Sanja matsuri

Sanja matsuri

Sanja matsuri yang dirayakan sejak tahun 1932 merupakan salah satu perayaan yang terbesar di Tokyo dan dipanggil "Tokyo sandai matsuri" (Pesta tiga kuil) selain dari San-no matsuri dan Fukagawa matsuri. Sanja matsuri dianjurkan oleh Kuil Asakusa di mana kira-kira 100 buah Mikoshi (kuil kecil yang boleh diangkat) untuk dipersembahkan kepada tuhan dibawa berarak ke seluruh kawasan kejiranan Asakusa selama 3 hari. Apabila tukang angkat Mikoshi membawanya dengan lincah, bandar Asakusa dipenuhi dengan semangat matsuri yang mengujakan. Kawasan kuil di Kuil Asakusa dan Kuil Sensouji dipenuhi dengan gerai-gerai makan, serta persembahan seperti taiko (gendang tradisional Jepun) dan tarian tradisional diadakan. Tarikh perayaan ini ialah pada tanggal 13 (Jumaat), 14 (Sabtu) dan 15 (Ahad) pada bulan Mei 2016. Seramai kira-kira 1,500,000 orang pelawat yang mengunjungi perayaan ini setiap tahun, dan keadaan menjadi sangat sesak. Diingatkan agar jangan menghampiri Mikoshi bagi tujuan keselamatan.

  • Asakusa Shrine
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      7 minutes on foot
    • Phone Number 03-3844-1575

Upacara tradisional di Asakusa "Takara no mai"

"Shichifukujin" ialah tuhan yang terdiri daripada tujuh dewa-dewi yang membawa nasib baik, dan disembah oleh orang Jepun sejak zaman purba. Kapal yang menumpangkan para tuhan dipanggil "Takara bune" (kapal harta karun). "Kan-non sama" yang merupakan patung berhala utama di Kuil Sensouji yang terkenal sebagai tempat pelancongan di Tokyo, dikatakan telah dijumpai oleh dua orang adik-beradik nelayan iaitu Hamanari dan Takenari di Sumida-gawa pada tahun 628, lalu diangkat dan dibawa balik serta disimpan di kuil yang dibina untuknya, dan kuil tersebut adalah Kuil Sensouji. Maka dalam acara "Takara no mai" (tarian harta karun), ramai kanak-kanak tadika berjalan sambil menunda kapal harta karun dan menyembah "Kan-non sama" bagi mengharapkan pembesaran kanak-kanak yang sihat dan baik. Kanak-kanak yang memakai kostum memang comel sekali. Upacara ini akan diadakan pada hari Khamis, 5 hari bulan Mei 2016.

  • Senso-ji Temple
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-0181

Jom lihat perbarisan yang hebat di "Ginza Yanagi Festival"

Jom lihat perbarisan yang hebat di "Ginza Yanagi Festival"

"Ginza Yanagi Festival" dilangsungkan di Nishi-Ginza dori dan Taman Sukiyabashi di kawasan Chuo-ku Tokyo pada hari Khamis, 5 hari bulan Mei 2016. Aktiviti ini dianjurkan untuk memperingati Lorong Nishi-Ginza (Nishi Ginza dori), kerana dipilih sebagai salah sebuah lorong daripada 20 buah lorong yang menjadi "muka" bagi Tokyo. "Ginza Golden Parade" (Perbarisan Emas Ginza) merupakan acara yang menjadi tumpuan ini di mana perbarisan oleh pasukan pancaragam dan pemusing baton (baton twirler) dilangsungkan di Nishi-Ginza dori. Karakter kartun terkenal iaitu Kitty-chan juga akan muncul dengan menaiki beca. Selain itu, ada disediakan suatu tempat yang luas untuk mencuba permainan tradisional Jepun seperti Beigoma (gasing tradisional Jepun), Kendama, Igo (permainan berpapan berstrategi untuk dua orang pemain yang menyerupai dam dan catur) dan sebagainya. Pada hari berlangsungnya pesta ini, terdapat banyak aktiviti dianjurkan di serata kawasan Ginza, dan bandar tersebut akan dipenuhi dengan suasana pesta yang mengujakan. Diadakan di Nishi-Ginza dori (Jalan no.1 ~ 8, kawasan Ginza, Sotobori dori).

Melawat kapal yang jarang ditemui di "TOKYO PORT FESTIVAL"

Melawat kapal yang jarang ditemui di "TOKYO PORT FESTIVAL"

Pelabuhan Tokyo mula beroperasi sebagai pelabuhan perdagangan antarabangsa pada tahun 1941. "TOKYO PORT FESTIVAL" dianjurkan untuk memperingati pembukaan pelabuhan tersebut pada bulan Mei setiap tahun, dan pada tahun 2016 merupakan sambutan ulang tahun untuk kali ke-67. Acara ini akan dilangsungkan pada tanggal 14 (Sabtu) dan 15 (Ahad) bulan Mei. Anda dapat melawat ke dalam kapal pengukur (hanya pada tanggal 14 sahaja), kapal bomba (hanya pada tanggal 15 sahaja), kapal pengiring Pasukan Pertahanan diri Laut dan sebagainya yang jarang boleh dimasuki. Selain itu, persembahan bomba air (hanya pada tanggal 15 sahaja), persembahan muzik dan sebagainya juga akan diadakan.

  • TOKYO PORT FESTIVAL
    東京みなと祭
    • Address 5-7-1, Harumi , Chuo-ku, Tokyo, 104-0053, Japan

Mikoshi berjalan pada hari "Hanazono Shrine reitaisai"

Mikoshi berjalan pada hari "Hanazono Shrine reitaisai"

"Kuil Hanazono (Hanazono Jinja)" memainkan peranan yang penting sebagai tuhan yang melindungi Shinjuku sejak dahulu lagi sebelum pemerintahan Edo yang didirikan oleh Ieyasu Tokugawa. "Hanazono Shrine Taisai" akan diadakan dari 27 (Jumaat) sehingga 29 (Ahad) haribulan Mei. Tahun ini dianggap sebagai "Omote no toshi (tahun di mana tanaman menjadi)" maka dua mikoshi besar yang terletak di Kuil Hanazono iaitu "Honsha Mikoshi" dan "Raiden Mikoshi" akan dibawa berarak di sekitar kawasan Yasukuni dori, Shinjuku dori dan Meiji dori pada tanggal 29 (Ahad). Gerai-gerai makan seperti mi goreng, takoyaki (bebola sotong), sotong bakar dan sebagainya akan mula beroperasi pada petang hari Jumaat 27, dan mikoshi tempatan kawasan kejiranan Kuil Hanazono akan dibawa berarak di sekitar kawasan kejiranan pada tanggal 28. Ramai orang akan melawat pesta ini pada setiap tahun sehingga tempat menjadi sesak, maka berhati-hati apabila melihat mikoshi.

  • Hanazono Jinja
    • Address Shinjuku 5-17-3, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022
      View Map
    • Nearest Station Shinjuku-Sanchome Station (Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Toei Shinjuku Line)
    • Phone Number 03-3209-5265

Menyaksikan persembahan tradisional di "Meiji Jingu Haru no Taisai"

Menyaksikan persembahan tradisional di "Meiji Jingu Haru no Taisai"

"Meiji Jingu" merupakan jinja yang dibina pada tahun 1920 dan tempat beribadat kepada Janda Permaisuri bagi Maharaja Meiji. Jinja ini terkenal sebagai tempat yang kaya dengan alam semula jadi dan memberi kesegaran walaupun berada di pusat bandar Tokyo. Pelbagai aktiviti penyembahan diadakan dalam acara "Haru no Taisai" pada setiap tahun, dan pesta pada tahun ini berlangsung pada hari Jumaat 29 April sehingga hari Selasa 3 Mei. Sepanjang perayaan ini, para peseni yang terbaik bagi setiap bidang persembahan tradisional Jepun seperti maigaku (tarian tradisional), no (teater musikal tradisional), kyogen (teater humor tradisional) dan sebagainya, akan mempersembahkan kemahiran mereka. Persembahan ini adalah terbuka kepada semua orang, dan anda boleh merasai kebudayaan tradisional Jepun. Selain itu, pelbagai jenis bunga dapat dilihat di kawasan kuil pada musim bunga sehingga awal musim panas, dan anda boleh bersiar-siar sambil menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan ini.

"THE YOKOHAMA PARADE" yang diadakan di Minato-machi.

"THE YOKOHAMA PARADE" yang diadakan di Minato-machi.

"THE YOKOHAMA PARADE" diadakan untuk memperingati pembukaan pelabuhan Yokohama yang terletak di Yokohama-shi, Kanagawa. Pancaragam dan pentas berhias akan berarak di sekitar pelabuhan Yokohama bermula dari Yamashita-koen pada hari Selasa 3 hari bulan Mei. Acara yang paling diminati ramai ialah "Yokohama kawaii parade". 300 peserta yang memakai pelbagai jenis kostum yang mengikut tema iaitu kebudayaan pop Jepun seperti anime, mainan, fesyen dan cosplay (pakaian beragam), akan berarak di sekitar pusat bandar Yokohama. Persembahan di atas jalan, sesi bergambar cosplay (pakaian beragam) dan aktiviti di atas pentas akan diadakan di Yamashita-koen selama 4 hari bermula dari tanggal 3 (Selasa) sehingga 6 (Jumaat) Mei. Ianya akan bermula dari hadapan Yamashita-koen.

Pesta bunga ros (Festival of Rose) di Otsuka

Pesta bunga ros (Festival of Rose) di Otsuka

"Festival of Rose" (pesta bunga ros) akan diadakan pada hari Ahad 8 hingga hari Ahad 22 Mei. Di sepanjang pinggir jalan dari Stesen "Otsuka-ekimae" ke Stesen "Mukaihara" di landasan trem (kereta api atas jalan) Toden-Arakawa dipenuhi dengan bunga ros selama pesta bunga ros berlangsung. Kira-kira 500 jenis dan lebih daripada 700 batang ros ditanam, dan ramai orang melawatnya setiap tahun. Terdapat hanya 2 landasan tram (kereta api atas jalan) di Tokyo. Adalah seronok untuk mengambil foto trem bersama bunga ros.

  • Festival of Rose
    春の大塚バラまつり
    • Address 3-33-1, Minamiotsuka, Toshima-ku, Tokyo, 170-0005, Japan

Aktiviti kesenian terbesar, "INTERNATIONAL ART EVENT DESIGN FESTA"

Aktiviti kesenian terbesar, "INTERNATIONAL ART EVENT DESIGN FESTA"

"INTERNATIONAL ART EVENT DESIGN FESTA" yang diadakan pada 14 (Sabtu) dan 15 (Ahad) hari bulan Mei 2016 merupakan salah satu aktiviti kesenian yang terbesar di Asia. Karya-karya seni asli lebih daripada 10,000 orang artis dikumpulkan di dalam dewan, dan terdapat pelbagai bidang seni seperti muzik, lukisan, filem, barangan interior, fesyen, barangan kraf, gambar, patung, persembahan dan sebagainya. Terdapat bahagian yang menjual barangan kecil seperti anting-anting dan rantai leher, dan karya-karya pencipta yang diminati ramai akan habis dengan cepat. Anda juga boleh menonton persembahan di atas pentas. Aktiviti ini memang diminati oleh ramai golongan muda di Jepun.

  • INTERNATIONAL ART EVENT DESEIGN FESTA vol.43
    デザインフェスタ vol.43
    • Address 3-11-1, Ariake, Koto-ku, Tokyo, 135-0063, Japan

Menikmati makanan Thailand di "Thai Festival"

Menikmati makanan Thailand di "Thai Festival"

Aktiviti ini dianjurkan oleh Kedutaan Kerajaan Thailand dengan tujuan untuk memperkenalkan budaya dan tradisi Thailand serta makanan mereka. 360,000 orang melawat pesta ini setiap tahun, dan ia merupakan salah satu pesta dari luar negara yang terbesar di Jepun. Antara aktiviti yang paling diminati ramai ialah gerai-gerai makanan Thailand. Lebih daripada 60 buah gerai berkumpul dan menawarkan pelbagai jenis menu seperti kari Thailand dan mi goreng serta nasi goreng. Kebanyakan gerai di situ pasti mempunyai barisan pelanggan yang panjang. Disarankan untuk anda membawa tikar berkelah atau beg plastik yang besar agar anda dapat duduk di mana-mana tempat di dalam kawasan pesta walaupun tiada tempat duduk di meja gerai. Pesta ini diadakan pada 14 (Sabtu) dan 15 (Ahad) hari bulan Mei 2016. (C) ROYAL THAI EMBASSY

  • Thai Festival
    タイフェスティバル
    • Address 2-1,Jinnan, Yoyogi, Shibuya-ku, Tokyo, 151-0053, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari