Hotellah yang akan meredakan kepenatan selepas berjalan seharian. Marilah merasai pengalaman kebudayaan Jepun di hotel yang diinapi. Memperkenalkan hotel yang mengalu-alukan kedatangan para pelancong dari luar negara di Tokyo!
Bernafas dengan sepenuh hati ala Jepun "SHIBUYA HOTEL EN"
Ia merupakan hotel bandar yang terletak di kawasan membeli-belah dan tempat perlancongan selain hanya 7 minit berjalan kaki dari stesen Shibuya. Suasana tenang akan dapat dikecapi dengan hanya 1 langkah ke dalam hotel, bertentangan dengan hiruk-pikuk Shibuya. Keunikan utama hotel ini adalah kesemua 9 tingkatnya mempunyai reka bentuk yang berlainan mengikut tema bagi setiap tingkat. Melalui konsep "Something Happens!?", hotel ini berani untuk mengekspresikan dunia yang menarik ke dalam reka bentuknya. Para pengunjung mesti melihat kecantikan kesenian Jepun yang terdapat di lantai dan juga dinding di dalam bilik! Terdapat penyambut tetamu di kaunter yang boleh berbahasa Inggeris.
Aras yang penuh dengan kebudayaan Jepun
Terdapat hiasan yang melambangkan keindahan kebudayaan Jepun di setiap aras untuk membolehkan para pengunjung merasai kebudayaan Jepun. Sebagai contoh, di aras 4, para pengunjung boleh merasai suasana Kyoto walaupun berada di Shibuya. Di aras 7 pula, para pengunjung disambut dengan pintu gerbang yang terdapat di pintu masuk ke kuil (torii) dan reka bentuk yang bergaya dengan warna merah dan hitam. Selain itu, untuk aras yang berkonsepkan "manga" pula, terdapat lukisan anime di sebahagian dinding yang pasti akan menaikkan semangat mereka yang berkunjung ke sini.
Setiap bilik yang kreatif dengan sentuhan yang teliti
Di aras 9, terdapat bilik-bilik yang direka bentuk bertemakan rumah lama, timur dan gua, manakala dari aras 2 hingga aras 8 pula bertemakan "Japanese Modern" dan "Factory Modern". Bangunan ini mewah dengan penggunaan bahan-bahan asli seperti kayu, batu bata, jubin dan blok-blok. Bilik-bilik yang memiliki reka bentuk yang menarik ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada para pengunjung.
-
SHIBUYA HOTEL ENSHIBUYA HOTEL EN
-
Address
1-1 Maruyama-cho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0044
-
Nearest Station
Shibuya Station (JR Shonan Shinjuku Line / JR Yamanote Line / JR Saikyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Tokyo Metro Fukutoshin Line / Tokyu Toyoko Line / Tokyu Den-en-toshi Line / Keio Inokashira Line)
-
Address
1-1 Maruyama-cho, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0044
Ruangan Jepun yang antik! Ryokan keluarga, "Sawanoya"
Ryokan ini terletak di Yanaka, Taito-ku yang merupakan bandar lama di Tokyo. Ryokan yang diusahakan oleh sebuah keluarga dan mempunyai suasana yang sunyi serta bersih ini mempunyai hampir 90 peratus pengunjung dari luar negara! Dengan layanan yang baik dan ramah seperti kebanyakan orang Jepun, lebih daripada 150,000 orang dari 100 buah negara pernah menginap di situ sejak ia dibuka kepada pelancong asing (pada masa artikel ini ditulis, Januari 2016). Wi-Fi boleh digunakan secara percuma di dalam ryokan. Selain itu, peta sekitar kawasan Yanaka dan Ueno serta surat khabar berbahasa Inggeris dan buku panduan juga ada disediakan di sini. Terdapat juga mesin basuh berbayar yang disediakan yang pastinya menjadi pertimbangan yang baik kepada para pelancong. Terdapat penyambut tetamu di kaunter yang boleh berbahasa Inggeris.
Perlu untuk jiwa Jepun! Kesemua bilik mempunyai tatami (tikar tradisi Jepun)
Kesemua bilik dilengkapi dengan tatami. Oleh kerana ia terletak di jalan belakang kawasan perumahan, suasana biliknya amat menenangkan fikiran dan perasaan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, telefon dan Wi-Fi juga boleh digunakan yang pasti akan memberikan penginapan yang selesa. Sarapan pagi disediakan dan bayaran berasingan dikenakan untuk menu makanan barat.
Berendam dalam kolam air panas sambil melihat pemandangan taman
Terdapat 2 tempat mandi awam di dalam ryokan ini iaitu "tab mandi Hinoki" yang diperbuat daripada pokok hinoki dan "tab mandi tembikar" yang diperbuat daripada tembikar. Ofuro (tempat mandi) adalah bercampur antara lelaki dan wanita tetapi anda boleh menggunakannya secara bergilir dengan mengunci pintu yang terdapat di pintu ofuro tersebut. Sistemnya adalah, pengunjung boleh menggunakan ofuro apabila kosong dan perlu menunggu giliran jika sedang digunakan. Para pengunjung juga boleh menikmati keindahan taman sambil berendam di dalam ofuro.
-
-
Address
2-3-11, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
View Map -
Nearest Station
Nezu Station (Tokyo Metro Chiyoda Line)
7 minutes on foot
- Phone Number 03-3822-2251
-
Address
2-3-11, Yanaka, Taitou-ku, Tokyo, 110-0001
"Taito Ryokan" yang berhampiran dengan Kuil Senso-ji
Ryokan ini telah diubah suai daripada ryokan asal yang dibina pada tahun 1950. Ruangan dalam ryokan seperti dinding dari tanah liat, tiang dan tingkap masih mengekalkan ciri-ciri pada zaman tersebut. Jarak dari ryokan ke tempat pelancongan terkenal di Tokyo iaitu "Kuil Senso-ji" hanya mengambil masa selama 6 minit berjalan kaki. Harganya juga amat berpatutan sebagai tempat bermalam yang selesa dan terletak di lokasi yang menarik. Tempat mandi dan tandas perlu dikongsi manakala tempat tidur pula diuruskan sendiri. Terdapat penyambut tetamu di kaunter yang boleh berbahasa Inggeris.
Hotel ala Jepun yang menarik
Terdapat seni bina tradisional Jepun di mana-mana di dalam hotel ini. Para pengunjung boleh merasai aliran waktu dengan binaan lantai dan tangga daripada kayu serta tingkap bulat (terdapat corak hiasan) dan jubin yang terdapat di sesetengah bilik. Selain itu, terdapat juga taman kecil dan hiasan pada pemegang yang membolehkan para pengunjung melihat teknik kebudayaan Jepun dari jarak dekat.
Tidur di atas futon di dalam bilik tatami seperti gaya Jepun
Terdapat 7 bilik tatami yang boleh memuatkan 2 hingga 4 orang bagi setiap bilik. Penyediaan futon adalah secara layan diri. Kebarangkalian untuk menginap di bilik yang sama semasa berkunjung secara berkumpulan adalah tinggi, tetapi mungkin juga terpaksa berkongsi bilik pada musim puncak. Ryokan yang terletak di dalam salah satu bandar lama di Jepun iaitu bandar "Asakusa" ini pasti dapat mengembirakan para pengunjung dengan merasai suasana bandar lama.
-
-
Address
Taito-ku, Nishi Asakusa 2-1-4 , Tokyo, 111-0035
View Map -
Nearest Station
Tawaramachi Station (Tokyo Metro Ginza Line)
5 minutes on foot
Carian Ketersediaan/Tempah
-
9,600Yen ~ 1 Bilik, 2 Orang Dewasa
Kerana keadaan bagi setiap bilik mungkin berbeza sama ada dari segi bayaran terbaru atau butiran bayaran, sila pastikan di laman rakan niaga.
-
Address
Taito-ku, Nishi Asakusa 2-1-4 , Tokyo, 111-0035
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
[MOVIE] Masakan Nabe
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Ueno, Tokyo | Peta dan Informasi Pelancongan sekitar Stesen Ueno
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo