HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa 3 lokasi pilihan untuk bergambar di Asakusa dan Ueno
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno 3 lokasi pilihan untuk bergambar di Asakusa dan Ueno
3 lokasi pilihan untuk bergambar di Asakusa dan Ueno

3 lokasi pilihan untuk bergambar di Asakusa dan Ueno

Last updated: 25 Mei 2020

Kebiasaannya, pengunjung ingin bergambar di lokasi-lokasi yang mempunyai imej Jepun untuk dijadikan kenangan. Artikel ini akan memperkenalkan lokasi yang wajib dikunjungi untuk bergambar yang terletak di kawasan Asakusa dan Ueno.

Kawasan sekitar Azumabashi

Kawasan sekitar Azumabashi

Azumabashi adalah jambatan yang melangkaui Sumida-gawa (Sungai Sumida). Ianya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari Kuil Senso-ji. Binaan jambatan merah ini sangat cantik, tetapi lokasi yang disyorkan terletak di pantai barat, iaitu di bahagian Taito-ku. Di sini, anda boleh mengambil gambar TOKYO SKYTREE(R), Ibupejabat Asahi iaitu jenama bir yang terkenal, dan jambatan di dalam satu gambar.

Di sekitar panda di Zoo Ueno

Di sekitar panda di Zoo Ueno

Zoo Ueno terkenal dengan panda gergasinya. Panda yang comel ini sudah semestinya ingin dirakamkan sebagai kenangan untuk dibawa pulang. Walaupun panda mempunyai imej sukakan tidur, tetapi jika bernasib baik anda mungkin dapat merakamkan gelagatnya bermain. Pada waktu sibuk, pengunjung dikehendaki melihat sambil berjalan. Oleh itu, sekiranya anda ingin merakamkan aksi panda tersebut dengan lebih lama, anda disyorkan untuk datang melawat pada waktu tidak ramai orang seperti pada hari minggu waktu tengah hari.

  • Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
    • Address 9-83, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-8711
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3828-5171

Patung Saigo Takamori

Patung Saigo Takamori

Saigo Takamori merupakan samurai serta ahli politik Jepun. Patung gangsa ini juga merupakan tempat wajib untuk pengunjung bergambar. Saigo Takamori merupakan wira yang telah menyelamatkan bandar daripada perang melalui perbincangan dalam perang yang telah memisahkan Jepun kepada dua bahagian. Beliau merupakan simbol Ueno malah mendapat gelaran "Saigo-san dari Ueno".

  • Statue of Saigo Takamori
    • Address Ueno Park, 5-20, Uenokouen, Taitou-ku, Tokyo, 110-0007
      View Map
    • Nearest Station Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3828-5644
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari