"Yanesen" adalah singkatan daripada tiga bandar, iaitu, Yanaka, yang pernah menjadi sebuah bandar kuil, Nezu, sebuah bandar artisan, dan Sendagi, sebuah bandar yang tenang disayangi oleh penulis-penulis hebat dan artis. Sehingga kini kita dapat melihat kesan peninggalan sejarah di seluruh bandar. Jika kita berjalan mengikuti kesan peninggalan tersebut, sebuah bandar lama akan muncul ke dalam pandangan.
Sebab mengapa Yanaka dipanggil sebuah bandar kuil
Yanaka satu ketika dahulu merupakan sebuah kampung yang terkenal dengan produk pertanian halia yang dikenali sebagai "halia Yanaka" dan ianya masih dikenali sehingga hari ini. Kuil Kan'ei-ji telah didirikan pada tahun 1625 di Ueno yang terletak di timur laut Istana Edo. Kemudian, beberapa kuil mula dibina di daerah Yanaka yang terletak berhampiran Ueno. Tambahan pula, banyak kuil terpaksa dipindahkan ke Yanaka dari daerah kejiranan iaitu Kanda di bawah polisi shogunate di antara tahun 1648 dan 1651. Ini menyebabkan jumlah kuil di daerah ini meningkat dengan ketara dan lebih daripada 70 kuil kekal hingga kini dan demikianlah terciptalah sebuah "bandar kuil". Di pinggir jalan utama di Yanaka iaitu jalan "Misakazaka", terdapat lebih banyak kuil berbanding jumlah rumah persendirian dan ini melambangkan bahawa Yanaka adalah sebuah bandar kuil.
-
-
Address
1-14-11, Uenosakuragi, Taitou-ku, Tokyo, 110-0002
View Map -
Nearest Station
Ueno Station (Hokkaido Shinkansen Line / Tohoku Shinkansen Line / Akita Shinkansen Line / Yamagata Shinkansen Line / Joetsu Shinkansen Line / Hokuriku Shinkansen Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Tohoku Main Line / JR Utsunomiya Line / JR Takasaki Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
8 minutes on foot
- Phone Number 03-3821-4440
-
Address
1-14-11, Uenosakuragi, Taitou-ku, Tokyo, 110-0002
Pembinaan semula selepas terlepas dari serangan udara Tokyo
Kedai kuih muih Jepun "Yanaka Okanoeisen", yang diasaskan pada tahun 1900 dan diuruskan oleh pemilik generasi ke-4 telah menjadi mercu tanda arah berjalan menuju ke Taman Ueno, kerana penampilannya yang aneh. Bangunan terkini dibina oleh pemilik generasi ke-2 selepas Perang Dunia Kedua. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, terdapat khabar angin yang berterusan bahawa kawasan Yanaka akan dilanda serangan udara. Dalam usaha untuk mengurangkan kerosakan, bangunan di kawasan Yanaka telah dirobohkan. Kedai ini juga dirobohkan. Pemilik kedai pada masa itu meminta sami kuil yang berhampiran untuk menyelamat dan menyimpankan papan tanda kedai itu. Dan selepas berakhirnya perang, pemilik kedai tersebut segera mengumpulkan kayu untuk membina kedai, dan meneruskan perniagaan. Papan tanda yang diletakkan di pintu masuk kini adalah yang disimpan oleh pihak kuil dahulu.
Manis-manisan dibuat dengan resipi tradisional
“Mamedaifuku "yang dihasilkan oleh kedai ini amat digemari oleh penduduk tempatan. Ia adalah satu manisan Jepun dengan pes kacang merah yang mempunyai kemanisan sederhana dan dibalut dengan mochi (pulut) yang lembut dan kenyal. "Ukigusa" pula adalah manisan yang di panggang menggunakan "halia Yanaka" yang pernah secara meluas dihasilkan di kawasan ini. Pengisian pes kacang merah disalut dengan kulit luar yang mengandungi halia. Penggunaan halia memberikan rasa yang istimewa kepada manisan ini dan ia merupakan antara manisan yang digemari ramai. Kedua-dua manisan telah dihasilkan menggunakan resipi tradisional yang sama, dan rasanya tetap sama seperti dahulu.
-
Yanaka Okanoeisen谷中岡埜栄泉
- Address 6-1-26, Yanaka, Taito-ku, Tokyo, 110-0001, Japan
Kedai somemono (pewarnaan kain) dan araihari (teknik pembasuhan kimono) "Choji-ya" yang kekal di dalam bekas bandar Aizen
Apabila anda berjalan di "Aizen Oodori" di kawasan perumahan lama, yang terletak di sebelah timur laut pintu masuk Nezu Shrine di persimpangan Jalan Shinobazu , anda akan menjumpai kedai yang dipanggil "Chojiya". Kedai ini adalah kedai pewarnaan kain yang ditubuhkan pada tahun 1895 dan menjual barangan terutamanya sapu tangan, lapik buku dan sarung simpanan kipas. Tempat ini dipanggil "Bandar Aizen" sehingga tahun 1965. Ketika itu, Sungai Aizen mengalir di sepanjang jalan di hadapan kedai, dan terdapat beberapa kedai pewarnaan kain di sepanjang pinggiran sungai. Pada masa itu, kawasan kejiranan Sungai Aizen telah digunakan untuk kerja-kerja pewarnaan kain. Pada masa kini, sungai ini telah ditutupi dengan tanah, dan hanya sebuah kedai pewarnaan kain yang kekal.
-
Chojiya染物・洗張 丁子屋
- Address 2-32-8, Nezu, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0031, Japan
Jalan berbelit di sempadan wad
Apabila anda berjalan menuruni cerun Misakizaka ke arah Stesen Sendagi, terdapat jalan yang berbelit-belit. Penduduk tempatan memanggilnya "Hebimichi (jalan ular)" dari bentuknya yang berbelit seperti ular. Hebimichi (jalan ular) ini dijadikan sebagai sempadan di antara kawasan Bunkyo-ku dan Taito-ku. Sebab mengapa bentuknya seperti ini adalah kerana Sungai Aizen, yang pernah mengalir disini sekarang telah dijadikan longkang tertutup. Disebabkan saliran tanah yang kurang baik, Sungai Aizen sering menyebabkan banjir.
Pembinaan longkang bermula pada tahun 1921, dan tidak ada kesan sungai pada masa kini. Ia begitu menyeronokkan berjalan di sepanjang jalan yang berbelit sambil memerhati deretan rumah-rumah yang mahir dibina sepanjang Hebimichi (jalan ular). Dikatakan bahawa terdapat 15 lengkungan di Hebimichi (jalan ular) ini.
-
Hebimichiへび道
- Address 2, Yanaka, Taito-ku, Tokyo, 110-0001, Japan
Sebuah bandar tenang yang disayangi oleh penulis-penulis hebat dan artis
Sendagi adalah sebuah bandar di mana artis-artis dan orang-orang yang terkenal pernah tinggal, termasuk penulis-penulis terkenal seperti Soseki Natsume dan Ogai Mori. Di bandar Sendagi, anda akan dapat mengesan trajektori orang-orang ini. Apabila anda berjalan sehingga ke bahagian atas bukit Kaibo bersebelahan dengan Hospital Nichidai, dan menuju ke Selatan, terdapat satu monumen yang bertulis "Runtuhan bekas kediaman Soseki Natsume", dan juga "Dewan Peringatan Ogai Mori" di mana manuskrip daripada Ogai Mori dipamerkan di situ. Sebuah rumah kayu berdiri dalam suasana yang tenang seolah-olah masa telah berhenti di bandar Sendagi ini. Ini adalah "Bekas Kediaman dan Taman Kusuo Yasuda". Bekas kediaman Yasuda ini mempunyai seni bina gaya Jepun moden yang dibina oleh seorang ahli perniagaan Yoshisaburo Fujita pada tahun 1919. Ia dibuka kepada orang ramai pada setiap hari Rabu dan Sabtu.
Seni bina kayu tradisional Jepun
Bekas Kediaman Dan Taman Kusuo Yasuda menawarkan peluang untuk kita melihat seni bina tradisional kayu sebelum perang. Sebaik sahaja anda melangkah ke dalam rumah dari pintu masuk berkaca yang besar, anda akan dapat melihat keadaan rumah yang masih sama pada masa itu. Terdapat ukiran halus pada tiang, sebuah telefon lama, tikar tatami, pintu gelongsor dan lain-lain yang memberikan gambaran budaya seni bina lama. Sementara itu, di taman yang besar, anda dapat menikmati pelbagai pokok dan bunga bermusim berkembang penuh. Pemandangan dari tingkap di tingkat dua sungguh cantik seperti lukisan.
-
-
Address
5-20-18, Sendagi, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0022
View Map -
Nearest Station
Sendagi Station (Tokyo Metro Chiyoda Line)
- Phone Number 03-3822-2699
-
Address
5-20-18, Sendagi, Bunkyo-ku, Tokyo, 113-0022
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families