HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ueno 3 pilihan tempat bergambar di Yanesen
3 pilihan tempat bergambar di Yanesen

3 pilihan tempat bergambar di Yanesen

Last updated: 23 Ogos 2020

Yanaka, Nezu, Sendagi. "Yanesen" dipanggil bersempena dengan gabungan suku kata pertama 3 bandar tersebut. Terdapat banyak tempat yang menarik di sini seperti bandar retro, kuil yang mempunyai suasana tenang dan deretan kedai membeli-belah yang meriah. Memperkenalkan 3 pilihan tempat bergambar yang telah dipilih dengan teliti sekali di Yanesen, bandar yang penuh dengan daya tarikan ini.

Tenggelam dalam suasana misteri di pintu gerbang Otome Inari di "Kuil Nezu"

Tenggelam dalam suasana misteri di pintu gerbang Otome Inari di "Kuil Nezu"

"Kuil Nezu" telah digunakan sebagai tempat beribadat sejak dari 1900 tahun dahulu lagi. Tempat suci utama dan pagar yang terdapat di sekelilingnya telah wujud sejak tahun 1706 lagi dan merupakan salah satu warisan kebudayaan Jepun yang penting. Terdapat juga karya agung iaitu pintu gerbang yang berbaris di kedua-dua bahagian "Kuil Otome Inari." Cubalah ambil sekeping gambar sebelum melalui pintu gerbang yang pertama, kemudian ambil lagi sekeping gambar setelah berjalan masuk ke dalam, akhir sekali ambil sekeping gambar keseluruhan setelah keluar dari pintu gerbang tersebut.

Mengambil gambar matahari terbenam di "Yuyake Dandan"

Mengambil gambar matahari terbenam di "Yuyake Dandan"

Terdapat 36 anak tangga semasa dalam perjalanan menuju ke "Yanakaginza Shopping Street" dari stesen Nippori. Ia dipanggil sebagai "Yuyake Dandan". Jika berdiri di puncak tangga menghadap ke arah Yanakaginza, anda dapat melihat deretan kedai yang mempunyai suasana bandar lama dan keindahan matahari terbenam. Ia amat terkenal sebagai tempat bergambar dan terdapat juga orang yang duduk di tangga sewaktu matahari mula tenggelam untuk menikmati suasana matahari terbenam tersebut.

  • Yuyake Dandan
    • Address 3-13 Nishinippori, Arakawa-ku, Tokyo, 116-0013
      View Map
    • Nearest Station Nippori Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / JR Joban Line / JR Ueno Tokyo Line / Nippori-Toneri Liner / Keisei Main Line / Narita SKY ACCESS Line)

Gambar kucing bersama-sama dengan bandar retro

Gambar kucing bersama-sama dengan bandar retro

Jauh dari hiruk-pikuk kota, anda akan ternampak kelibat kucing yang sedang berjalan di lorong belakang. Yanesen terkenal sebagai tanah suci kucing kerana banyak kucing comel boleh ditemui di sini. Pemandangan bandar retro Yanesen dengan kehadiran kucing amat harmoni sekali dan juga menarik jika pemandangan jalan belakang dan kucing ini diabadikan dalam gambar.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari