Udon, Soba.

Udon, Soba.

Last updated: 8 Ogos 2018

Memperkenalkan masakan berasaskan mi yang mewakili Jepun iaitu udon dan soba.

Udon dan soba di Jepun.

Udon dan soba di Jepun.

Udon dan soba juga dipanggil sebagai makanan segera Jepun. Pada zaman dahulu, kawasan pemakanan berbeza kerana kawasan pengeluaran soba selalunya dijalankan di kawasan tanah tinggi dan bahan mentah udon iaitu tepung gandum terdapat di tanah rata. Oleh kerana cara masak yang mudah, pada zaman ini, menu ini juga disediakan di rumah.

Perasa sup.

Perasa sup.

Perasa sup yang digunakan di dalam udon dan soba berbeza mengikut kawasan. Perbezaan antara Kansai dan Kanto adalah amat jelas. Di Kansai, perasa stok (sup ikan) sangat kuat dan warnanya agak tidak terang dan halus.

Udon.

Udon.

Udon merupakan masakan berasaskan mi yang menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama. Doh yang diuli dengan tepung gandum dan garam akan ditumbuk, dipotong halus-halus kepada mi, direbus dan dimakan. Ianya mudah disediakan, boleh dimakan secara sejuk dan juga panas.

"Udon Sanuki"

"Udon Sanuki"

Sanuki merujuk kepada kawasan yang sekarang ini berada di Kagawa. Kagawa merupakan kawasan dengan penduduk per kapita tahunan yang memakan udon paling banyak. Ciri asas Sanuki udon ialah menggunakan mi yang kental, direbus dan dimakan begitu sahaja dengan meletakkan shoyu atau dipanggil "shoyu udon". Berbanding kawasan lain, supnya pekat dan diletak dengan jumlah yang sedikit. Cara pemakanan ini juga banyak dan merupakan salah satu cirinya.

Soba.

Soba.

Soba adalah masakan berasaskan mi yang dibuat daripada tepung bijiran soba yang dikisar dijadikan sebagai bahan mentah. Jika soba yang sejuk, boleh menikmati bau unik soba itu. Biji soba dituai 2 kali setahun iaitu pada musim bunga dan musim luruh. Biji soba yang diperoleh itu digunakan dan dipukul menjadi gandum soba atau dipanggil "shin soba" dan yang istimewanya adalah rasa dan bau pada musim tersebut.

Cara pemakanan soba.

Cara pemakanan soba.

Ketika menghirup soba, tidak mengapa jika mengeluarkan bunyi sambil makan. Dengan meletakkan soba bersama udara di dalam mulut akan mengeluarkan bau. Sup untuk dimakan dengan soba adalah air panas yang digunakkan ketika merebus soba, "sobayu", rasanya tawar dan boleh dihirup. Pada kebiasaannya sup ini akan diberi percuma jika diminta daripada pekerja kedai.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari