HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Harajuku 5 pilihan item terhad di Tokyo yang mesti dibeli
HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ginza 5 pilihan item terhad di Tokyo yang mesti dibeli
5 pilihan item terhad di Tokyo yang mesti dibeli

5 pilihan item terhad di Tokyo yang mesti dibeli

Last updated: 19 Jun 2020

Jadikan pengalaman membeli belah juga sebagai satu kenangan ketika berkunjung ke Tokyo. Artikel ini akan memperkenalkan 5 pilihan item terhad yang unik dan hanya boleh didapati di Tokyo.

Tumbler dan mug di Starbucks

Tumbler dan mug di Starbucks

Tumbler dan mug boleh didapati di setiap kedai Starbucks di Tokyo. Rekaannya berkonsepkan kepelbagaian maklumat yang terdapat di Tokyo serta perhubungan di antara pelbagai bangsa. Rekaan mesra ini disiapkan dengan mengenakan warna merah lembut bersama warna biru sejuk. Sebahagian tumbler telah diproses supaya berkilauan. (Kiri) Tumbler Tokyo/ 350 ml/ 1,436 JPY (termasuk cukai), (Kanan) Mug Tokyo/ 400 ml/ 1,231 JPY (termasuk cukai)

Barangan Snoopy Harajuku yang terhad

Barangan Snoopy Harajuku yang terhad

"Kiddy Land Harajuku" merupakan kedai mainan yang menempatkan pelbagai barangan seperti barangan watak-watak terkenal, barangan trend terkini, dan sebagainya dari dalam dan luar negara. Di "Snoopy Town Shop" yang terletak di tingkat bawah tanah ini terdapat lebih kurang 3,500 item yang berkaitan dengan Snoopy. Selain daripada "Block Memo Harajuku Bus" (378 JPY/ termasuk cukai) seperti di dalam gambar, terdapat juga pelbagai barangan terhad yang hanya boleh didapati di Harajuku seperti mug, gula-gula dalam tin, fail lutsinar, pemegang kunci, dan sebagainya. *Ada kalanya barangan yang dinyatakan mungkin kehabisan stok. (C) 2016 Peanuts Worldwide LLC

  • KIDDY LAND
    KIDDY LAND原宿店
    • Address 6-1-0 Jingu-mae, Shibuya-ku, Tokyo 150-0001, Japan

Decochoko nama stesen Yamanote-sen

Decochoko nama stesen Yamanote-sen

Yamanote-sen (laluan Yamanote) yang mengelilingi pusat bandaraya Tokyo. Cenderamata coklat "TRAINIART Original Ekimei Decochoco Yamanote-sen" (Pusingan luar/ pusingan dalam, 734 JPY setiap satu/ termasuk cukai) yang mencetak papan tanda nama stesen ini akan sentiasa mengingatkan pelancong kepada nama-nama kawasan di Tokyo, dan ini menjadikannya sangat sesuai sebagai cenderamata. Ianya boleh didapati di kedai "TRAINIART" cawangan Akihabara dan cawangan Tokyo yang berkonsepkan "menikmati kereta api dengan lebih lagi" yang turut menjual pelbagai produk hiasan kereta api original lain. *Produk dihasilkan dengan kebenaran East Japan Railway (JR)

  • TRAINIART
    • Address Atre Akihabara1 the second floor, 1-17-6, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
      View Map
    • Nearest Station Akihabara Station (JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express / JR Sobu Line)
    • Phone Number 03-5289-3832

Regional form card (poskad) "Kaminarimon"

Regional form card (poskad) "Kaminarimon"

Poskad yang memaparkan makanan serta tempat terkenal di setiap wilayah di Jepun versi terhad di Tokyo. Yang lebih menariknya, kad ini hanya boleh didapati di pejabat pos di Tokyo sahaja. "Kaminarimon" seperti pada gambar adalah merupakan pintu utama ke kuil terkenal di Tokyo, Senso-ji. Kad terhad di Tokyo yang lain adalah seperti menara Tokyo, bangunan parlimen, Zoo Ueno, dan lain-lain. Harganya adalah 185 JPY (termasuk cukai) setiap helai. Kad-kad lain juga boleh didapati di laman web pengeluarnya iaitu POSTALSQUARE.

Gula-gula yang kaya dengan "Amaou"

Gula-gula yang kaya dengan "Amaou"

Amaou merupakan sejenis strawberi yang dihasilkan di Fukuoka. Ciri-ciri istimewanya ialah kaya dengan rasa manis dan meninggalkan kesan segar selepas makan. "Amaou Pouch" (2,268 JPY/ termasuk cukai) mengandungi tiga jenis gula-gula yang kaya dengan Amaou. "Ita Ame Hanehitoe" yang gebu dan cair, rapuh apabila dikunyah. Gula-gula berbentuk madu, "Sweet Lip". "Bou Ame Nejinomuko" yang mengingatkan kepada zaman kanak-kanak. Kesemuanya boleh didapati secara terhad di "Ginza Mitsukoshi" yang terletak di bandar membeli belah mewah terkemuka Jepun, Ginza.

  • Mitsukoshi Ginza
    • Address 4-6-16, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-8212
      View Map
    • Nearest Station Ginza Station (Tokyo Metro Ginza Line / Tokyo Metro Marunouchi Line / Tokyo Metro Hibiya Line)
      1 minute on foot
    • Phone Number 03-3562-1111
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari