Terharu dengan ika (sotong) yang terlalu enak! Anda boleh memakan sotong segar yang sebenar di dalam kawasan Tokyo!
Ika Center berdekatan dengan Stesen Tokyo dari pintu masuk Yaesu, dan terletak di bawah tanah tingkat 1 dalam Yaenaka-dining.
Di dalam kedai dengan suasana yang meriah terdapat tangki ikan yang panjang. Hiasan dalaman kedai juga dihiasi seperti di pasar ikan atau di pesta, dan di dalam tangki ikan yang menyeronokkan pula bukan hanya sotong, iaitu menu utama di Ika Center, tetapi ketam dan kerang juga dipelihara. Ramai juga pelanggan suka melihatnya.
Memakan semua jenis ikan segar di Ika Center!
Sudah tentu, pembuka selera di Ika Center ialah sotong. Ia disertai dengan daikon (lobak putih) yang diparut. Memang jauh berbeza daripada sotong lain yang pernah saya makan. Sotong yang tidak terlalu lembut atau melekit tetapi rasanya menyegarkan.
Sashimi beraneka jenis. Pinggannya penuh sekali. Walaupun hidangan sashimi biasanya boleh dimakan sedikit demi sedikit, anda boleh memakannya dengan begitu banyak di Ika Center. Tambahan lagi, "tiram segar" juga turut disertai! Selain daripada itu, kinme (sejenis ikan merah) dan sebagainya yang jarang dapat dimakan memenuhi pinggan. Ika Center memang hebat...!
Pemilik kedai memanggil dengan berkata "Saya akan menangkap sotong di sini". Inilah sotong yang masih hidup! Pengurus kedai sendiri yang sudi diambil gambar dengan gayanya juga mungkin merupakan salah satu daya tarikan Tokyo Ika Center. Mata sotong berwarna perak yang berkilat bagaikan hiasan yang cantik.
Seperti yang dijangkakan, Ika Center!
Tidak lama kemudian, kaki sotong (yang masih bergerak) dihidangkan. Ia bertambah bergerak meliuk-liuk apabila dituang kicap soya ke atasnya, dan kami semua teragak-agak untuk memakannya. Sudah tentu, rasanya sangat enak. Hanya sotong yang sangat segar sahaja dapat digunakan untuk hidangan mewah dan unggul seperti ini. Ia mempunyai rasa pekat yang unik dan sangat berpadanan dengan kicap soya halia.
Kemudian inilah, sotong yang baru sahaja dipotong! Sotong segar ini dimakan dengan garam. Halia dan lemon diletakkan bersamanya agar boleh menyesuaikan rasa mengikut kesukaan anda. Rasa sotong segar itu memang sedap tanpa perlu diperkatakan lagi! Sangat menyegarkan! Semakin anda mengunyahnya semakin kuat rasa manis sotong! Oleh kerana begitu sedap, rasa macam ingin biarkan sahaja di dalam mulut.
Kali ini, pelayan kedai membawa 'Taka-ashi-gani' (sejenis spider crab Jepun). Selalunya saya nampak 'Ke-gani' (nama sejenis ketam) dan 'Taraba-gani' (nama sejenis ketam) di mana-mana kedai, tetapi saya tidak pernah merasai 'Taka-ashi-gani' sebelum ini...
Seterusnya, stim ikan kinme. Bulat-bulat seekor ikan! Betapa mewahnya hidangan ini! Ikan yang dimasak sempurna dengan rasa yang meresap jauh ke dalam dan isi lembutnya yang jatuh dengan sedikit sentuhan dari penyepit makanan, ia dapat menimbulkan selera untuk makan nasi putih. Hidangan ini mengingatkan masakan ibu.
'Taka-ashi-gani' tadi akhirnya dihidangkan. Nampaknya ketam ini dipanggang, bukannya direbus. Wangi ketam yang harum memenuhi seluruh bilik. Semua bahagiannya telah dipotong supaya senang dimakan. Keprihatinan yang menakjubkan! Rasanya yang pejal, isinya yang lembut menyelerakan lalu minum minuman keras. Ramai berkata bahawa kelembutan dan rasanya jauh berbeza daripada ketam beku yang biasa kita beli di pasar raya!
Seterusnya lagi, tempura siput abalone yang sungguh menyelerakan. Sudah tentu tiram yang sangat segar dan boleh dimakan mentah digunakan untuk memasak tempura ini. Tempura ini memang enak!! Adunan tepung yang rangup dan siput abalone segar yang diliputinya menjadi hidangan yang muktamad. Tempura ini juga dimakan dengan ekstrak lemon yang dipicit. Saya tidak sangka tempura siput abalone begitu sedap...!
Selepas itu, tidak disangka-sangka 'Ise-ebi' (lobster berduri) pula dihidangkan! Ini juga dipanggang seperti ketam tadi. Saya tertumpu untuk memakan Ise-ebi tanpa bercakap sepatah. Sudah tentu, Ise-ebi ini juga sangat enak. Rasa dan kemanisannya sungguh pekat.
Dan, inilah hidangan terakhir iaitu 'Uni-ikura-don' (landak laut dan telur salmon diletakkan di atas nasi putih)! Telur salmon yang berkilat pecah meletup di dalam mulut, dan wangi landak laut yang harum melepasi hidung...! Nama kedai ini, iaitu Ika Center adalah sesuai baginya kerana "sotong segar" di kedai ini memang terbaik. Sotong yang sangat segar dan sedap semakin ia dikunyah. Cubalah jika anda belum pernah rasa sotong seperti ini.
-
Katsugyo Oroshi Chokueinomise Tokyo Ikasentah活魚卸直営の店 東京イカセンター
- Address B1 Yaenaka Dinig, 1-4-16, Yaesu, Chuo-ku, Tokyo, 103-0028
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Koshitsudeajiwaunihonshu-to SengyoFukuyoshi Shinjukunishiguchi
Sashimi
Shinjuku
-
Ueno Zoo (Ueno Zoological Gardens)
Zoos, Aquariums & Botanical Gardens
Ueno
-
Tsukiji Outer Market
Old Towns (Shitamachi)
Tsukiji
-
The Imperial Palace
Other Architecture
Tokyo Station
-
The Tokyo Station Marunouchi Building
Landmarks
Tokyo Station
-
Tokyo Metropolitan Government
Landmarks
Shinjuku
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
4 pilihan "Kobore Ikura-don" (nasi bersama kaviar telur ikan salmon) yang boleh didapati di Tokyo
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Rahsia Membeli-belah di Jepun: Bilakah Masa Terbaik Untuk Membeli-belah?