HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Stesen Tokyo Analisis menyeluruh tentang Istana Maharaja Tokyo yang mempunyai banyak maklumat menarik dan bermakna
Analisis menyeluruh tentang Istana Maharaja Tokyo yang mempunyai banyak maklumat menarik dan bermakna

Analisis menyeluruh tentang Istana Maharaja Tokyo yang mempunyai banyak maklumat menarik dan bermakna

Last updated: 22 Mei 2020

Jika anda melawat tempat-tempat di sekitar Tokyo, anda tidak harus ketinggalan melawat Istana Maharaja Tokyo iaitu kediaman Maharaja Jepun. Tambah mengejutkan Istana Maharaja Tokyo ini mempunyai keluasan yang luar biasa, maka jika anda memahami maklumat menariknya dan membuat lawatan tentu dapat menikmatinya dengan seronok.

Istana Edo sama dengan Istana Maharaja Tokyo

Istana Edo sama dengan Istana Maharaja Tokyo

Istana Maharaja Tokyo dalam satu tempoh yang lama, terletak di Kyoto. Bangunan yang kini dikenali sebagai "Kyoto Gosho" adalah bangunannya. Sebagai sebahagian daripada pemodenan Jepun, Jeneral yang telah memerintah Jepun sejak abad ke-16 berundur dari arena politik dan mengosongkan Istana Edo. Pada tahun 1869 Maharaja Jepun berpindah Kyoto, dan telah menjadikan Istana Edo sebagai tempat tinggal beliau. Kemudian kediaman utama Maharaja dan Maharani dipanggil "Gosho", istana untuk melakukan pelbagai aktiviti dan bangunan pejabat Imperial Household Agency telah dibina di Istana Maharaja Tokyo. Jika anda melawat ke Istana Maharaja Tokyo, pertama sekali adalah berjalan dalam "pakej lawatan umum" dan baru melawat Kokyo Higashi Gyoen (taman timur di Istana Maharaja), dengan cara ini anda tidak akan ketinggalan benda-benda yang menarik.

Cara memohon untuk membuat lawatan

Anda perlu memohon dahulu sebelum membuat lawatan ke Istana Maharaja Tokyo. Anda boleh memasuki Kokyo Higashi Gyoen tanpa tempahan. Walau bagaimanapun, anda mungkin mahu berjalan pada setiap tempat menarik termasuk pakej lawatan umum alang-alang pergi ke situ. Permohonan boleh dibuat secara online dari laman web Imperial Household Agency di halaman "Permohonan untuk lawatan". Selain memohon melalui internet, anda juga boleh melawat terus ke kaunter unit pengurusan lawatan Imperial Household Agency untuk mendapatkan permit.

Pakej lawatan umum

Pakej lawatan umum

Pakej lawatan umum bermula dari Someikan, yang terletak 10 minit berjalan kaki dari Stesen Tokyo Metro Otemachi dan Stesen Nijubashi, atau 15 minit berjalan kaki dari stesen JR Tokyo. Ia direka untuk memudahkan pengunjung berjalan, laluan pertamanya termasuk, Moto Sumitsuin-Chosha (bekas bangunan kerajaan Dewan Penasihat Maharaja Jepun), dan terus menuju ke Fujimi-yagura (menara pengawal), Hasuike-bori (parit), Fujimi-tamon, bangunan kerajaan Imperial Household Agency, Kyuden Totei (taman timur istana), istana, Nijubashi (jambatan kembar), Fushimi-yagura (menara pengawal) dan Jalan Yamashita. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit, lebih kurang 2 kilometer. Anda boleh membeli cenderamata khas Istana Maharaja Tokyo yang hanya dijual kepada pelawat sahaja.

Tempat terkenal dan Nijubashi (Jambatan kembar)

Tempat terkenal dan Nijubashi (Jambatan kembar)

Terdapat pelbagai tempat terkenal di dalam Istana Maharaja Tokyo, dan yang paling popular adalah Nijubashi. Kelihatan tersergam megah jambatan batu pintu pagar depan Istana Maharaja Tokyo, dengan latar belakang Fujimi-Yagura, ia menjadi tempat yang menarik untuk bergambar. Nama itu diperolehi daripada fakta asal jambatan ini yang mempunyai struktur berganda apabila ia dibina pada 1614. Ia adalah jambatan yang dibina dengan struktur artistiknya dengan reka bentuk seni bina gaya barat yang menarik.

Kokyo-higashi-gyoen (Taman timur Istana Maharaja Tokyo)

Kokyo-higashi-gyoen (Taman timur Istana Maharaja Tokyo)

Selepas mengikuti pakej lawatan umum, ingin pula melawat Kokyo-Higashi-Gyoen. Ia boleh dilawati orang ramai secara bebas dengan bayaran masuk percuma, tetapi ada juga hari taman ditutup seperti hari Isnin, Jumaat atau cuti tahun baru dan sebagainya. Anda harus periksa terlebih dahulu sebelum keluar. Di dalam Higashi-Gyoen, terdapat pelbagai tempat terkenal seperti tapak tinggalan Kyu-Edojo-Honmaru (kubu kota tengah Istana Edo), Taman Ninomaru (kubu kota luar), Sannomaru Shozokan (Muzium Koleksi Imperial kubu kota paling luar). Terdapat sebuah bangunan yang menarik walaupun ia mungkin tidak menarik perhatian anda dengan sekilas pandangan, yang dipanggil "Hyakunin Bansho". Bangunan ini merupakan pusat pemeriksaan yang terbesar di dalam Istana Edo untuk laluan ke Honmaru dan Ninomaru, dan empat pasukan penjaga pintu yang dipanggil Teppo-Hyakunin-Gumi (satu ratus pengawal bersenjata) telah menjaga siang dan malam secara bergilir-gilir.

Menghabiskan sepanjang hari dengan santai

Menghabiskan sepanjang hari dengan santai

Istana Maharaja Tokyo adalah tempat yang mempunyai banyak maklumat menarik dan bermakna, yang akan membuatkan anda mahu menghabiskan masa sepanjang hari dengan santai. Kalau anda merancang untuk melawat istana daripada Stesen JR Tokyo belilah makanan di dalam premis stesen terlebih dahulu. Ia adalah idea yang baik untuk anda sertai pakej lawatan umum pada waktu pagi, dan makan tengah hari di dataran Kokyo Gaien (taman luar). Pada sebelah petangnya lawati Higashi Gyoen (taman timur), dan jika anda luangkan masa dengan santai sehingga petang, anda akan dapat menikmati lawatan Istana Maharaja Tokyo dengan sepenuhnya. Kokyo Higashi Gyoen diberkati dengan persekitaran semula jadi yang kaya, dan pada masa yang sama terletak di tengah-tengah bandar, tempat yang dipenuhi sejarah yang romantis. Alami keseronokan sebenar lawatan berjalan di Istana Maharaja Tokyo dengan melawat secara bersantai.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari