Di Jepun, "Golden Gai" juga dikenali sebagai "kotak mancis". Lokasi unik yang kecil ini mempunyai 280 buah bar dan restoran. Di sini kami memperkenalkan tempat ini yang juga amat terkenal di kalangan warga asing.
Apakah Golden Gai?
"Kabukicho" yang terletak di Tokyo merupakan sebuah kawasan yang penuh kelab-kelab pelayan lelaki dan wanita, atau di luar negara, ia dikenali juga sebagai kawasan "redlight." Golden Gai merupakan sebuah kawasan yang unik di mana suasana perniagaan dan tahap kesopanan orang di sini adalah berbeza dengan kebiasaan orang Jepun. Namun begitu, jika dibandingkan dengan bar di luar negara, di sini lebih sunyi dan selamat. Golden Gai mempamerkan Tokyo yang berbeza kepada kita .
Kenzo's Bar
Bar yang terletak di tengah-tengah Golden Gai ini mempunyai suasana yang selesa. Tangga yang sempit di bar ini bukanlah sesuatu yang pelik di bandar Golden Gai yang sempit ini. Tetapi, pengunjung pasti terpegun dengan hiasan bercorak harimau bintang yang digemari oleh pemilik bar iaitu Kenzo. Beliau yang telah lama mengusahakan bar ini di Golden Gai mengatakan "Saya ingin mempamerkan ciri-ciri individualiti berlainan dengan kedai lain di Golden Gai. Yang paling penting sekali adalah cuba masuk dahulu!" Kenzo merupakan seorang yang amat baik hati. Beliau juga suka mengajar cara bersiar-siar yang betul di Golden Gai kepada para pelancong luar negara. Beliau tidak boleh berbahasa Inggeris tetapi bersikap mesra, anda boleh berkunjung ke kedainya dengan rasa selamat. Anda boleh keluar dari kedainya jika merasakan harga yang dikenakan adalah mahal selepas bertanyakan harga.
-
Kenzo’s BarKenzo’s Bar
- Address 1-1-7 Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo 160-0021, Japan
Seterusnya, marilah menuju ke Izayoi
Bar Izayoi merupakan sebuah kedai yang terkenal dengan suasana selesa seumpama dalam keluarga. Ia terletak di seberang jalan berhadapan dengan Kenzo's Bar. Pelayan bar di sini, Ryoko ,adalah seorang yang amat mesra dan tidak bermuka-muka serta boleh berbahasa asing. Oleh sebab itu, ini adalah kedai yang paling ideal sebagai titik permulaan pengembaraan ke Golden Gai ini.
-
Bar IZAYOIバー十六夜
- Address 1-1-8 Kabukicho, Shinjuku-ku, Tokyo 160-0021, Japan
Apakah perkara yang menarik di Golden Gai?
Semasa melawat Izayoi, Ryoko telah memberitahu saya tentang keunikan dan beberapa peraturan asas di Golden Gai. Perkara yang menarik tentang Golden Gai adalah "kesempitan". Ruangan kedai yang sangat sempit ini membolehkan para pengunjung dan pekerja bergaul mesra seperti sahabat. Oleh kerana itu, Golden Gai merupakan tempat yang paling sesuai untuk meluangkan masa dan bergaul dengan mesra dengan orang tempatan.
Meminta kebenaran sebelum mengambil gambar
Beradab sopan seperti biasa adalah mencukupi di Golden Gai. Cuma, sila meminta kebenaran tuan kedai dahulu sebelum mengambil gambar kerana mereka mungkin tidak menyukainya.
Perkara yang perlu diketahui semasa mengunjungi Golden Gai
Pertama sekali, kebanyakan kedai mengenakan caj kemasukan. Biasanya ia adalah sekitar 500 JPY-800 JPY, tetapi ada juga kedai mengenakan caj selain dari nilai tersebut. Jika anda ragu-ragu tentang nilai caj yang dikenakan, sila masuk ke dalam premis dahulu! Kemudian, anda boleh bertanyakan tentang caj kemasukan, harga minuman dan makanan sembil bersembang dengan pelayan kedai. Berjalan-jalan merentasi 280 buah kedai adalah seperti satu penerokaan. Anda tidak tahu apa yang terdapat di situ. Jadi, marilah mengambil peluang ini untuk mengetuk pintu kedai sambil memberikan ucapan "Konbanwa! (selamat petang/malam)"
Minum sambil berjalan di Golden Gai
Kedai di Golden Gai agak sempit, oleh itu amatlah disyorkan supaya minum sambil berjalan berbanding menghabiskan masa di dalam kedai, terutamanya pada waktu tengah malam apabila pelanggan tetap datang kunjungi. Tetapi, di Golden Gai suasana semua orang minum dan bergembira bersama-sama adalah sudah menjadi kebiasaan. Pengunjung juga boleh minum sambil berjalan serta menghirup udara di kawasan tersebut selepas mengenal pasti harga minuman di kedai yang digemari.
Jadi, marilah kita menuju ke Golden Gai malam ini juga!
Golden Gai merupakan kawasan yang mempunyai komuniti yang unik bukan di Jepun sahaja, tetapi juga di seluruh dunia. Pelancong boleh merasai pelbagai suasana malam di sini. Kawasan ini juga dikatakan menerima semua jenis manusia dan tidak membezakan individualiti serta adat. Saya berharap agar anda menjadikan artikel ini sebagai rujukan semasa bersiar-siar di Golden Gai. Semoga anda juga bertemu dengan sesuatu yang menarik semasa lawatan anda!
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Mesin jualan automatik
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Suasana malam di Tokyo
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
Cara menggunakan hotel kapsul dengan bijak
-
Izakaya (pub) Cheer Girl yang menyeronokkan walaupun pergi bersendirian.
-
Shijuku Ni-Chome yang mesra LGBTQ.