Kami ingin memperkenalkan restoran atau kafe yang menjual "makanan tengah hari dengan sekatan karbohidrat", walaupun tidak mengambil karbohidrat, tetapi boleh memberikan kekenyangan. Pelbagai jenis masakan mewah seperti masakan Cina dan syabu syabu (potongan daging nipis yang dicelur di dalam sup panas) !
Makizushi (sushi gulung) pes kacang tanpa nasi!
Selain minuman dan manisan yang menggunakan teh berkhasiat "Noni" yang popular di Tahiti dan Hawaii, makanan rendah kandungan GI (Indeks Glisemia, kandungan glukosa darah), yang memperlahankan peningkatan paras gula dan berkesan terhadap diet juga dimasukkan ke dalam menu. "Pinggan maki sushi kacang" adalah sebagai pengganti nasi dengan pes kacang yang dipotong secara kasar dibaluti dengan sayur. Tanpa nasi, selain daripada melenyapkan banyak karbohidrat, menggunakan kacang yang tidak dipanggang mempunyai banyak enzim! Lauk dan salad yang disediakan juga kaya dengan tanaman organik dan bebas bahan tambahan.
Juga menu berkhasiat yang tidak menghimpunkan punca penuaan "AGE (Advanced Glycation End Products)". AGE adalah salah satu punca penuaan di mana, kandungan gula yang diserap secara berlebihan bergabung dengan protein di dalam badan membentuk zat. Untuk tidak menggumpulkan AGE tersebut, penggunaan bahan makanan dan cara masakan yang menyeluruh di dalam "menu AGE-less" juga popular di kalangan penggemar makanan berkhasiat.
-
Tahichian Nonicafeタヒチアンノニカフェ
- Address 3-2-2, Nishishinjuku , Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0023
Masakan Cina yang berkhasiat bagi mereka yang mengetahuinya
Di bandar Shinjuku di mana sepanjang hari ahli perniagaan datang dan pergi, terdapat sebuah kedai yang tinggi popularitinya iaitu "Masakan Cina Fun". Anda boleh menikmati makanan tengah hari dengan tenang, di dalam kedai yang dihiasi dengan bunga mengikut musim dan bersih. Perisa dan rasa masakan kedai ini mempunyai reputasi tersendiri kerana mendapat pesanan daripada orang terkenal dan juga mendapat tempahan katering yang banyak. Menu sekatan karbohidrat adalah idea pemilik kedai ini yang pada asalnya mengkaji mengenai makanan sekatan karbohidrat untuk memperbaiki fizikalnya sendiri. Walaupun karbohidrat dikurangkan, bolehkah masakan Cina itu menjadi sedap yang mana bahan wajib digunakan untuk menghasilkan rasa yang pekat adalah kanji kentang dan gula? Setiap hari, pelbagai resepi dicubanya.
Semasa waktu tengah hari, hidangan utama "diet makan tengah hari" adalah salad, sup, roti yang menggunakan kulit luar gandum dan pencuci mulut. Di dalam masakan dan pencuci mulut tidak menggunakan gula dan walaupun makan sehingga licin, karbohidrat hanya lebih kurang 15g. Kandungan ini lebih kurang 1/3 karbohidrat daripada onigiri (nasi kepal). "Diet makan tengah hari" adalah hidangan utama tetapi setiap minggu menu akan ditukar. Menu tetap yang popular adalah "telur ketam masak sos suka" di mana bahan bahan masakan dimampatkan dengan telur yang halus dan gebu yang memberikan pengalaman hidangan mewah. Disebabkan kedai yang popular di bandar perniagaan, ada kemungkinan untuk berbaris di waktu puncak. Bersedialah untuk beratur sekitar waktu 11:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari.
-
Fan歓
- Address 6-7-3, Shinjuku, Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0022
Walaupun bufet, dengan nabe (sajian Jepun yang menggunakan periuk) boleh mendapat sekatan karbohidrat dengan banyak!
Jika dapat menahan daripada mengambil karbohidrat, perkara yang terbaik di dalam diet sekatan karbohidrat adalah dapat memakan daging dan ikan dengan banyak. Bagaimana jika dapat makan tengahari secara tabehodai (hidangan ala bufet) di "Nabe-zo"? Di dalam beberapa cawangan kedai "Nabe-zo" di Shinjuku, kedai Shinjuku Meiji berhampiran dengan Isetan dan sangat sesuai untuk sebarang pertemuan. Reka bentuk Skandinavia di setiap sudut, dimasukkan elemen hiasan dalaman yang ringkas dan asli menjadikan ia ruangan yang selesa.
Bufet di mana pilihan sup dan sayur yang dipilih dengan cermat, dapat mengenepikan pengambilan karbohidrat. Menu makan tengah hari adalah seperti "syabu khinzir ala bufet" , "lembu/khinzir semua anda boleh makan" dan sebagainya. Semua menu terhad untuk 90 minit. Sup yang boleh dipilih selain daripada syabu syabu adalah kolagen susu soya, kimchi yang pedas tetapi sedap dan sebagainya. Sayur yang diletakkan di dalam syabu syabu terdapat lebih daripada 20 jenis sayur yang dipilih dengan cermat. Sayur itu diletakkan secara bufet dan boleh diambil secara bebas. Di sini, jika sayur yang tinggi karbohidrat dapat di elakkan, dapat mengenepikan karbohidrat. Walaupun ini adalah hidangan bufet, cuba elakkan udon dan mee kerana sedang berdiet. Walaupun rasa susah untuk habiskan makanan jika makan untuk "seorang", anda boleh memilih cara pemakanan dengan memberikan keutamaan terhadap pemilihan karbohidrat. Sila jamu makan tengah hari yang banyak dengan daging walaupun sedang melalui sekatan karbohidrat.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
“Pada situasi dan masa sebegini, apa yang patut saya katakan?” Frasa untuk meluahkan perasaan dan pendapat
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Mesin jualan automatik
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Tokyo・Tsukiji|Peta sekitar kawasan Stesen Tsukiji dan informasi pelancongan
-
8 Cara Hidup Orang Jepun Yang Menarik Untuk Diketahui
-
Barangan berguna yang patut dibawa ketika melancong ke Jepun.
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo