HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinjuku 3 pilihan lokasi bangunan pencakar langit di Nishi-Shinjuku
3 pilihan lokasi bangunan pencakar langit di Nishi-Shinjuku

3 pilihan lokasi bangunan pencakar langit di Nishi-Shinjuku

Last updated: 16 Jun 2020

Marilah melihat bangunan-bangunan tinggi yang terdapat di kawasan sekitar Nishi-Shinjuku ketika anda berkunjung ke Shinjuku. Bangunan-bangunan tinggi yang berskala besar tentu dapat memikat hati. Setiap bangunan dilengkapi dengan dek pemerhatian dan restoran serta mudah disinggah oleh para pelancong. pemandangan Tokyo. Anda boleh cuba berkunjung ke sini untuk melihat pemandangan Tokyo.

Anda boleh melihat pemandangan indah Tokyo dari bangunan segitiga

Anda boleh melihat pemandangan indah Tokyo dari bangunan segitiga

Sumitomo Building Shinjuku berketinggian 210m. Ia juga dikenali sebagai "bangunan segitiga" kerana luarannya dilihat berbentuk segitiga. Di tingkat 51 terdapat lobi dek pemerhati percuma, anda berpeluang melihat Gunung Fuji ketika cuaca cerah. dari tingkat 48 ke tingkat 52 terdapat banyak restoran, anda boleh menikmati pelbagai jenis masakan seperti masakan Perancis, Itali, Teppanyaki, hidangan kaiseki (set hidangan tradisional gaya Jepun) dan izakaya. Anda disyorkan untuk makan malam sambil menikmati pemandangan malam.

  • Shinjuku Sumitomo Building
    新宿住友ビル
    • Address 2-6-1, Nishishinjuku , Shinjuku-ku, Tokyo, 160-0023, Japan

Anda boleh melihat Gunung Fuji di bilik pemerhatian khas secara percuma

Anda boleh melihat Gunung Fuji di bilik pemerhatian khas secara percuma

Tokyo Metropolitan berketinggian 243m. Disiapkan pada tahun 1990, ia merupakan bangunan tertinggi di Jepun yang menjadi kebanggaan pada ketika itu. Bangunan ini menempatkan agensi-agensi penguatkuasaan yang mengawal politik di Tokyo. Terdapat dek pemerhatiaan pada ketinggian 202m yang boleh digunakan secara percuma, anda boleh melihat Gunung Fuji dengan jelas ketika cuaca cerah. Ianya dibuka sehingga pukul 11 malam, anda boleh melihat pemandangan malam seluruh Tokyo. Pengunjung dibenarkan masuk sehingga pukul 10.30 malam.

Menikmati pemandangan malam di hotel mewah

Menikmati pemandangan malam di hotel mewah

Shinjuku Park Tower berketinggian 235m yang terdiri daripada 3 blok bangunan. Terdapat "Park Hyatt Tokyo" di tingkat atas, ia merupakan tempat percutian untuk melarikan diri daripada hiruk-pikuk Shinjuku. Pemandangan indah boleh dilihat dari setiap bilik dan dapat merasai suasana mewah sambil menikmati pemandangan malam Tokyo. Walaupun tidak menginap di situ, anda boleh menggunakan restoran dan bar sambil menikmati pemandangan yang indah.

  • Park Hyatt Tokyo
    • Address Shinjuku-ku, Nishishinjuku 3-7-1-2, Tokyo, 163-1055
      View Map
    • Nearest Station Hatsudai Station (Keio New Line)
      8 minutes on foot

    Carian Ketersediaan/Tempah

    Kerana keadaan bagi setiap bilik mungkin berbeza sama ada dari segi bayaran terbaru atau butiran bayaran, sila pastikan di laman rakan niaga.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari