HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi 3 pilihan lokasi bergambar di Roppongi
3 pilihan lokasi bergambar di Roppongi

3 pilihan lokasi bergambar di Roppongi

Last updated: 14 September 2017

Kami akan memperkenalkan 3 lokasi popular yang disarankan untuk bergambar di Roppongi! Lokasi-lokasi ini terletak sama ada di dalam ataupun berdekatan dengan Roppongi Hills, jadi anda dapat membeli belah sambil bergambar. Kesemua lokasi ini merupakan kawasan ramai pengunjung, jadi anda disyorkan untuk datang bergambar pada waktu yang lengang.

Laluan membeli belah yang elegan

Laluan membeli belah yang elegan

Keyakizaka-toori yang menembusi pusat Roppongi Hills ini mempunyai pelbagai kedai berjenama mewah dari luar negara di sepanjang susuran pokok keyaki. Kawasan ini terkenal dengan keindahan leretan bangunan yang kemas. Pengunjung juga dapat menikmati keindahan pemandangan malam apabila lampu dinyalakan. Anda juga dapat melihat Menara Tokyo dari jauh dari atas cerun ini.

Labah-labah yang menarik perhatian di Roppongi Hills!

Labah-labah yang menarik perhatian di Roppongi Hills!

Labah-labah bernama Maman ini merupakan karya awam yang terletak di 66PLAZA, yang juga merupakan pintu masuk ke Roppongi Hills. Ianya merupakan karya daripada artis yang berasal dari Perancis, Louise Bourgeois dan mempunyai ketinggian 10 meter. Lokasi ini merupakan lokasi yang terkenal di Roppongi Hills.

  • Maman
    ママン
    • Address 6-10-1, Roppongi , Minato-ku, Tokyo, 106-6108, Japan

Permandangan Panorama Tokyo di Roppongi

Permandangan Panorama Tokyo di Roppongi

Tokyo City View merupakan pelantar pandang yang terdapat di Roppongi Hills. Pengunjung dapat menikmati pemandangan bandar Tokyo. Bayarannya adalah 1,800 JPY untuk dewasa dan bayaran berasingan sebanyak 500 JPY dikenakan untuk menggunakan sky deck di atas bangunan. Pengunjung juga boleh mendapat diskaun di sesetengah restoran di dalam Roppongi Hills dengan menunjukkan separuh tiket masuk ke Tokyo City View ini.

  • Tokyo City View
    東京シティビュー
    • Address Roppongi Hills Mori Tower, 6-10-1, Roppongi, Minato-ku, Tokyo, 106-6108
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari