HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Odaiba 2 tempat pilihan untuk mengambil gambar di Odaiba
2 tempat pilihan untuk mengambil gambar di Odaiba

2 tempat pilihan untuk mengambil gambar di Odaiba

Last updated: 2 Jun 2020

Odaiba adalah salah satu tempat yang paling cantik di Tokyo. Seperti hidup bersama lautan dan langit, serta kumpulan bangunan pencakar langit, ia juga boleh dikatakan sebagai sebuah bandar yang menjadi sekeping gambar walau di mana pun ia dipotong. Mari saya perkenalkan tempat yang terbaik supaya pemandangan yang luar biasa mudah disimpan di dalam kamera anda.

Menangkap gambar di luar "Fuji Television" yang unik

Menangkap gambar di luar "Fuji Television" yang unik

Fuji Television adalah salah satu stesen televisyen komersial di Jepun yang popular. Dari dek pemerhatian berbentuk sfera di tingkat 25 anda boleh melihat pemandangan yang unik seperti terapung di udara. Dengan menaiki teksi air yang terdapat di Odaiba Kaihin Koen, anda boleh mengambil gambar bangunan Fuji Television yang kelihatan seperti gah menjulang tinggi dari atas lautan.

  • Fuji Television
    フジテレビ
    • Address 2-4-8, Daiba, Minato-ku, Tokyo, 137-8088, Japan

Pemandangan malam yang cantik di "Yume No Ohashi"

画像提供:(C)東京港埠頭(株)
画像提供:(C)東京港埠頭(株)

"Yume no ohashi" adalah jambatan pejalan kaki di mana ia menyambungkan stesen "Tokyo Telepot" dan perairan Hiroba Koen. Walaupun anda boleh menangkap gambar gunung Fuji dan juga taman ketika cuaca baik, adalah lebih digalakkan untuk anda mengambil gambar apabila lampu jalan dinyalakan dari petang ke malam. Sekiranya anda menghalakan kamera anda ke arah stesen "Ariake", anda boleh mengambil gambar pemandangan malam yang hebat dengan meletakkan roda Ferris yang bercahaya di Pallete Town di dalam bingkai. Gambar disediakan oleh: (C) Tokyo Port Terminal Co. Ltd.

  • Yumenoohashi
    夢の大橋
    • Address 1-Ariake3, Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari