Ikebukuro, bandar yang terkenal sebagai bandar otaku, menempatkan kedai anime iaitu "Animate", di samping turut digunakan sebagai lokasi anime. Kali ini kita akan memperkenalkan anime yang berpentaskan Ikebukuro, serta akan mengunjungi lokasi-lokasi yang menjadi model di dalamnya.
-
1Melawati Durarara!!
-
2Babak pertemuan semula dengan kawan rapat Kida
-
3Monumen not muzik
-
4Russia Sushi
-
5Higashi Ikebukuro Central Park
-
6Mutsumata-rikkyo (jejantas)
-
7Hadapan Sunshine City
-
8Kubinashi Rider
-
9Melawati Mawaru Penguindrum
-
10Tapak pentas, pintu timur Stesen Ikebukuro
-
11Tempat yang mempunyai arca penguin Ikefukuro
-
12Melawati "Toki o Kakeru Shojo" (The Girl Who Leapt Through Time)
-
13Fujimizaka
Melawati Durarara!!
"Durarara !!" merupakan anime yang turut popular di luar negara. Di Jepun, bab terakhir "Durarara !! × 2" iaitu "Durarara !! × 2 Ketsu" akan disiarkan pada tahun 2016. Malah, latar cerita kepada hasil seni ini ialah Ikebukuro. Mari kita merasai pengalaman sebenar dengan melawat tempat-tempat ini.
Babak pertemuan semula dengan kawan rapat Kida
Pertama sekali, keluar dari pintu tiket Stesen JR "Ikebukuro" dan anda akan terus menjumpai tempat ini. Dalam episod pertama, watak utama iaitu Ryukeho Teijin telah melawat Ikebukuro buat kali pertama dan tempat ini telah digunakan sebagai babak pertemuan semula dengan rakan baiknya, Kida. Bukan sahaja bangunan, malah papan-papan tanda yang dihias serta suasana trafik pejalan kaki juga dihasilkan semula dengan penuh teliti, di mana anda pastinya dapat merasai pemikiran yang sama dengan Teijin dalam episod pertama ini.
Monumen not muzik
Kemudian, jika anda berjalan hanya beberapa minit dari Stesen Ikebukuro, anda akan tiba di Jalan Sunshine-dori. Teijin juga telah dibawa datang ke sini oleh Kida. Tetapi jika anda berkunjung ke sini pada hari cuti, anda mungkin akan terpegun dengan lautan manusia di sekitar laluan ini. Dan jika anda keluar sedikit ke tepi jalan dari jalan besar ini, anda akan tiba di sebuah taman kecil yang mempunyai monumen not muzik yang turut muncul dalam babak pembukaan anime.
Russia Sushi
Jika anda menuju sedikit ke hadapan, anda berpeluang melihat bangunan yang mempunyai kedai Russia Sushi, kedai di dalam risalah yang disebarkan oleh Simon, seperti yang terdapat dalam anime. Semestinya kedai Russia Sushi ini tidak wujud, tetapi di sini juga merupakan tempat Shiragi berjalan ketika babak permulaan, dan bangunan yang mempunyai pin bowling besar di belakangnya memang benar-benar wujud. Jika anda meneruskan perjalanan menyeberangi laluan bawahnya, terdapat sebuah taman Higashi Ikebukuro Central Park yang menjadi tempat pelarian Teijin dan rakan sekelasnya Anri dalam episod ketiga musim 1.
Higashi Ikebukuro Central Park
Taman bersebelahan dengan Sunshine 60 yang betul-betul berada di hadapan Jalan Otome Road biasanya tidak terlalu banyak pengunjung, dan telah menjadi tempat untuk kucing dan burung berkumpul untuk beristirehat. Oleh kerana terdapat juga bangku-bangku yang disediakan, tidak salah sekiranya ingin menikmati makanan ringan tengah hari di sini. Kawasan dari stesen hingga ke taman ini telah menjadi latar utama cerita "Durarara !!" musim 1.
Mutsumata-rikkyo (jejantas)
Berpatah balik ke arah stesen, dan seterusnya ke Mutsumata-hodokyo. Di sini adalah jambatan pejalan kaki tempat Teijin, Kida dan Anri mengamati matahari terbenam babak permulaan musim 1, dan juga merupakan tempat yang biasanya mereka lalui ketika pulang dari sekolah. Mutsumata-rikkyo adalah jambatan pejalan kaki yang merentas atas laluan Yamanote-sen. Jika anda mengamati matahari terbenam dari sini akan datang perasaan seperti diri sendiri telah menjadi sebahagian daripada watak dalam dunia "Durarara!!". Matahari terbenam yang dapat dilihat dari jambatan ini juga kelihatan cantik walaupun terletak dalam bangunan-bangunan di kawasan bandar, ia mungkin akan membuatkan anda mengingati peristiwa sentimental yang penuh dengan nostalgia.
Hadapan Sunshine City
Sekali lagi ke Jalan Sunshine-dori. Tempat ini yang berada berhadapan dengan Sunshine City sudah tentu menjadi ingatan terutamanya bagi para peminat. Ini adalah kerana ia merupakan lokasi ketika babak klimaks di mana Teijin membuat ajakan kepada Dollars dalam episod 11 musim 1.
Kubinashi Rider
Orang-orang yang tidak berhenti berkumpul, lalu munculnya "Kubinashi Rider". Kami inginkan anda sekali lagi mengingati kembali keasyikan dan keseronokan semasa menonton anime di sini. Sehingga sekarang anda telah melihat tempat-tempat yang menjadi latar kepada anime "Durarara!!" dalam musim 1. Sesiapa sahaja dari golongan peminat pasti akan kagum dengan tahap penghasilan semula di dalam anime tersebut. Ikebukuro adalah merupakan "Durarara!!" yang sebenar, iaitu bandar di mana watak-watak anime berkeliaran dengan penuh semangat.
Melawati Mawaru Penguindrum
Seterusnya, adalah "Mawaru Penguindrum" iaitu sebuah anime yang ditayangkan di Jepun pada bulan Julai tahun 2011 selama 2 musim. Ia adalah hasil karya yang menjadi topik perbualan kerana dihasilkan oleh pengarah Kunihiko Ikuhara yang terkenal dengan "Revolutionary Girl Utena". Ikebukuro telah dilawati beberapa kali di dalam karya ini. Mari mengunjungi lokasi-lokasi yang menjadi latar cerita tersebut yang berpusat di pintu timur Stesen Ikebukuro.
Tapak pentas, pintu timur Stesen Ikebukuro
Keluar sahaja dari pintu timur Stesen Ikebukuro, sudah tidak jauh dari situ adalah dunia "Mawaru Penguindrum". Terutamanya, dua buah tugu yang kelihatan sebaik sahaja keluar dari pintu timur ini mungkin masih kekal dalam ingatan ramai, sama juga seperti karakter-karakternya yang bercirikan piktogram. Ini adalah hasil karya pengukir ternama Perancis, dan ia benar-benar terhias di pintu timur Stesen Ikebukuro. Oleh kerana latar utama di Ikebukuro dalam "Mawaru Penguindrum" adalah di sekitar pintu timur stesen, berjalan sahaja di sekitarnya pasti akan membuatkan anda berpeluang menemui pelbagai latar yang pernah dilihat dalam anime.
Tempat yang mempunyai arca penguin Ikefukuro
Di samping itu, di dalam pintu timur terdapat arca "Ikefukuro" (burung hantu) yang digunakan sebagai tempat temu janji. Tetapi di dalam anime ia telah ditukar kepada maskot penting anime tersebut iaitu penguin. Mencari kelainan dunia nyata dengan "Mawaru Penguindrum" sebegini juga pasti menyeronokkan.
Melawati "Toki o Kakeru Shojo" (The Girl Who Leapt Through Time)
Seterusnya, artikel ini ingin memperkenalkan karya terkenal filem anime sains fiksyen "Toki o Kakeru Shojo" (The Girl Who Leapt Through Time) yang menampilkan kawasan sekitar Ikebukuro. Ia adalah hasil karya pengarah Mamoru Hosoda yang terkenal dengan "Summer Wars" dan "Wolf Children", dan juga merupakan hasil karya yang mempunyai ramai peminat setia. Sebenarnya, dua stesen di hadapan dari Ikebukuro melalui laluan Tokyo Metro Yurakucho-sen iaitu Stesen Gokokuji, terdapat Fujimizaka yang merupakan model untuk hasil karya ini.
Fujimizaka
Fujimizaka terletak sejauh sekitar 15 minit berjalan kaki dari Stesen Gokokuji. Sesiapa yang pernah menonton filem ini tentu tahu dalam sekelip mata. Ia adalah babak di mana watak protagonis Makoto beberapa kali berpisah dengan teman sekelasnya, Chiaki. Cerun yang berada di kawasan perumahan yang damai di Jepun ini adalah lokasi penting dalam anime "The Girl Who Leapt Through Time". Tetapi jika anda menjejakkan kaki anda sendiri ke sana, anda bukan sahaja dapat melihat dunia seperti dalam filem, malah juga kehidupan masyarakat di Jepun.
Mari meneroka Ikebukuro!
Ikebukuro terkenal dengan tempat tertumpunya kedai-kedai berkaitan dengan anime, namun ia juga banyak menjadi latar dalam anime seperti yang telah diperkenalkan. Apabila berkunjung ke Tokyo, pastikan anda menjejakkan kaki ke lokasi-lokasi anime sebegini dan rasai sendiri pengalaman berada di dalam dunia tersebut.
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
5 lokasi pilihan untuk mengalami budaya anime dengan lebih mendalam
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Mengunjungi Tempat-Tempat Menarik dari Wayang Anime (Kimi no Na Wa.) di Tokyo
-
Maklumat pelancongan dan peta sekitar Stesen Ikebukuro |Ikebukuro, Tokyo
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Menerokai Otome Road yang penuh dengan kepelbagaian barang Anime