Izakaya yang misteri dengan slogan "Cheer Girl yang memberikan keceriaan dengan penuh semangat". Bunyi perkataan Cheer Girl sungguh indah dan mengingatkan saya kepada kenangan manis masa muda. Alang -alang marilah beranikan diri dan pergi ke kedai tersebut, dan menerima sorakan gadis-gadis di sana dengan sepenuh hati!
Penampilan kedai yang tidak kekok untuk dimasuki.
Kedai ini yang mempunyai pelayan Cheer Girl dinamakan "Cheers Tokyo". Ia mempunyai lokasi yang strategik, terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen Ginza, Stesen Yurakucho dan Stesen Hibiya. Untuk memasuki kedai ini anda perlu turun tangga ke tingkat bawah tanah.
Akhirnya berjumpa dengan gadis-gadis Cheer Girl!
Walaupun suasana kedainya mesra dan ceria, pada mulanya saya merasa sedikit gementar untuk memasukinya bersendirian. Sebaik sahaja saya jejakkan kaki ke dalam kedai, gadis-gadis berpakaian seragam menerima kedatangan saya dengan sambutan yang penuh semangat. Inilah permulaan waktu yang menggembirakan.
Di dalam kedai ini terdapat tempat duduk meja dan tempat duduk kaunter. Saya menjadi pelanggan pertama pada hari itu kerana tiba awal di kedai. Kebiasaanya kedai menjadi penuh selepas jam 9 malam, namun apabila berseorangan pelbagai servis dapat saya nikmati dengan sepuas-puasnya.
Bersorak gembira dari gelas pertama!
Sebaik sahaja duduk di tempat yang ditunjuk, gadis Cheer Girl terus menjelaskan sistem harga makanan kedai. Secara asasnya, servis minuman tanpa had bagi setiap 30 minit. Kedai ini menyediakan pebagai jenis minuman keras seperti bir, highball, wain, gin dan tonik dan sebagainya.
Apabila minuman dibawa ke tempat saya, masa bersorak bermula dengan segera. Acaranya terus berlangsung walaupun saya sebenarnya bingung dengan apa yang sedang berlaku. Eh, tindihkan tangan ke?
Dengan mengikut suara sorakan gadis-gadis, high five! Selepas itu, disusuli dengan sorakan minum ucap selamat "cheers!". Sangat seronok! Sejujurnya, saya merasa sedikit malu kerana tidak biasa dengan suasana seperti ini, namun lama-kelamaan saya terikut-ikut dengan keseronokan yang tidak perlu dipersoalkan lagi.
Hidangan yang disyorkan ini ialah "Mini-karaage-don", "Oil sardine oven toast" dan "Potechi" (cip kentang). Minuman dan makanan yang disediakan juga sudah tentu dimasak oleh para Cheer Girls.
Persembahan karaoke dan tarian!
Alat karaoke disediakan di dalam kedai. Cheer Girls akan menyanyi dan menari jika ada permintaan! Gadis-gadis akan menggunakan mikrofon dan tamborin untuk memeriahkan lagi nyanyian. Persembahan tersebut menggunakan pergerakan seluruh badan dari awal sehinggalah akhir! Saya kagum dengan Cheer Girls yang menghabiskan nyanyian lagu dengan penuh walaupun kelihatan tercungap-cungap.
Selain daripada itu, kedai ini mempunyai 'Performance Time' pada setiap 30 minit. Tarian yang seksi dipersembahkan dengan musik yang rancak. Semestinya anda boleh saksikannya dengan percuma. Amatlah mewah dan tidak rasa rugi.
Apakah itu "Cheers Drink" yang istimewa?
Di dalam menu terdapat "Oen (sorakan) Drink" dan "Cheers Drink". Jika anda meminta "Cheers Drink", pertama sekali anda akan diminta untuk memberikan nama pasukan anda. Menurutnya, mereka akan bersorak dengan menggunakan nama pasukan tersebut. Nama peribadi pun OK! Setelah minuman anda dibawa, semua orang bersorak minum ucap selamat "kanpai!" sambil tarian dan sorakan dilakukan dengan lagu yang rancak (pelayan bawah umur akan bersorak dengan minuman ringan).
Selepas sorakan dan minum, bergambar dengan menggunakan kamera polaroid bersama para Cheer Girl, dan gambar itu akan diberi sewaktu anda beredar dari kedai. Sebagai tambahan, Cheers Tokyo boleh ditempah sepenuhnya dengan minimum 8 orang, dan juga menawarkan servis khas untuk pelanggan yang menempah sepenuhnya.
Menerima sorakan hinggalah ke saat-saat yang terakhir!
Setiap Cheer Girl menggantungkan kad nama masing-masing, dan anda boleh memanggil serta berbual dengan mereka sesuka hati. Ayane-chan adalah seorang pelajar universiti! Dia suka menari, dan semasa dia tidak sibuk, dia menari dengan riang bersama-sama pelayan lain dengan mengikuti rentak lagu yang dimainkan di kedai. Sangat comel sekali! Adalah mengagumkan apabila semua pelayan kedai kelihatan sangat rapat dan mesra. Melihatkan sahaja suasana itu membuatkan jiwa saya merasa tenteram.
Semasa saya ingin beredar, masa bersorak diadakan sekali lagi! Pengalaman yang memang sesuai dengan nama kedai "Izakaya Cheer Girl". Minuman dan makanan yang melimpah ruah sangat memuaskan hati! Pengalaman yang baru bagi saya ialah "disorak", dan yang utamanya lagi ialah para pelayan bukan hanya melayani pelanggan, tetapi mereka sendiri juga berseronok bersama para pelanggan, dan apabila difikirkan semula melihat itu sahaja boleh membuatkan saya mendapat semangat. Saya ingin mengesyorkan anda untuk pergi ke kedai ini jika anda ingin menerima semangat dan menikmati pengalaman yang unik.
-
Cheers Tokyo GinzaCheers Tokyo 銀座店
- Address B1 Yunion Bldg, 2-3-9, Yurakucho, Chiyoda-ku, Tokyo
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Suasana malam di Tokyo
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Cara menerokai Golden Gai yang disyorkan!
-
Shijuku Ni-Chome yang mesra LGBTQ.
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam