Restoran sekatan kalori dan mewah Perancis yang sangat popular di kawasan Ginza Marunochi. Sekatan kalori bermaksud mengehadkan pengambilan karbohidrat dan gula dan menjadi diet sangat mendapat sambutan di Jepun pada masa kini. Di sini, kedai makan di mana anda boleh menikmati makanan lazat, dan rendah lemak yang mampu menguruskan badan dengan sempurna akan diperkenalkan.
Cara masakan yang mengaplikasikan bahan organik “Hi-mizu- tsuchi”
Anda boleh menikmati hidangan Perancis berasaskan sayuran dan mementingkan rasa asli bahan di “Hi-mizu-tsuchi (cahaya, air, tanah)”. Terdapat 3 jenis menu makan tengah hari. Pertama - “Harmony Lunch – Hi”, iaitu hidangan tanpa ikan dan daging yang dipenuhi dengan sayur-sayuran, nasi, sup miso. Kedua - “Harmony Lunch – air” iaitu hidangan yang membolehkan anda memilih di antara ikan mahupun daging yang pasti menggembirakan anda. Sekiranya anda ingin mencuba pengalaman yang lebih mewah, anda bolehlah mencuba “Harmony Lunch – Tsuchi” iaitu hidangan yang disertakan dengan “hors-d’oeuvre” sejuk (pembuka selera Perancis), sayuran bermusim yang dimasak, aneka pilihan roti segar, sup dan sebagainya berserta minuman yang dipanggil hidangan “pencuci mulut” ini.
Sayur tanpa baja dan bebas racun perosak adalah asasnya. Beras semulajadi yang dimasak di dalam “Hagama” (periuk nasi tradisional Jepun), dan bahan perasa yang menggunakan enzim semulajadi dan melalui proses penapaian, membuatkan kita menikmati rasa bahan makanan yang tiada tandingannya. “Harmony Lunch –Cahaya” juga dilengkapi dengan “air” iaitu “Houji cha” (nama sejenis teh hijau) menggunakan sepenuhnya hasil tanaman semulajadi.
Lokasi kedai adalah jauh sedikit dari jalan utama Ginza, dan terletak di satu sudut yang dipenuhi dengan kedai-kedai dan perumahan lama. Bangunan yang telah diubah suai pada “tahun empat Showa” (tahun 1929) ini penuh dengan suasana zaman dahulu. Sesudah makan, lihatlah sayur-sayuran bermusim yang segar dan berkualiti di “Pasar Sambung (Natural Harmonic Ginza)” yang berada di tingkat satu bangunan yang pasti akan membuatkan anda rasa mahu bawanya pulang.
-
Himizutsuchi日水土
- Address 2F Natural&Harmonic Ginza, 1-21-13, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, 104-0061
Masakan Perancis rendah lemak (mikuni MARUNOUCHI)
Chef Mikuni Kiyomi, chef masakan Perancis yang disegani di Jepun. “mikuni MARUNOUCHI” restoran yang menghidangkan hidangan sama yang dikeluarkan oleh kedai asal di Yotsuya yang dibuat perubahan menu utamanya “Set menu Perancis rendah kalori” iaitu hidangan sayur-sayuran tokyo rendah kalori yang dihasilkan oleh chef Mikuni. Melalui hasil kerjasama bersama Dr. Yamada Satoru, iaitu Ketua Jabatan Diabetes, di Kitasato Institute Hospital, Universiti Kitasato, dan juga merupakan pakar menu rendah lemak, berjaya mengurangkan sebanyak 40g kandungan gula dalam satu hidangan makan. Sekarang bolehlah anda nikmati hidangan set sebenar Perancis yang kandungan gulanya lagi rendah dari semangkuk nasi penuh!
Terdapat 7 menu semuanya sepanjang tahun. Menu utama adalah “daging lembu tenderloin panggang bersama confit shallot (bawang merah), Sayuran masak lima musim bersama sos mustard hijab (biji sawi)” dan pelbagai sayuran segar dihiasi didalam pinggan membuatkan anda berasa gembira dengan hanya melihat sahaja. Walaupun hanya dengan mencipta kombinasi kandungan gulanya, namun anda tidak sesekali akan berasa kuantiti yang tidak cukup.
Perkembangan pembuatan roti menggunakan bahagian kulit gandum yang kurang gula dipanggil “roti Fusuma”. Pencuci mulut seperti “Fromage Blanc (nama sejenis keju) dengan wangian bunga ros”, “serbat teh hijau dan kek lava bersama buah-buahan” pelbagai ciptaan yang direka menggunakan pemanis semulajadi tiada kalori bagi menikmati hidangan yang baik untuk rohani dan jasmani.
Kedai “HANAHIRO CQ” terletak di tingkat bawah dan dihiasi dengan hiasan bunga, dan meja juga dihiasi bunga-bungaan penuh dengan rasa musim dan herba organik seperti berada di “Marunouti Oasis”. Jangan lupa untuk membuat tempahan dua hari sebelumnya, walaupun “Set Perancis rendah lemak” hanya disediakan untuk makan malam sahaja (kerana ianya bergantung kepada keadaan stok bahan dan juga musim, maka nilai kuantiti lemak juga mungkin berubah).
-
Mikuni Marunouchimikuni MARUNOUCHI
- Address Marunouchi brick square annex 2F,2-6-1, Marunouchi, Chiyoda-ku, Tokyo,100-6902
- Kawasan
- Kategori
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.
Recommended places for you
-
Laluan Representatif Pelancongan Atami
-
Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.
-
Mencuba pakaian
-
Kad bank luar negara
-
Jom berseronok di setiap pelusuk Jepun! Frasa-frasa yang boleh digunakan ketika melancong.
-
Onsen (kolam air panas Jepun) dan sento (tempat mandi awam)
-
Top Ranked Hakone Hotels with Mt. Fuji View: Enjoy Stunning Scenery from Your Private Space
-
Convenient Tokyo Hotels with Airport Shuttle: Ideal for Families and Heavy Luggage
-
Stunning Tokyo Tower View Hotels: Enjoy Spectacular Scenery from Your Private Space
-
Family-Friendly Hotels with Free Shuttle to Disneyland: Convenient Access for a Magical Stay
-
Convenient Asakusa Hotels with Kitchens: Ideal for Extended Family Visits
-
Experience Luxury: Hakone's 10 Best Five-Star Accommodations
-
Enjoy Mt. Fuji Autumn Leaves! Top Hotels Near the Popular Autumn Leaves Corridor
-
Experience Hakone Fall Foliage from Your Room with Stunning Views
-
Enjoy Mt. Fuji from the Comfort of Your Room! Recommended Ryokan with Mt. Fuji View
-
Experience Luxury at Mt. Fuji Resort Hotels! Best Extended Stay Options for Families
-
Kumpulan Chef Profesional Dari Pelbagai Bidang Bertaraf Dunia!
-
Peta dan maklumat pelancongan Stesen Keretapi Roppongi | Roppongi, Tokyo
-
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
-
Menyusuri hutan di Meiji-jingu, habitat kepada 3000 spesies flora dan fauna
-
Penerokaan penuh di "Jogai Shijo Tsukiji" (Tsukiji Outer Market) !
-
Budaya ofuro di Jepun dan cara penggunaannya