HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Asakusa Menikmati makanan tradisional di Tokyo
Menikmati makanan tradisional di Tokyo

Menikmati makanan tradisional di Tokyo

Last updated: 26 Julai 2018

Terdapat makanan traditional yang menggunakan bahan-bahan asal Jepun dan juga cara teknik tersendiri. Ada juga yang belum menjadi terkenal di luar negara. Nikmatilah makanan traditional Jepun di kedai makan khas, dan anda akan memahami Jepun dengan lebih baik.

Kedai makan ikan loach yang lama "Komagata-dozeu"

Kedai makan ikan loach yang lama "Komagata-dozeu"

Kedai khas masakan ikan "loach" yang merupakan makanan biasa kepada rakyat pada zaman Edo. Pada mulanya kedai ini diberi nama "Dozeyau", tetapi setelah itu diubahsuaikan kepada" Dozeu" oleh pemilik kedai yang pertama pada kemudian hari, oleh kerana bilangan huruf tidak sesuai menurut kepercayaannya. " Dozeu" merupakan makanan yang mengandungi banyak kalsium, besi dan kolagen. Dimasak dengan cara traditional yang telah lama disukai sejak zaman Edo. Menu utama di kedai ini ialah "Dozeu-nabe 1,890JPN" yang menggunakan ikan loach yang direndamkan dengan sake dan dimasak dengan miso dan kicap. Bangunan kedai yang lama juga mempunyai keunikannya yang tersendiri yang menarik perhatian.

  • Komakata Dojo
    駒形どぜう
    • Address 1-7-2, Komagata, Taio-ku, Tokyo, 111-0043, Japan

"Hyotan" ialah kedai "monja" yang terkenal

"Hyotan" ialah kedai "monja" yang terkenal

"Monja-yaki" ialah makanan terkenal di Tokyo, menggunakan bahan-bahan seperti kubis yang dipotong kecil dan digoreng dengan air yang dicampur tepung di atas plate besi. Kedai ini menawarkan monja original seperti "Tokisen-monja" yang berperisa miso (pes jeruk kacang besar). Selain "monja", ada juga banyak hidangan seperti okonomiyaki dan yakisoba (mi goreng). Kedai ini terletak berhampiran dari Nakamise-dori yang bersambung dengan Sensoji, dan sentiasa mempunyai ramai pelanggan.

  • Edo-monja Hyotan
    江戸もんじゃ ひょうたん
    • Address 1-37-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo, 111-0032, Japan

"Tamahide" ialah kedai makan khas syamo (sejenis ayam) dan ayam yang terkenal

"Tamahide" ialah kedai makan khas syamo (sejenis ayam) dan ayam yang terkenal

Kedai makan khas syamo yang dibina oleh Yamada Tetsuemon yang berkhidmat di kerajaan Edo sebagai Takajo (tukang pelihara burung helang, pada tahun 1760. Ayam yang digunakan ialah jenama "Tokyo-syamo", pembiakan syamo yang datang dari luar negara pada awal zaman Edo. "Syamo-nabe (16,200 JPY ke atas)" yang menggunakan daging syamo ini dan dimasak dengan sup yang pekat dikenali sebagai gaya pertama "sukiyaki". Kedai ini juga terkenal kerana menciptakan masakan "oyakodon" (1,500 JPY) yang menggunakan sup tersebut dengan telur. Baris panjang pelanggan yang ingin memakan "oyakodon" menjadi suatu pemandangan yang indah di Nihonbashi. Di kedai bernama ini, anda dapat menikmati masakan ayam tradisional yang telah lama diwariskan sejak zaman Edo.

  • Tamahide
    鳥料理 玉ひで
    • Address 1-17-10, Nihonbashi-Ningyochou, Chuou-ku, Tokyo, 103-0013, Japan
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari