HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Akihabara 10 langkah untuk lebih arif tentang Akihabara
10 langkah untuk lebih arif tentang Akihabara

10 langkah untuk lebih arif tentang Akihabara

Last updated: 22 Januari 2021

Akihabara adalah deretan kedai elektronik yang dimiliki oleh orang persendirian yang mempunyai ciri-ciri terdahulu dan juga syarikat-syarikat gergasi. Ia dikenali sebagai bandar elektronik dan pusat budaya yang melahirkan anime, cosplay dan chika idol. Memperkenalkan 10 cara untuk berhibur dengan budaya Akihabara selain daripada membeli-belah!

Mari berjalan di "Syurga Pejalan Kaki Akihabara"

Mari berjalan di "Syurga Pejalan Kaki Akihabara"

Pada hari Ahad setiap minggu, jalan utama di Akihabara iaitu Chuo Do-ri akan ditutup kepada lalulintas dan dibuka khas untuk pejalan kaki sahaja yang disebut sebagai "Syurga Pejalan Kaki." Ia akan bermula jam 1 petang sehingga 6 petang (sehingga 5 petang untuk bulan Januari hingga Mac) tetapi sila ambil perhatian bahawa tidak akan berlangsung jika hari hujan. Acara ini bukan sahaja memudahkan pengunjung untuk membeli-belah tetapi juga memudahkan pengunjung untuk melihat-lihat suasana bandar elektronik ini dan mengambil gambar.

Berhibur dengan budaya moe (perasaan yang mendalam terutamanya terhadap anime, manga dan permainan video) di maid cafe

Berhibur dengan budaya moe (perasaan yang mendalam terutamanya terhadap anime, manga dan permainan video) di maid cafe

Maid cafe merupakan sebuah kedai yang mempunyai pekerja berpakaian seperti pembantu rumah Inggeris dan akan menyambut ketibaan pengunjung ke kedai mereka dengan panggilan "Goshujinsama (tuan saya)" banyak terdapat di Akihabara. "Maid Dreamin Akihabara" merupakan salah satu maid cafe yang bukan sahaja terkenal di Jepun tetapi berkembang hingga ke seluruh dunia. Mereka yang baru pertama kali juga akan berasa selamat dan boleh menikmati suasana maid cafe di sini. Maid (gelaran untuk pekerja maid cafe) akan membaca mantera untuk semua menu yang terdapat di sini.

  • Meidreamin Akihabara Honten
    めいどりーみん 秋葉原本店
    • Address Sumiyoshi Building 6F, 3-16-17 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan

Pergi ke persembahan chika idol (artis yang tidak begitu menonjol di media tetapi aktif dalam persembahan secara langsung)

Pergi ke persembahan chika idol (artis yang tidak begitu menonjol di media tetapi aktif dalam persembahan secara langsung)

"Pandemonium" merupakan sebuaf kafe dan bar yang mempersembahkan persembahan secara langsung dari peserta di atas pentas. Para pengunjung boleh berhibur sambil mengundi peserta yang terkenal dan digemari. Selain itu, pengunjung juga boleh berkaraoke dan melakukan persembahan di atas pentas itu sendiri. Kedai yang beroperasi hingga jam 5 pagi ini amat berharga di Akihabara kerana pengunjung boleh berhibur walaupun pada lewat malam.

  • Pandemonium
    ぱんでもにうむ
    • Address Daini Yokoshima Building 2F,68-2 Kanda Neribeicho, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0022, Japan

Dapatkan oden (sejenis makanan Jepun) di mesin jualan automatik!

Dapatkan oden (sejenis makanan Jepun) di mesin jualan automatik!

Di Jepun, minuman pencuci mulut "oshiruko" yang mengandungi kacang merah sehinggalah ke minuman yang telah diolah seperti "corn potage soup" juga dijual di mesin jualan automatik. "Oden dalam tin" juga amat terkenal di Akihabara. Oden yang mempunyai bebola sayur dan ikan yang dididihkan dalam sup berperasa juga boleh didapati dengan mudah di mesin jualan automatik di bangunan "Chichibu Denki."

Tidak tertahan oleh peminat manga dan anime!

Tidak tertahan oleh peminat manga dan anime!

Banyak barang yang mempamerkan budaya manga Jepun dari permainan dan produk anime pada zaman dahulu hinggalah ke produk yang berkaitan manga dan anime yang terkini. Dengan berskala besar dari tingkat 1 hingga 8, terdapat banyak produk dari kumpulan syarikat "Mandarake" juga. Selain itu, terdapat juga pekerja yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Korea, bergamntung kepada tingkat tersebut. Marilah kita mencari permata ini yang hanya boleh didapati di Jepun sahaja.

  • Mandarake Complex
    まんだらけ コンプレックス
    • Address 3-11-12, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021

Tergamam dengan kecanggihan figura

Tergamam dengan kecanggihan figura

Jika anda ingin melihat produk figura dan robot, sila berkunjung ke "Volks Akihabara Hobby Heaven." Figura yang telah siap pasang sepenuhnya atau peralatan yang berkaitan dengan figura boleh didapati di setiap tingkat bangunan ini dari tingkat satu bawah tanah sehinggalah ke tingkat 7. Sudah pasti para mania juga akan berpuas hati dengan ketelitian figura yang siap dipasang!

  • Volks Akihabara Hobby Tengoku
    ボークス秋葉原ホビー天国
    • Address Address 1-15-4 Sotokanda, Chiyodaku, Tokyo 101-0021, Japan

Menghiburkan dengan permainan survival!

Menghiburkan dengan permainan survival!

"Sabage" adalah panggilan ringkas untuk survival game yang merupakan permainan pertempuran yang dibahagikan kepada kawan dan lawan dan bertempur menggunakan pistol mainan serta berpakaian seragam pertempuran.

  • ASOBIBA AKIHABARA FIELD
    ASOBIBA 秋葉原フィールド
    • Address DAIDO Limited Building 2F, 3-1-16 Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo 101-0021, Japan

Kesemua yang berkaitan dengan anime!

Kesemua yang berkaitan dengan anime!

Ibu pejabat kedai "Gamers" yang berkaitan dengan anime dan perkembangannya dari seluruh negeri terletak di sini. Bangunan yang mempunyai 8 tingkat ini mempunyai pelbagai jenis anime dan permainan video di setiap tingkatnya. Selain itu, muzium, pameran asli anime dan pelbagai acara lagi juga sering diadakan di sini. DVD dan blue-ray anime juga banyak terdapat di sini. Yang berkenan di hati bolehlah dijadikan sebagai cenderamata.

Lokasi membeli-belah yang mempunyai daya tarikan zaman lampau

Lokasi membeli-belah yang mempunyai daya tarikan zaman lampau

"mAAch ecute Kanda Manseibashi" adalah pusat membeli-belah yang terletak di "Jejambat Manseibashi." Selain suasana yang wujud dari penggunaan batu-bata dan pintu gerbang di sini, terdapat juga banyak kedai yang bercitarasa tinggi seperti kedai barangan, kedai makan dan kedai kraftangan. Pasti anda ingin menjejakkan kaki ke sini juga kerana terdapat banyak barangan dan makanan ringan serta cenderamata ala Jepun.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

 
Cari