Gunung Fuji
Gunung Fuji

Gunung Fuji

Ia adalah gunung berapi aktif yang paling tinggi di Jepun dan ia terletak merentangi Wilayah Yamanashi dan Wilayah Shizuoka. Rupa bentuknya yang menarik telah menjadi subjek kepada kebanyakan karya seni yang terkenal meluas samada di dalam mahupun di luar Jepun seperti Ukiyoe (lukisan berwarna mengenai kehidupan harian pada zaman Edo), lukisan-lukisan serta puisi-puisi. Ia telah direkodkan sebagai Tapak Warisan Budaya Dunia pada tahun 2013 sebagai "Gunung Fuji - simbol kepercayaan dan sumber hasil seni" seiring dengan hubungannya bersama khazanah budaya. Lima buah tasik berpusat yang dikenali sebagai Fujigoko, serta kawasan sekitarnya juga telah menjadi tempat tarikan yang utama.

Rencana Pilihan