Furano / Biei / Sounkyo
Furano / Biei / Sounkyo:Gambaran keseluruhan dan Sejarah
Kawasan ini terletak di tengah-tengah Hokkaido. Kawasan Biei terkenal dengan landskap bukit bukau yang cantik, Furano terkenal dengan taman lavender, Sounkyo pula terkenal dengan kecantikan kawasannya yang berlembah. Di sini terdapat taman yang cantik dan memukau seperti dicetak pada poskad, contohnya Biei yang terkenal dengan kecantikan bukit Shikisai, manakala di Furano pula terdapat taman bunga "Farm Tomita". Antara gourmet yang terkenal di sini ialah sayur-sayuran segar, wain Furano dan juga keju Furano. Mercu utama di sini adalah Lapangan Terbang Asahikawa. Anda memerlukan dua hingga tiga jam bagi perjalanan sehala sama ada dengan kereta atau kereta api dari Sapporo. Maka, melancong tanpa menginap juga tidak menjadi sebarang masalah. Sounkyo juga terkenal sebagai pusat peranginan air panas, dimana terdapat pelbagai kemudahan kolam air panas dan kemudahan penginapan bagi anda yang ingin menikmati kehangatan kolam air panas sambil melihat keindahan alam sekitar.